Muda-muda Dah Sakit Kronik, 8 Cara Rawat Emosi Ini Bantu Panjangkan Umur

Share

Sekarang ni tak kira usia, muda-muda pun ramai yang meninggal dunia. Paling menyedihkan, ramai yang tidak sedar mereka sebenarnya menghidap pelbagai penyakit kronik. Ada yang kena sakit kronik seperti darah tinggi, kolestrol, sakit jantung dan diabetes.

Tidak dinafikan di Malaysia memang kurang kesedaran untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala. Sebab itu, bila penyakit dikesan ada yang sudah di peringkat akhir. Sikap kita yang ambil mudah soal makan dan tidak menjaga kesihatan menjadi salah satu punca kita menghidap pelbagai penyakit.

Disebabkan ramai golongan muda yang berdepan dengan masalah kesihatan, kajian dilakukan oleh ahli bijak pandai di Jepun. Hasil kajian amat mengejutkan, kebanyakan penyakit jasmani adalah disebabkan oleh penyakit rohani.

Kita gagal mengawal emosi dengan baik. Inilah yang mencetus stres, emosi yang negatif membuatkan tubuh dan minda kita menjadi lemah. Misalnya darah tinggi bukan sahaja disebabkan pengambilan makanan masin malah ramai penghidap penyakit ini berdepan dengan tekanan hidup yang melampau.

Begitu juga jika kita sering sedih, emosi yang tidak sihat ini membuatkan gangguan kepada pernafasan. Stres juga penyumbang kepada penyakit kanser.

Justeru, kita mestilah mengubah gaya hidup. Amalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, lakukan senaman ringan setiap hari.

Paling penting kita mesti set minda agar sentiasa berfikiran positif. Hati juga kena bersih dan bersangka baik dengan Allah. Perbaiki cara kita berfikir dan hati kita. Buang jauh-jauh perangai negatif seperti hasad dengki, cemburu, dendam, fitnah, ego, sedih yang keterlaluan, marah dan baran.

Jom muhasabah diri, sebelum salahkan orang lain. Kita kena audit diri sendiri dulu.

 

8 Tip Rawat Emosi Untuk Hindari Sakit Kronik

  1. Redha dengan ketentuan Allah.
  2. Sebelum tidur maafkan diri dan orang lain.
  3. Rancang kerja atau urusan sebelum tidur.
  4. Berdoa urusan dipermudah.
  5. Sentiasa bersyukur.
  6. Bersedekah atau berkongsi rezeki.
  7. Senyum selalu.
  8. PALING PENTING, SOLAT! JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH, PASTI ALLAH AKAN MENJAGA HUBUNGAN KITA DENGAN MANUSIA.
Published by
Intan