
Mungkin ada mak-mak lebih suka beli je daun bawang di kedai sebab nak guna pun sikit je dalam masakan. Tetapi kalau ada yang nak cuba tanam daun bawang sendiri, mak-mak boleh ikut cara Puan FaraRusdi Abu Bakar ini.
Yang best, tak ada kawasan tanah pun boleh sebab yang ini cuma perlukan tray telur saja. Alang-alang dah tanam banyak, mak-mak bolehlah kongsi dengan jiran rumah. Nah, jemput godek cara nak tanam dulu ya…
Cara Tanam Daun Bawang
1. Basahkan tray telur lapik 3, 4 keping, baru tabur sedikit tanah.
2. Tabur sedikit tanah pada lubang tray. Saya beli tanah campuran je. Dah siap dalam pack. Dalam rm3 rasanya satu pack tu.
3. Potong dulu bawang merah atasnya 1/3 bagi mempercepatkan percambahannya. Susun bawang dalam tray yang ada tanah tu. In shaa Allah, dalam masa 2-3 hari sahaja bawang merah akan mengeluarkan tunas jika atasnya dipotong betul.

4. Siram renjis-renjis je 2 kali sehari. In shaa Allah 2 minggu lagi boleh tuai hasilnya.
Selamat mencuba mak-mak yang suka berkebun!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pemasangan Lampu Isyarat Jadi Sia-Sia.” Pemandu Di Thailand Tidak Berhenti, Walaupun Lampu Merah

Isi Kandungan
Toggle“Pemasangan lampu isyarat jadi sia-sia.” Pemandu di Thailand tidak berhenti, walaupun lampu merah.
Susah betul, kalau macam tu. Apa gunanya pasang lampu isyarat kalau tak digunakan dengan betul.
Pemasangan Lampu Isyarat Jadi Sia-Sia
Setiausaha Agung Majlis Perubatan Thailand menggesa kerajaan supaya melaksanakan kempen mendidik pemandu tentang kewajiban untuk berhenti semasa lampu isyarat merah dan di lintasan pejalan kaki atau lintasan zebra, lapor laman berita The Thaiger semalam.
Dalam catatan di halaman Facebooknya, Ittaporn Kanacharoen berkata, pemandu perlu diajar tentang hak pejalan kaki di lintasan zebra dan peraturan lampu isyarat.
Pemandu Di Thailand Tidak Berhenti
“Pemasangan lampu isyarat menjadi sia-sia sekiranya pemandu tidak dididik untuk berhenti semasa lampu merah,” katanya.
Terdahulu, perancangan sedang dilakukan untuk menjadikan lintasan zebra di bandar raya itu lebih selamat susulan kes kemalangan ngeri melibatkan pakar oftalmologi, Dr Waraluck Supawatjariyakul.
Mangsa maut dilanggar seorang anggota polis yang di luar waktu bertugas. Anggota berkenaan menaiki motosikal yang dipandu laju dan melanggar mangsa ketika dia menggunakan lintasan pejalan kaki.
Walaupun Lampu Merah
Kematian Waraluck mencetuskan perdebatan hebat di media sosial dan menggerakkan inisiatif kerajaan untuk memasang lampu isyarat pejalan kaki di persimpangan Jalan Phaya Thai.
Menurut laporan portal berita Thai PBS World, kerja pemasangan dijangka siap dalam masa seminggu dan selepas itu, lampu isyarat tersebut akan diuji sebelum mula beroperasi.
Kamera berteknologi kepintaran buatan (AI) juga akan dipasang pada peringkat seterusnya untuk mengesan pemandu yang gagal berhenti di lintasan pejalan kaki dan persimpangan lampu isyarat. – Agensi
Artikel Berkaitan:
Memang Rutin Melintas Jalan, Mak, Ayah Redha Arwah ANAK Yang BAIK

Selesaikan Dulu Punca Kemalangan Maut, Barulah Cerita Pasal Car Seat
Mingguan Wanita : Tidak dapat bayangkan bagaimana pejalan kaki melintas jalan, agaknya perlu menyabung nyawa barulah dapat melintas.
Sumber : Kosmo Online
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Hilang Sabar Sangat Jiran Suka Buat Bising, Sudahnya Kelima-lima Remaja Kena Tikam

Semalam kita dikejutkan dengan berita lima remaja yang kena tikam oleh jirannya pada pukul 2.30 pagi berpunca akibat perbuatan mangsa yang sering membuat bising pada waktu malam sejak lima tahun lalu.
Punyalah lama kemarahan itu dipendam, akhirnya lelaki itu yang hilang pertimbangan dan nekad menikam jirannya serta rakan-rakan yang lain dalam kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil.
Semua mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut menggunakan ambulans selepas dihubungi orang ramai.
Memang Pernah Ditegur
Suspek sebelum ini sering menegur mangsa supaya tidak membuat bising pada waktu malam, namun teguran itu tidak diendahkan.
“Suspek juga pernah menegur rakan kepada jirannya itu supaya pulang dan tidak membuat bising tetapi tidak diendahkan. Dia rasa tercabar dengan perbuatan jirannya itu yang sering membunyikan ekzos motosikal pada waktu malam…”
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, berikutan itu, suspek kemudian mengambil pisau di rumahnya dan pergi ke rumah mangsa sebelum berlaku pergaduhan dan menikam semua mangsa.

Selepas kejadian itu, suspek melarikan diri manakala, kelima-lima mangsa dihantar ke Hospital Serdang menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.
Info: Berita Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Gender Reveal’ Punya Pasal Guna Cara Ini, 47 Ribu Ekar Hutan Hangus Terbakar!

Isi Kandungan
ToggleAkhir-akhir ini, acara ‘Gender Reveal’ bagaikan satu kemestian bagi pasangan yang bakal menimang cahaya mata. Ia merupakan acara suka-suka untuk meneka dan meraikan jantina kandungan yang bakal dilahirkan dikalangan kawan-kawan rapat dan ahli keluarga terdekat. Di Malaysia, antara selebriti yang pernah mengadakan majlis gender reveal ini ialah Vivy Yusuf,Betty Rahmat, Diana Nasir dan sebagainya.
Ada pelbagai cara mengikut kreativiti bagi mengumumkan jantina anak tersebut. Namun demikian, jika tersalah pilih boleh membahayakan dan mengakibatkan kemusnahan hutan semulajadi.
Guna Bahan Letupan
Terbaru, gara-gara ingin mencari keunikan untuk memperkenalkan jantina anak bakal dilahirkan kepada rakan-rakannya dengan menggunakan bahan letupan, sepasang suami isteri akhirnya menerima padah apabila Hutan Nasional Coronado terbakar.
Tindakan Dennis Dickey, 37, dan isterinya, Rita, menggunakan bahan letupan dipanggil ‘tannerite’ mengakibatkan kebakaran berlaku di ladang sawit seluas 47,000 ekar.
Kebakaran dipadamkan pasukan bomba dengan kekuatan seramai 800 anggota bomba dengan kos kerugian melibatkan AS$8.2juta.
Pasangan itu menggunakan bahan letupan itu untuk memaklumkan jantina anak bakal dilahirkan dan letupan itu akan mengeluarkan asap warna biru menunjukkan anak lelaki.
Cetuskan Kebakaran
Dalam video berdurasi 49 saat itu, Dickey telah menembak sasaran kotak tertulis lelaki atau perempuan yang mengandungi ‘Tannerit’ dan bahan letupan itu meletop dengan kuat hingga mencetuskan kebakaran di kawasan tersebut.

Malah ketika itu, cuaca panas melanda bandar berkenaan hingga api merebak ke Hutan Nasional Coronado.Sejurus insiden itu, Dickey terus menghubungi balai bomba dan penyelamat berhubung kejadian itu.
Dia turut mengaku bersalah dengan memulakan kebakaran tanpa izin dan dijatuhi hukuman lima tahun, denda AS$100,000 dan perlu membayar AS$500 setiap bulan selama 20 tahun.
MW: Macam-macam hal. Nak buat gender reveal ke atau apa-apa pun, fikirkan jangka panjang. Jangan membahayakan atau menyusahkan orang lain pula.
Sumber: Sinar Harian
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI