Mungkin ada mak-mak lebih suka beli je daun bawang di kedai sebab nak guna pun sikit je dalam masakan. Tetapi kalau ada yang nak cuba tanam daun bawang sendiri, mak-mak boleh ikut cara Puan FaraRusdi Abu Bakar
ini.Yang best, tak ada kawasan tanah pun boleh sebab yang ini cuma perlukan tray telur saja. Alang-alang dah tanam banyak, mak-mak bolehlah kongsi dengan jiran rumah. Nah, jemput godek cara nak tanam dulu ya…
1. Basahkan tray telur lapik 3, 4 keping, baru tabur sedikit tanah.
2. Tabur sedikit tanah pada lubang tray. Saya beli tanah campuran je. Dah siap dalam pack. Dalam rm3 rasanya satu pack tu.
3. Potong dulu bawang merah atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Susun bawang dalam tray yang ada tanah tu. In shaa Allah, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.
4. Siram renjis-renjis je 2 kali sehari. In shaa Allah 2 minggu lagi boleh tuai hasilnya.
Selamat mencuba mak-mak yang suka berkebun!