Sejak malam semalam, media sosial kecoh memperkatakan tentang posting pengacara dan pelakon Raja Azura atau lebih mesra di sapa Kak Engku yang dikatakan telah melangsungkan perkahwinan semalam.
Raja Azura atau lebih mesra disapa Kak Engku dilihat berkongsi video pada majlis pernikahan yang berlangsung di Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Perkongsian di laman Instagram miliknya benar-benar mengundang pertanyaan para peminat sama ada Kak Engku kembali bergelar isteri selepas 17 tahun hidup bersendirian.
Namun, menurut sumber sahih yang diperolehi, majlis perkahwinan tersebut merupakan majlis pernikahan sepupu Kak Engku iaitu Raja Muzaffar Idris Shah Raja Datuk Seri Izzuddin Iskandar Shah Al-Haj yang juga merupakan cucu Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakil Alallahi Shah dan pasangannya, Diana lim.
Menerusi video yang dikongsikan, Raja Azura yang mengenakan baju kurung dilihat berjalan menuju ke pelamin.
Ads
Kapsyen yang ditulis di video berkenaan menguatkan lagi spekulasi dia melangsungkan pernikahan.
“Alhamdulillah…syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.
“Kepada yang selalu mendoakan, dari sendirian kini telah berdua. Terima kasih yang Allah,” tulisnya.
Ads
Ia mengundang perhatian rakan selebriti yang rata-ratanya terkejut, namun mendoakan bekas penyampai radio Sinar FM itu dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga.
Majlis Akad Nikah
Malah, berdasarkan hantaran video di Tiktok @saifalsagoff memaparkan pasangan mempelai sebenar yang sedondon mengenakan busana warna putih.
Turut kelihatan Raja Azura yang masuk ke dalam dewan dengan disusuli pembawa dulang hantaran. Malah, gambar swafoto Raja Azura bersama seorang lelaki yang sedondon mengenakan baju warna biru gelap beserta emoji cinta bukan suaminya.
Ads
Mingguan Wanita turut mendapatkan kepastian dari Pengurus Raja Azura iaitu @juanz_wan mengenai perkara tersebut dan dia menegaskan bahawa perkahwinan tersebut merupakan perkahwinan kerabat diraja Perak.
Antara rakan artis yang meninggalkan ucapan di ruangan komen termasuklah Janna Nick, Mmi Flyy, Datuk Fizz Fairuz, Azza Elite, Aziz M Osman dan ramai lagi.
Tiada rasa malu timbul di hati, segalanya dilalui dengan penuh keredhaan terhadap ujian dari Allah SWT. Sudah lebih 50 tahun dia diuji dengan penyakit kulit kronik namun Ishak Che Endut atau mesra disapa Pak Tam tabah menghadapinya.
Cerita ‘Jangan Takut Pada Saya…’ ini temubual yang dijalankan oleh wartawan Mingguan Wanita ketika membuat tugasan di Kedah.
“Jangan takut dengan saya. Saya suka berkawan. Suka hidup bermasyarakat. Penyakit ini tidak berjangkit namun sehingga kini tiada penawar ditemui.”
“Pada usia saya 8 tahun, satu ketulan timbul di paha dan semakin saya membesar, lebih banyak ketulan yang muncul sehinggalah jadi begini. Ketika muda, saya bekerja mencari rezeki tetapi kini kudrat saya semakin lemah dan saya lebih banyak duduk di rumah sahaja mengharapkan bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.”
“Kalau boleh Ramadan ini (ketika temu bual berlangsung umat Islam bakal menyambut Ramadan) saya ingin raikan dengan penuh rasa gembira seperti orang lain. Ada baju baru, ada orang tolong kemaskan rumah dan banyak lagi impian saya.”
Bagi anda yang ingin menziarahinya boleh datang ke rumahnya, Kampung Sira Bawah, Baling atau salurkan sedikit sumbangan untuk Pak Tam meneruskan kehidupannya di akaun Bank Rakyat di nombor 22-004-120835-0 atas nama Ishak Che Endut
Ini Video Realiti Hidup Pak Tam
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walau sudah lama menjadi suami, belum tentu suami faham apa sebenarnya keinginan isteri. Begitulah yang Dr Say Shazril ini alami bila mana akhirnya ada followernya yang menyedarkan apa yang orang rumahnya, Dr Azura Abas itu hajati.
Awal bulan lalu, isterinya pernah suarakan hajat mahu memakai emas perhiasan. Bila mana dia tahu isterinya itu tak pernah memakai emas sepanjang 12 tahun mengenali isterinya. Jadi, daripada membeli emas lebih baiklah dia membelikan keperluan pendidikan untuk isterinya.
Yang masa, ketika itu Dr Say menghadiahkan iPad untuk isterinya. Sekaligus, mudahlah untuk isteri menelaah ilmu baru. Sehinggalah Dr Say terbaca satu komen follower dan dia tersedar akan kesilapannya bergelar suami.
Aritu saya cerita lebih baik utamakan education dari emas, pastu ada yang reply “awat tak beli dua-dua tuk bini?.”
Bila pikiaq balik, “betui jugak cakap followers ku ni.”
Baru-baru ni saya ternampak bini saya pakai seutas gelang emas kuning. Menangis dalaman saya bila melihatnya peeps. Kiranya selama ni bini saya mengidamkan emas kuning tapi saya terlalu dungu untuk perasan kehendaknya.
Saya tanya dia “u beli mane ni?.”
Dia reply “owh! i kirim kat staf-staf klinik i diorg tolong belikan.”
Lagi menangis dalaman saya peeps. Kiranya saya gagal sebagai seorang suami dalam membaca isteri saya.
Walaupun Hanya Seulas Ratai Halus…
Saya ingat Lululemon cukup untuk membahagiakannya tapi barang perhiasan tetap mempunyai tempat istimewa dalam hatinya. Arini mak mertua saya ajak bini untuk tengok-tengok emas, maka saya gunakan peluang ini untuk memenuhi kehendak bini yang selama ini saya abaikan.
Walaupun hanya seutas rantai halus & bukan coco petai/ coco kendi/ biskut tawar/ pulut dakap, saya rasa cukup gembira hadiahkan sesuatu yang bukan sahaja bini saya idamkan, malah mak mertua saya idamkan.
Saya racun bini dah tuk try sek sek coco, dia cakap “tebal sangat, tak sesuai dengan i sekarang,” gulppp terduduk saya dengar perkataan “SEKARANG” tu kerana daku bakal ikat perut makan koko krunch pabila masa bini untuk ber-coco tiba haha.
Prinsip Dr Say, Tak Berkira Dengan Isteri
Prinsip yang saya selalu pegang, JANGANLAH SESEKALI KITA BERKIRA DENGAN ISTERI KITA. Merekalah lubuk rezeki kita.
Ingat kejayaan kita selama ni kejayaan kita seorang? Tidak peeps, kejayaan kita selama ni bertulang belakangkan isteri kita maka fahami kehendak mereka & sekali sekala limpahi mereka dengan apa yang mereka mahukan & bukannya apa yang kita fikir mereka mahukan.
Benarlah apa yang dikatakan oleh selebriti Yatt Hamzah dimana tak terbayang lalui Ramadan tanpa terawih di Masjid.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun facebook HARYATI HAMZAH – YATT beliau menerusi statusnya menyatakan;
Tak Apa Tanpa Bazaar
“Tak apalah jika Ramadhan tanpa bazaar. Tapi janganlah tanpa Terawih di masjid. Tak terbayang Ramadhan tahun ini tanpa kemeriahan Tarawih di masjid2. Ya Allah rezekikanlah kami berjumpa ramadan lagi dalam keadaan selamat dan sejahtera.”
Marilah Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 berakhir dengan segera.
Sumber Foto: facebook HARYATI HAMZAH – YATT
Hidupkan Ramadan Dari Sekarang
Yatt Hamzah juga turut mencoretkan dalam suasana hari ini marilah bersama-sama kita membuat persiapan awal Ramadan dari rumah.
“Ramadhan kurang dr 23 hari lg. Jomlah kita buat persiapan. Kita hidupkan Ramadhan tahun ini dr sekarang.. Buat persiapan awal dr rumah je ok. Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.
“Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, Ramadhan seharusnya lebih lagi.
“Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Ramadhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.
Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti jika ada rezeki kita ya.. Aameen..
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...