Ada bermacam-macam cara dan resepi rendang daging. Bagi yang pertama kali nak merendang, jangan susah hati ya. Resepi yang dikongsikan Ameera ini mudah saja nak membuatnya.
Ambil masa satu jam untuk siap masak dan gunakan bahagian daging harimau menangis lebih terasa enaknya. Bolehlah kalau nak cuba terus.. bahan-bahan dan cara masaknya pun taklah susah mana.
Kata Ameera, “Resepi mudah saja, yang lama nak tunggu daging empuk. Alhamdulillah dah siap, satu jam lebih siap dah daging rendang. Cara dan bahan-bahan di setiap gambar. Boleh saja guna bahagian daging lembu yang mana-mana pun. Daging tempatan.”
Ibu makan dengan nasi panas ulam timun. Jadilah 1 lauk sahaja.
Malas nak cakap sedap. Tengok la sendiri. Selamat mencuba.
Daging tu ibu guna daging tempatan. Daging fresh, bahagian hatimau menangis. Eh silap. Harimau menangis. Susah dapat tau sebab ada 1 bahagian je dalam seekor lembu.
Rupanya antara cara untuk buat tumpi ‘crispy’ yang nipis dan garing kena goreng dua kali dalam kuali. Hasilnya memang puas hati. Bukan apa, selain rempeyek yang menggunakan kacang tanah, tumpi juga antara kerepek tradisi yang sering disediakan oleh orang lama sewaktu hari raya. Bezanya tumpi menggunakan rempah ratus tertentu dan kacang hijau.
Begini cara buat Tumpi ‘crispy’ seperti yang dikongsikan oleh Puan Geesebagai rujukan,
Resepi my syurga usia 80 tahun, Tumpi crispy. Masa duduk Melaka my syurga akan buat ole-ole untuk sedara mara dan tetamu yang datang beraya.
Bahan-Bahan:
500 gram tepung beras cap gajah
200 ml Santan Kara 200 ml
3 sudu Jintan manis .
1 sudu Jintan putih (jintan halus)
3 sudu Ketumbar
Sedikit secukup rasa
sedikit garam
2 genggam Ikan bilis
2 biji Telur
Kacang hijau
1. Rendam kacang hijau semalaman, rebus 5 minit dan sangaikan.
2. Kisar ketumbar, jintan manis, ikan bilis jangan hancur sangat. Jintan putih tak payah blend.
3.Masukkan santan dan bahan yang telah diblend ke dalam tepung beras.
4.Masukkan telur dan adun jangan terlalu cair atau terlalu pekat, kena agak-agak. Nak cairkan tepung, letakkan air dan tapis.
5.Kemudian goreng sehingga keperangan. Cara goreng ada dalam video.Kena panaskan betul-betul minyak, masukkan dan toskan. Selepas itu pindahkan ke kuali kedua dan goreng sekali lagi.
Insyaallah ikut step ni, buat setengah kilo sekejap jer dah dapat sedulang besar.
Memang cantik sungguh kejadian Nasi Hujan Panas ni. Elok cantik berderai, warna warni dan sedap berlemak secukup rasa. Rupanya setiap pewarna yang digunakan kena campur sedikit dengan susu cair. Nasi hujan panas memang sedap dinikmati dengan Ayam Masak Merah, Jelatah dan Dalca.
Ini yang dikongsikan oleh Chef Nazri Mat Zain. Yang juga mengambil tempahan untuk menu Nasi Hujan Panas ini.
Syukur Alhamdulillah.Busy siapkan order dari customer.Lewat ckit Papa up menu hari ni.
Resepi Nasi Hujan Panas Style Papa
Bahan-Bahan:
5kgBeras Basmati Jasmine Pusa Cream
*Basuh dan rendam beras 20 minit dan toskan.
4 biji Bawang Besar
Selabu Bawang putih
4 Inci Halia
4 sekawan
5 liter Air
1 tin Susu cair
Garam, Aji dan gula secukup rasa
Majerin @ Minyak Sapi dan minyak masak untuk menumis.
Pewarna kuning Telur, Hijau Apple dan Merah
* Setiap pewarna dicampurkan dengan sedikit susu cair
Cara Membuat:
1. Panaskan kuali dan masukkan majerin @ minyak Sapi yang dicampur dengan minyak masak anggaran dalam 1/2 kg (lebih sikit pun tak apa)
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan.
3. Bila bawang dah layu dan naik wangi tutup api tuang dalam rice cooker gas atau letrik.
4. Masukkan daun pandan, masukkan air 5 liter.
5. Masukkan garam, Aji dan gula secukup rasa dan masak hingga air didih.
6. Masukkan susu cair 1 tin.
7. Masukkan beras yang telah ditos
8. Kacau sentiasa hingga air hampir-hampir kering, baru tutup dengan tudung periuk.
9. Tunggu nasi kering (masak).
10. Buka tudung periuk dan buatkan tiga lubang ditengah-tengah nasi tadi dan tuang pewarna.
11. Tudung semula periuk biarkan dalam 10 minit, baru buka dan gaul untuk campurkan warna tersebut.
Memang ‘seksi’ sungguh resipi ayam panggang yang dikongsikan ini. Cantik elok berkilat, garing kulitnya namun isinya sungguh lembut dan sedap dengan perapan aroma herba dan bahan-bahan yang digunakan. Tak perlu lagi nak pergi Kenny Rogers, malah memang jimat poket dan lebih berbaloi bila buat sendiri di rumah. Nak sediakan untuk makan sekeluarga atau nak buat jual untuk berniaga pun boleh sangat.
Sexy ciken grill is doneeee. Ayam seksi tumpang lalu kejap. Tak payah pergi kenny rogers dah kome.Jimatt poket.
Bahan-Bahan:
Ayam seekor atau potong 4. Nak seksi biarkan dia seekor
Bahan A :
biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 kiub ayam knorr
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa-apa je.
1 sudu teh garam
1 sudu makan gula
100ml air
Semua bahan di atas kita kisarkan dia.
Bahan B
sudu madu
3 sudu butter
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Cara Membuat:
1. Perap bahan A dengan Bahan B. Bahan B tu simpan sikit buat ‘basting’ bila masak setengah jalan, jadi ayam tak kering.
2. Perap sejam atau lebih. Kemudian bakar suhu 200 selama sejam.
Selamat mencuba!
Info Ekstra!
Tak perlu balut dengan aluminium foil, campak terus dalam oven.
Ayam Grill ini sedap dicicah dengan blackpepper gravy.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi jika nak buat ‘Ayam Seksi’ Grill ini bolehlah cuba resipi dan cara yang dikongsikan.Tak perlu lagi beli dekat Kenny Rogers. Memang sedap dan lebih jimat poket.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...