Mudahnya Buat Keju Mozarella Homemade, Ada Sebab Kena Pilih Susu Segar Hampir Tamat Tempoh

Share

Keju mozarella ini kalau beli di pasaraya, harganya mahu cecah belasan malah puluhan ringgit. Jumlah yang mak-mak akan dapat pun tak banyak mana. Rupanya ada cara mudah nak buat keju mozarella homemade ini.

Perkongsian daripada Puan Ida Alina Salleh cara-cara membuat keju mozarella homemade ini patut sangat mak-mak cuba.

Sebabnya ini cara sihat buat keju sendiri di rumah. Dalam masa sama terjamin halalnya. Puan Alina juga banyak berkongsi idea pemakanan sihat untuk anak-anak dalam page Ida’s Back to Basics.

Saya cuba untuk balik kepada asal. Dan kurangkan pergantungan pada benda berproses dan bahan kimia.” Itulah falsafah yang menjadi pegangan pada setiap perkongsian resepinya.

Biar pun jauh di bumi Namibia, Puan Ida sentiasa bersedia dengan resepi-resepi yang banyak memberi manfaat pada mak-mak. Terbaru cara membuat keju mozarella ini resepinya diperoleh dari Internet.

Kemudian, dia membuat caranya dan rajin melakukan R&D sehingga mendapat hasil yang benar-benar diinginkan. Bukan saja keju mozarellah, keju ricotta juga turut diterangkan cara pembuatannya.

Cuma dalam artikel ini, MW akan membincangkan mengenai keju mozarella homemade yang telahpun dicuba sendiri Puan Alina.

Hari itu, saya dah share cara buat mozzarella (infonya ada dalam page beliau). Hari ini, saya eksperimen buat keju mozarella menggunakan susu lembu fresh dari ladang.”

Alhamdulillah, memang bertali-tali dan tak payah panaskan lagi keju untuk ditarik.”

Dalam perkongsiannya itu juga beliau menunjukkan langkah demi langkah dalam bentuk bergambar dan video.

Sekali lagi diulang, kali ini dengan susu segar bukan dari kotak.”

Akuinya, keju mozarella yang dikongsikan ini boleh bertahan sampai seminggu jika disimpan dalam peti sejuk.

Lepas ini, saya nak cuba proses mengering dan menuakan cheese pula. Silakan share, semoga ramai yang akan dapat membuat cheese untuk makan sendiri atau untuk dijual yang terjamin halal.”

Baca Sini : Buat Cheese Sendiri Cuma guna Susu Tepung Yang Hasilnya Sangat Memuaskan.

 

Bahan Kena Ada

4 liter susu segar penuh krim ( * yang hampir tamat tempoh )
1 sudu teh garam
340 ml cuka ( * Tanpa perisa epal/anggur )

* Kenapa Kena Guna Susu Hampir Tamat Tempoh

√    Sebab proses untuk susu mula berketul dan masak dah bermula. Proteinnya akan bergumpal besar-besar bila dimasak.

√    Lihat contoh dalam gambar buat keju mozarella tu. Masa saya panaskan susu, dia dah mula bergumpal.

√    Kalau susu tu segar, protein atau curdsnya halus-halus. Susah sikit nak tapis.

√    Jangan guna susu UHT atau Ultra Pasteurized Milk. Cheese takkan jadi sebab molekul protien dah berubah.

√    Susu yang dipasteurized boleh juga digunakan, cuma ia takkan cantik bertali macam tu dari dalam periuk.

√    Kalau guna susu yang dipastur, nanti mak-mak kena toskan dan panaskan semula dalam microwave sampai dia lembik dan boleh diuli macam doh roti.

* Kenapa Guna Cuka Tanpa Perisa

√    Takut kalau guna cuka yang ada perisa, nanti perisa itu lekat pada cheese itu. Masamnya akan tinggal dalam susu lebihan. Akan beri perbezaan pada rasa.

Cara Buat Keju Mozarella Homemade

 

Susu unhomogenized akan ada “kepala” krim, macam santan selepas diperah dan disimpan sebentar.

 

Panaskan susu hingga 88 darjah celsius. Jika tak ada thermometer atau jangka suhu, boleh dimasukkan jari bersih dalam susu itu. Kalau jari kita tak tahan dalam 2 saat maksudnya susu sudah cukup panas.

Klik Sini Untuk Tengok Caranya Masukkan Cuka Dan Adun Bagi Rata

Apabila susu telah panas, baru dimasukkan cuka. Sila kacau susu sewaktu cuka dimasukkan supaya cuka itu rata.

Pada masa ini, keju akan mengental serta-merta. Kacau sikit-sikit saja untuk pastikan protein susu telah bergumpal.

 

Nampak tak? Lain kejadiannya berbanding dengan bila kita guna susu yang dah homogenized. Bila dah bergumpal macam ini, matikan api.

Keluarkan ketulan sedikit demi sedikit dan mula kan proses menarik Cheese semasa gumpalan masih panas. Kalau sejuk, dia akan mengeras dan tak boleh ditarik tanpa putus.

 

Gumpalan ini panas ya. Nak pegang pun kena berhati-hati.

 

Bila keluar dari periuk pun sudah bertali.

 

Kepal dan gaulkan garam. Perahkan air keluar. Kalau tangan tak tahan panas, pakailah sarung tangan.

 

Perah airnya.

 

Beginilah rupanya.

 

Tarikkan keju itu seperti tali. Lipat dua, tarik dan lipat (jadi 4) teruskan tarik dan lipat hingga tak boleh lagi kerana cheese dah mengeras.

 

Beginilah rupanya.

 

Pulas dan simpulkan.

 

Yang berpintal itu “string cheese” boleh dikopek dan makan.

* Sukatan 4 liter susu ini akan hasilkan kira-kira 350 gm cheese. Memang tak banyak sangat. Tapi sekiranya beli cheese bocconcini atau mozzarella segar imported tu lagi mahal memandangkan harga pasaran 100 gm dalam RM13-15.

Bila Nak Guna Keju Mozarella Ini

Keju mozarella ini enak jika dijadikan topping atau bakar atas piza. Enak juga jika dimakan dengan salad.

Sumber/Foto/Video : Ida Alina Salleh , Ida’s Back to Basic

Published by
Netty Ah Hiyer