Muat Turun Borang Rayuan Haji, Bayaran Masih KEKAL Bagi Yang Berjaya

Share

Jika berkemampuan, sihat tubuh badan dan telah mempunyai simpanan yang mencukupi, tak salah membuat rayuan dengan mengisi borang menunaikan ibadah haji lebih awal. Bukan apa, memandangkan menanti giliran dan tawaran menunaikan haji agak panjang.

Perlu ambil perhatian, bermula tahun 2020, individu kena muat naik sekali borang “Rayuan untuk Menunaikan Haji” berbanding hanya menulis surat rasmi rayuan sebelum ini. Malah persoalan berkaitan jumlah bayaran juga dikekalkan bagi perayu yang berjaya iaitu RM9,980.

Untuk penjelasan lanjut, baca perkongsian daripada Akmal Azemi sebagai rujukan;

Pada mereka yang hendak pergi Haji namun masih belum sampai angka giliran. Ada berita baik buat kalian!

Bermula tahun ini, Tabung Haji (TH) telah memperkenalkan buat pertama kalinya borang “Rayuan untuk Menunaikan Haji”

secara seragam.

Hanya perlu muat turun borang tersebut di laman sesawang Tabung Haji. Kemudian isi dengan lengkap dan hantar kepada permis Tabung Haji yang berdekatan. Cukup mudah!

Namun, ada di antara masyarakat yang gelisah mengenai perkara 3 & 4(a) dalam borang tersebut. Memberi gambaran seolah-olah perayu Haji yang berjaya perlu membayar bayaran haji sebanyakRM22,900 tanpa Bantuan Haji oleh TH.

Namun ini adalah salah faham. Kerana pihak Tabung haji telah memberi respon terhadap kekhuatiran tersebut. Dimana pihak TH menulis dalam artikel soalan lazim mereka;

Apakah TH akan menaikkan jumlah bayaran haji bagi mereka yang membuat rayuan haji?

Bayaran haji bagi Jemaah haji kali pertama menunaikan haji dan mereka yang berjaya dalam rayuan haji masih kekal pada RM9,980 seperti tahun-tahun sebelum ini.

Namun demikian, seperti mana bakal haji yang Terpilih tahun semasa, bagi kes rayuan yang berjaya mereka juga boleh secara sukarela memilih untuk membayar kos haji penuh sebanyak RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah dengan menyatakan pilihan tersebut dalam borang rayuan haji masing-masing

.

Kemudian dilanjutkan dengan soalan;

Bagaimana jika saya memilih untuk membayar RM9,980? Adakah rayuan haji saya dibatalkan?

Tidak. Rayuan haji yang telah diluluskan tidak akan dibatalkan jika perayu memilih untuk membayar RM9,980. Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, TH telah pun memberi pilihan kepada Jemaah Haji Muassasah untuk membayar kos haji penuh. Dan jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh, bayaran haji kekal pada RM9,980.

Jadi disini kalian tidak perlu risau lagi. Pada mereka yang berkeinginan untuk membuat rayuan haji tahun 2020, boleh muat turun borang berkenaan di link yang saya sertakan disini ;

Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan TH di talian +603-6207 1919.

[UPDATE] jam 2050, 29 Januari 2020

Okey kawan-kawan, info dari TH dari kunjungan aku petang tadi. Surat rayuan masih lagi perlu di sertakan semasa pemohonan Rajuan Haji.

Jadi jangan risau, disini aku sertakan link contoh surat Pemohonan Rayuan Haji untuk kalian. Boleh muat turun dan edit mengikut kesesuaian kawan-kawan. Silakan disini ;

Begitulah. Moga bermanfaat.

Akmal Azemi
𝐿𝑎𝑏𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ𝑢𝑚𝑚𝑎 𝑙𝑎𝑏𝑏𝑎𝑖𝑘!

Baca Lagi Di Sini: 2 Langkah Mudah Boleh Daftar Haji Guna Kwsp Tanpa Perlu Bayar Apa-Apa

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan memudahkan urusan bagi sesiapa yang ingin membuat rayuan bagi menunaikan ibadah Haji. Tak perlu risau, bayaran bagi perayu yang berjaya mendapat tawaran menunaikan ibadah haji tetap dikekalkan.

Sumber: Akmal Azemi

 

Published by
Suhaidah Abd Wahab