Mudah bersalin bukan sebab dosa diampunkan suami, Prof Dr Imelda sekolahkan pakcik bawang. Kita banyak mendengar pelbagai petua diberikan saat seorang isteri disahkan mengandung hinggalah ke hari kelahirannya. Kemudian bersambung ketika ibu-ibu dalam pantang.
Ramai memberikan petua untuk memudahkan bersalin, minta maaflah dengan suami. Ada juga overclaim bahawa produk jualan mereka turut memudahkan ibu bersalin dan walau hal ini dianggap mustahil tapi ada juga ibu-ibu mempercayainya.
Tindakan seorang suami yang terlalu “overclaim” bahawa isterinya bersalin terlalu mudah dari anak pertama hingga ke empat ternyata mengundang padah apabila di sekolahkan oleh pakar sakit puan, Prof Dr Imelda Balcin dalam hantarannya di fb.
Menurut suami ini, isterinya begitu mudah bersalinkan keempat-empat anak mereka. Petuanya cukup mudah iaitu MEMAAFKAN SEMUA KESALAHAN ISTERI dan itu jelas membuktikan isterinya cepat bersalin dan tidak duduk lama di labour room.
Menurut suami ini, anak pertama belum kedua kali teran sudah keluar. Anak kedua dalam kereta dah keluar. Anak ketiga atas katil sebelum sampai labour room. Anak ke empat bedah sebab songsang tapi mula lepas Maghrib dan selesai waktu Isyak.
Dari perkongsiannya ini, ia telah mendapat reaksi dari pakar sakit puan ini yang boleh menjatuhkan fitnah kepada ibu-ibu lain yang bertarung nyawa dan duduk lama di labour room.
Dr Imelda telah membalas komen lelaki berkenaan dan menulis :-
Petua awak merendahkan kebolehan dan keyakinan ibu-ibu nak bersalin. Sebab kena bergantung kepada suami maafkan isteri dulu kaa. Sebab awaklah, ramai ibu disakiti dan difitnah dikatakan dia susah nak bersalin sebab banyak sangat kesalahan pada suami.
Jika awak orang yang berhati baik, awak tak cakap begini. Macamlah awak tak pernah buat kesalahan kepada isteri dan tak perlu dimaafkan.
Kenapa nak juga cari kesalahan isteri kalau dia sakit nak bersalin? Jangan nak menyakitkan hati orang lain dengan komen begini, itu cari dosakan?
This is a form of abuse of women. Menakutkan perempuan, dia nanti susah nak bersalin kalau suami tak maafkan kesalahan dia.
Please just delete your comment, tulisnya sekaligus membahan pakcik bawang yang overclaim ini.
Dalam pada itu, di fbnya juga, Dr Imelda menulis begini:-
Tetiba masuk pulak Pakcik Bawang ni nak ambil kredit. Dia kata isteri dia mudah bersalin sebab dia dah maafkan semua kesalahan bini dia. Amboi !!!!
Kesian kat ibu-ibu Malaysia ni, bila susah nak bersalin, difitnah sebab banyak dosa laaa. Bila senang bersalin, diberi kredit kepada makanan laa, produk overclaim laa. Laa ni suami pulak nak ambil kredit.
Adoi laaa, PakCik Bawang ni ingat suami-suami lain tu semua kejam tak maafkan bini kaaaaa???
Haaa sekarang chek boleh marah kat suami-suami laa kalau patient chek susah nak bersalin, boleh tak chek cekak pinggang kat suami kata ini semua hang punya pasai laaa tak maafkan semua kesalahan isteri. Boleh kaa macam tu? Adoi laa tak larat nak tepek dahi.
Untuk pakcik bawang, percayalah sakit bersalin tidak sama dengan apa juga sakit lain. Doa dan memberi maaf itu salah satu usaha tapi jangan overclaim itu PUNCA MUDAH BERSALIN. Harap tak koyak dengan kenyataan ini.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Belajar Kaedah ‘Merancang Sendiri’, Prof Dr Imelda Terangkan Caranya
Niat Prof Dr Imelda Sampaikan Pengetahuan Dengan Cara Lebih Baik
Kenyataannya telah disokong oleh seorang rakan fbnya, Profesor Dr Yasmin Hanani Mohd Safian yang berkata, jika bersalah minta maaflah pada bila-bila masa, bukan ketika nak bersalin saja.
Minta maaf bukan hanya untuk isteri.
Saya tiada masalah isteri nak minta maaf sebelum bersalin. Ada kawan saya tengah sakit contraction di LR sibuk bising dengan midwife “alamak, alamak, saya belum minta maaf dengan suami”.
Minta maaf dengan suami bukan syarat nak mudah bersalin. Jika bersalah mintalah maaf bila-bila masa pun.
Suami bila pula nak minta maaf dengan isteri? Isteri mati bersalin sedangkan suami banyak dosa tak selesai, suami tak takut? Syurga neraka tu untuk suami dan isteri juga. Sudahlah jangan takutkan wanita mengandung.
Susah beranak sebab dosa pada suami. Susah beranak sebab dosa pada mertua. Setiap manusia bertanggungjawab atas dosa masing-masing
لا تزر وازرة وزر اخرى Jangan sulitkan kehidupan seorang isteri. Wanita hamil perlu diberi sokongan bukan ditakut-takutkan. Eloklah dibebelkan sahaja lelaki begini. Well done kak Imelda Balchin
JEANS BURUK JANGAN DIBUANG, IKUTI KELAS MENJAHIT BERSAMA EPAL DAN MW
Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery