
Isi Kandungan
ToggleMak-mak naik pening bila memikirkan idea menu masakan untuk famili. Petang-petang begini, sambil scroll laman sosial, tiba-tiba muncul gambar kacang tanah.
Apatah lagi bila ada yang berkongsi resepi Kacang Goreng Pedas, memang terliur dibuatnya.
Berebut Anak-Anak Makan
Memandangkan bahan-bahan yang digunakan ada saja di dapur, jadi mak-mak bolehlah terus ke dapur dan sediakan menu kudapan ini. Memang berebut anak-anak makan sambil menonton TV.
Resipi ini memang mudah dan sedap. Cuma sediakan kacang tanah, telur dan tepung bestari. Selamat mencuba gais!
Kacang Goreng Pedas (Resipi Asal)
Bahan-bahan:
1 kg kacang tanah (basuh dan keringkan)
1 biji telur
1 cawan tepung Bestari pedas



Cara Membuat:
1. Gaulkan kacang dengan telur hingga rata.
2. Kemudian masukkan tepung sikit demi sikit dan gaul rata.
3. Panaskan minyak.
4. Goreng dalam minyak panas dan api perlu dipasang sederhana sahaja.
5.Kacau-kacau supaya masak sekata dan tidak hangus.
6. Angkat dan toskan minyak.
7 Biarkan sejuk dan sedia untuk dimakan.

#kacanggorengpedas
#gunaapayangadajer
Sumber Foto: Terima Kasih Akmar MW
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Petua Nak Buat Biskut SEDAP Dan RAPUH, Kena Ada 3 Bahan Ini

Isi Kandungan
ToggleSemangat bukan main berkobar-kobar untuk buat biskut yang sedap dan rapuh. Bak kata orang cair di mulut. Segala macam bahan dan adunan sudah tersedia.
Sedihnya bila siap bakar dan baru nak mencuba keenakannya, terus rasa sedih sebab ‘kejadiannya’ tidak seperti yang diharapkan.
Sebelum ini, elok sahaja bentuk dan cara membuatnya pun sudah ikut satu persatu. Berangan-angan nak buat biskut yang sedap dan rapuh. Akhirnya, entah apa-apa yang jadi.
Sebenarnya, kalau kita ikut cara membuat, semestinya menjadi, Cuma yang boleh membezakan apabila kita menggunakan butter dan marjerin, bahan utamanya. Satu lagi, jika kita menggunakan bahan yang sama tapi kurang berkualiti. Ini pun boleh jadi penyebabnya.
Kali ini Nieza Nor Hamnira berkongsi cara betul untuk mendapatkan biskut yang sedap dan ranggup.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Kek Pandan Gula Melaka. Paling Sedap Di Alam Maya, Boleh Buat Niaga
Biskut Coklat Cip Ala Famous Amos…MUDAH Nak Buat Dan SEDAP!
Info Lebih Menarik DI SINI
Petua Buat Biskut – Hal Lelemak (Butter Vs Marjerin)
“Kakak nak share pasal nak guna apa yang ‘paling win’ untuk biskut kita. Pure butter ke bagus, marjerin ke bagus, lepa susu ke bagus, shortening tu apa pulak?
Sebelum tu jom kaji fungsi sesuatu lelemak dalam hasil baking di antara :
MENTEGA : MINYAK : MARJERIN : SHORTENING : LEPA SUSU
Sifat setiap satunya :
Mentega – rasa sedap dari lemak dan bau tapi rapuh sangat
Marjerin – kestabilan tapi rasa dan bau kurang sedap
Minyak – kelembapan tapi bukan semua biskut perlu lembap
Shortening – pengudaraan tapi tak menyumbang dari segi rasa
Lepa susu – kombinasi sifat kesemuanya tapi rasa takboleh lawan butter
(Nota : lepa susu pun nama depan dia ‘Mentega’ sebab ada peratus lemak susu juga)
Jenis Biskut
Sekarang fahamkan biskut apa yang kita nak buat. Contoh nak buat kuih tart, samperit atau cookies biasa.
Tart perlukan tekstur yang macamana?
Samperit nak tekstur yang macamana?
Cookies biasa kita suka yang macamana?
Kalau sudah tahu apa yang kita nak dalam sesuatu biskut tu, barulah kita boleh putuskan nak guna yang mana.
Nak combine boleh ke? Eh tentulah boleh.
Contoh nak buat tart yang sedap tapi stabil tak rapuh di tangan, macamana
Kebiasaannya tart yang guna 100% pure butter dia jadi rapuh sangat, nak susun je dah susah, rasa sedap dan melekat-lekat kat gigi.

Sebaiknya, campur sikit dengan unsur yang lain untuk kestabilan rupa paras juga rasa yang meletop. Peratusannya ikut suka, lebihkan yang mana kita nak ‘highlight’kan. Rasa sedap then peratus butter banyak lah berbanding marjerin atau shortening.
Cookies lain, ikut lah mana yang kita nak ketengahkan. Bukan semua cookies perlu tekstur yang rapuh. Jadi ikutlah nak guna yang mana
Asas Utama
Nak buat biskut ada 3:
a) LELEMAK
b) GULA
c) TEPUNG
Hari ni kita fahamkan asas tentang lelemak mana nak guna. Tapi bukan takat tu je. Ada benda juga kena faham pasal lelemak ini. Bukan boleh suka-suka hati saja guna.
Kadang-kadang bila dah bancuh dan bakar ada biskut jadi kembang, ada yang jadi leper dan berminyak.
#tipsbakingcikgukekrugged
MW: Moga ilmu ini memberi manfaat terutamanya yang amatur tu ye…
Sumber: Nieza Nor Hamnira
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Brownies Paling Mudah, ANTI GAGAL Bagi Yang Tak Pernah Buat, Kena Cuba!

Sebut saja resipi paling mudah, tentu ramai boleh menganggap brownies adalah mudah untuk membuatnya. Nak tak nak saja untuk membuatnya, selbihnya risau tak menjadi pula.
Namun, tak semua boleh buat resipi brownies walaupun dikatakan paling senang untuk membuatnya. Tambah-tambah untuk mendapatkan kedutnya yang cantik. Itulah baru menjadi.
Jangan risau, ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Umi Watie untuk membuat brownies. Lebih menarik, resipi ini ‘anti gagal’ walaupun ada mak-mak yang sebelum ini tidak pernah nak membuatnya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Brownies Cakekies, Letak Sedikit Serbuk Nescafe, Barulah SUPER Sedap!
Biskut Brownies Rangup Kedut Seribu, Nak Buat Mudah Bahan Pun Tak Banyak!
Info Lebih Menarik DI SINI
Paling Mudah Buat Brownies
Hari ni kakchik nak kongsi resipi brownies anti gagal. Insya Allah menjadi walaupun tak pernah membaking tau.
Kakchik memang suka buat brownies. Selain dari pencinta coklat. Brownies sangat mudah di buat. Tanpa guna alatan yang banyak. Plink plink kelip mata dah siap.
Bahan-bahan:
200 gram dark chocolate compound
75 gram mentega atau marjerin
50 gram tepung gandum
100 gram gula
15 gram serbuk koko
2 biji telur saiz A
Cara Membuatnya:
1. Ini brownies yang sudah siap. Guna loyang saiz 7 inci. Kalau guna loyang 8 inci nanti brownies jadi sedikit nipis. Sekali buat tak sampai sehari habis. Takpe, esok boleh buat lagi.
2. Coklat dan butter cairkan cara double boiler. Double boiler tu kita panaskan air dalam kuali, lepas tu bubuh bekas yang dah kita isi coklat dan butter. Kiranya, kita tak panaskan terus atas api.
3. Bahan kering macam tepung dan serbuk koko kita ayak dulu.
4. Bila coklat dan butter dah cair, kacau rata. Masukkan telur dan bahan yang telah di ayak tadi. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau manja-manja. Tak perlu beria-ia. Bakar api atas bawah 170 darjah celsius selama 45 minit.
5. Ini kira bahan dah tercampur rata. Senang je kan?
6. Masukkan dalam loyang saiz 7. Bakar ikut oven masing-masing.
7. Dah siap bakar dah. Cantikkan kedut browniesnya. Kalau tak jadi kedut ni boleh buat murung sekejap.

8. Boleh bubuh topping kegemaran. Tak suka, kosong je pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang nanti.
Sumber: Umi Watie
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rasa Unik Dan Asli Tersendiri Masakan Utara Thai Pikat Selera Sekeluarga

Isi Kandungan
ToggleRasa unik dan tersendiri masakan Thai menjadi antara penyebab mengapa ramai di kalangan kita yang sangat menggemari aneka hidangan daripada negara jiran itu.
Restoran yang menyajikan masakan Thai sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sebab itu juga, di sana sini terdapat restoran mahu pun gerai yang menyajikan jenis masakan tersebut.
Rasa Unik Tersendiri
Kali ini dikongsikan masakan daripada daerah utara Thailand. Kebanyakan restoran tomyam lain yang lebih kepada hidangan daerah selatan Thailand seperti Pattani dan Narathiwat. Cubalah masak di rumah untuk hidangan keluarga. Boleh jimat banyak tau!
Rasa Asli Yang Memikat Selera
KARI HIJAU AYAM
BAHAN-BAHAN:
6 biji bawang putih – kisar
1 batang serai – ketuk
5 helai daun limau purut
3 potong terung panjang
10gm cili padi – kisar
2.5cm lengkuas – kisar
250ml santan
1 sudu teh kicap sotong
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk perasa (jika suka)
750ml air
BAHAN B:
250 gram daging ayam – Cuci bersih dan potong kecil
CARA MEMASAK:
- Didihkan air di dalam sebuah periuk dan masukkan kesemua bahan A kecuali serai, terung panjang dan daun limau purut. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan serai yang diketuk dan daun limau purut. Kacau lagi.
- Setelah mendidih, masukkan potongan ayam dan kemudian hirisan terung. Biar ia mereneh dan memekat.
- Akhir sekali, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Sedia dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi atau roti.
Lagi resipi sedap di sini:
Jom Cuba Resipi Masakan Asli Thai, Tomyam Putih Dan Miang Platoo
Akar Ketumbar, Minyak Bawang Putih, Buat Kuetiaw Sup Thailand Bertambah Sedap!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
AYAM PANDAN
BAHAN A:
1kg isi ayam
300 gram gula padi
125ml sos tiram
150 gram daun ketumbar
200 gram bijan halus
125ml minyak bijan
450 gram gula
3 sudu makan serbuk kari
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perisa
BAHAN B:
Daun pandan secukupnya – dijadikan bakul
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:
- Perap isi ayam bersama bahan A semalaman di dalam bekas kedap udara supaya tiada udara yang masuk. Ini untuk menggelakkan bahan A rosak. Ketepikan.
- Bentukkan bakul menggunakan daun pandan. Keluarkan isi ayam yang telah diperap dan sudukan ke dalam bakul daun pandan. Lakukan sehingga selesai.
- Masukkan kesemuanya ke dalam periuk pengukus yang telah pun disediakan terlebih dahulu. Kukus bakul isi ayam selama 20 minit.
- Setelah isi ayam lembut, angkat.
- Sediakan kuali dan panaskan minyak. Goreng seketika isi ayam di dalam kuali secara ‘deep fried’. Toskan.
- Sedia dihidangkan.
AYAM DAUN SELASIH
BAHAN-BAHAN:
100 gram isi ayam – potong dadu
10 gram lobak merah
5 batang cili padi – cencang
3 ulas bawang putih – cencang
8 helai daun selasih
150ml air
11/2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan kicap sotong/minyak ikan
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih yang telah dicencang hingga terbit wangi.
- Masukkan air dan isi ayam. Masak hingga ayam nampak lembut.
- Masukkan lobak merah, cili padi, daun selasih, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
- Masukkan kicap sotong dan akhir sekali bancuh sedikit tepung jagung bersama air dan tuang ke dalam masakan untuk memekatkan kuah. Gaul sekata.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI