Ramai terus mendoakan penyanyi Elyana, 33 agar terus kuat dan positif berdepan ujian kanser limfoma yang dihadapinya sejak 10 tahun lalu.
Paparan foto terbaru, wajah ceria Elyana dengan dua orang anak perempuannya yang comel membuatkan ramai tersentuh hati dan tak putus memberi kata-kata semangat.
Kerana, ramai sedia maklum betapa tabahnya Elyana menerima ketentuannya ini. Malah, Elyana sendiri berkongsi ujian sakitnya itu perlu dihadapi dengan senyuman.
Kongsinya,
“Hadapi dengan senyuman.
Semua yang terjadi hadapi dengan tenang jiwa.
Bila ketetapan tuhan sudah ditetapkan.
Tetap lah sudah.
Tak ada yang bisa merubah.
Dan tak akan bisa berubah.
Selamat Hari Kanser Sedunia!
Keep fighting!
Rata-rata mengakui yang Elyana nampak semakin kurus dalam foto terbaru yang dimuatnaik di dalam instagramnya. Ramai yang mendoakan agar Elyana terus kuat dan bersemangat.
Antara followernya yang memberikan kata-kata doa dan semangat.
“Allahuakhbar.. lain sangat mula El.. jaga diri dan kuat semangat ya dik.” – aszlieza83
“Cute cute la anak-anak sis, saya doakan semoga Allah berikan kesembuhan buat sis Elyana. Sihat seperti selalu. Kuat semangat ya. InsyaAllah mudah-mudahan doa-doa kita semua Allah makbulkan.” – nataliahzakeria
Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan yang kanser yang dihidapinya sudah semakin serius dan hampir memasuki tahap lima.
Ketika itu, berat badannya cuma 41 kilogram. Turun disebabkan hilang selera makan. Malah, katanya badannya tiada lemak, hanya tulang sahaja.
Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal sebelumnya sewaktu dia dimasukkan ke hospital doktor maklumkan yang sel kanser lama sudah berkurangan.
Tentunya ini berita gembira buatnya. Namun, sudah tertulis takdirnya dan Disember itu doktor dapati kansernya sudah pun merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pangkal paha.
Tidak mahu terus bersedih, Elyana akui yang dia terus berusaha untuk kuar semangat. Agar dirinya jadi lebih sihat dan berfikiran positif setiap hari.
“Walaupun memang saya perlukan kata-kata semangat daripada orang lain, tetapi tidak boleh terlalu berharap. Jalan terbaik ialah saya sendiri harus ingatkan pada diri sendiri untuk terus kuat
.”Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah dan anak angkatnya, Cahaya Ramadhani.
Saya akan terus berjuang demi suami dan anak-anak.
Sumber/Foto : Elyana, Harian Metro
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita