Sejak malam semalam, media sosial kecoh memperkatakan tentang posting pengacara dan pelakon Raja Azura atau lebih mesra di sapa Kak Engku yang dikatakan telah melangsungkan perkahwinan semalam.
Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat berkongsi video pada majlis pernikahan yang berlangsung di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Perkongsian di laman Instagram miliknya benar-benar mengundang pertanyaan para peminat sama ada Kak Engku kembali bergelar isteri selepas 17 tahun hidup bersendirian.
Namun, menurut sumber sahih yang diperolehi, majlis perkahwinan tersebut merupakan majlis pernikahan sepupu Kak Engku iaitu Raja Muzaffar Idris Shah Raja Datuk Seri Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj yang juga merupakan cucu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah dan pasangannya, Diana lim.
Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.
Kapsyen yang ditulis di video berkenaan menguatkan lagi spekulasi dia melangsungkan pernikahan.
“Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.
Ia mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Malah, berdasarkan hantaran video di Tiktok @saifalsagoff memaparkan pasangan mempelai sebenar yang sedondon mengenakan busana warna putih.
Turut kelihatan Raja Azura yang masuk ke dalam dewan dengan disusuli pembawa dulang hantaran. Malah, gambar swafoto Raja Azura bersama seorang lelaki yang sedondon mengenakan baju warna biru gelap beserta emoji cinta bukan suaminya.
Mingguan Wanita turut mendapatkan kepastian dari Pengurus Raja Azura iaitu @juanz_wan mengenai perkara tersebut dan dia menegaskan bahawa perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kerabat diraja Perak.
Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman dan ramai lagi.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Intan Ladyana Selamat Bersalin Anak Lelaki, Harris Alif Kongsi Berita Gembira
Intan Ladyana Bakal Nikahi Lelaki 17 Tahun Lebih Muda, Benarlah Jodoh Itu Rahsia Allah
Alahai Cantiknya Intan Ladyana Bertudung “MasyaAllah Semoga Terus Istiqamah” Netizen