Melentur biar dari rebungnya. Nak lahirkan jutawan, kenalah mulakan sebaik anak mengenal angka. Bermula dengan memberikan permainan monopoli, dan cara kira-kira yang tepat, anak-anak akan terbuka minda tentang ilmu kewangan.
Perkongsian daripada Puan Farlina Abdul Rahman mendidik anak-anak betapa mencari wang itu bukanlah satu hal yang sukar. Sebab itu beliau meletakkan syarat tak boleh cerita depan anak ‘susah cari duit’. Fahamkan sebabnya.
Saya suka melayan anak-anak saya berangan dan berimpian. Mainan yang paling saya suka ialah mainan monopoli dan sims city.
Dalam mainan tu, anak anak diajar untuk membina aset mereka dan banyak belajar untuk berurusan jual beli.
Permainan sims city pula membantu minda anak untuk membina bangunan pencakar langit rekaan mereka, shopping mall, hospital dan kondominium kesukaan mereka.
Apa yang menariknya, anak anak sangat teruja dan seronok. Lebih lebih lagi kalau lalu sebelah mereka kereta kesukaan mereka. Raudhah dengan lambogini pink. Manakala rayyan dengan ferrari. Masing masing gaduh nak beli kereta siapa paling laju.
Walaupun mereka kecil. Mereka dah ada project perniagaan masing masing. Walaupun project tu taklah besar mana, tapi…. saya suka jika mereka merasa pegang duit hasil titik peluh sendiri. Dapat jualan RM1 sehari pun takpe… janji ia merupakan titik permulaan
New project mereka ialah perniagaan haiwan peliharaan dan perniagaan ais krim Malaysia.
Dapat duit, masuk dalam tong tabung.
Alhamdulillah, saya terapkan mereka untuk banyakkan memberi. Dan mereka sampai tak berkira-kira sangat nak memberi. Duit raya semua dah tak nampak. Bertukar jadi emas.
Apa yang bestnya, masa mama tidak ada di rumah, dia yang belanja nenek tok wannya beli barang dapur seperti beras dan gula. Seronok saya dengar.
Seingat saya, saya dah beberapa bulan tak pernah berikan duit pada mereka….
Sebagai ibu dan bapa, antara pantang larang kita bercerita dan bergaduh tentang duit depan anak anak. Elakkan dari cakap susah dan susah depan anak anak. Sebab nanti, ia akan masuk ke dalam minda separa sedar dan membuatkan anak anak ingat cari duit ni susah.
Terapkan permainan monopoli untuk sentiasa buka minda anak anak yang satu hari nanti, mereka dapat membina empayar bangunan seperti monopoli mainan mereka.
Sumber/Foto: Farlina Abdul Rahman via Mingguan Wanita