Muak Makan Daging Korban, Kita Beralih Pada Selera Barat

Muak juga kalau asyik makan benda yang sama je. Bila tiba raya haji, tentu ramai yang menerima pemberian daging korban atau diri sendiri membuat ibadah tersebut. Jadi stok daging memang banyak.

Mungkin ada yang sudah muak dan bosan juga dengan aneka hidangan raya lebih-lebih lagi berasaskan daging. Lagi pula, daging kena kawal juga pengambilannya. Lebih-lebih lagi yang berpenyakit.

Hari raya Aidiladha ini pasti ramai yang pulang ke kampung. Nak kelainan? Mungkin menu pasta ini memberikan tarikan tersendiri. Jadi ambil peluang ini untuk memasak aneka pasta ini untuk hidangan ahli keluarga yang pulang beraya. Apapun, kita dalam tempoh PKPP, maka SOP jangan lupa ye walau pun sedang beraya!

**Resipi yang kongsikan ini dalam jumlah yang banyak ye. Boleh ubah suai sendiri mengikut kesesuaian jumlah ahli keluarga.

SPAGHETTI CHICKEN BOLOGNISE

Muak Makan Daging Korban, Kita Beralih Pada Selera Barat

BAHAN-BAHAN:

4 paket pasta

50ml minyak zaitun

1.5kg ayam cencang

2kg tomato

500gm bawang Holand

300gm saderi

200gm bawang putih

2 helai daun Bay

4 liter air

IKLAN

10gm lada putih

10gm garam

CARA MEMASAK:

  1. Rebus pasta lima ke tujuh minit. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali. Tumis semua bahan sehingga separuh masak.
  3. Angkat dan kisar bahan-bahan yang ditumis tadi.
  4. Kemudian masak sekali lagi semua bahan dikisar bersama ayam dan tambah air secukupnya.
  5. Perasakan dengan garam dan lada putih secukup rasa. Angkat dan sedia dinikmati. tidak rasa muak kerana tidak mengandungi keju.

Info chef: Satu paket pasta anggaran 400 gram dan boleh dimakan antara 10-12 orang.

Baca resipi lain di sini:

Daging Korban Boleh Dimasak Resipi Ini, Sedap Terangkat!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 FETTUCINI PRAWN CURRY CABONARA

Muak Makan Daging Korban, Kita Beralih Pada Selera Barat

BAHAN-BAHAN:

4 paket pasta fettucini – rebus

50ml minyak zaitun

IKLAN

50gm bawang merah   – cencang

30gm bawang putih    – cencang

20gm rempah kari

5 biji Capsicum hijau – hiris memanjang

5 biji Capsicum merah – hiris memanjang

1 liter krim masakan

300ml susu segar

15gm parutan keju Parmesan

IKLAN

1kg Udang – bersihkan

Sedikit daun kari

 CARA MEMASAK:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga masak.
  2. Masukkan rempah kari bersama daun kari. Gaul sehingga rata dan masak.
  3. Masukkan krim masakan dan susu segar. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Masukkan udang dan masak hingga udang masak sepenuhnya.
  5. Seterusnya masukkan hirisan capsicum dan keju parmesan. Gaul seketika.
  6. Masukkan pula pasta yang direbus tadi dan gaul sekata. Angkat.
  7. Untuk menghidang, hiris isi ayam dan letak di bahagian atas pasta.

MACARONI CHEESE

Muak Makan Daging Korban, Kita Beralih Pada Selera Barat

BAHAN-BAHAN:

4 paket pasta macaroni pasta

50gm keju Parmesan

30gm keju Cheedar

5 tin cendawan butang- hiris

10gm daun Parsley  – cencang

500ml susu segar

4 liter krim masakan

Minyak zaitun secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Rebus macaroni selama lima minit. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan cendawan butang. Tumis hingga masak dan terbit bau wangi.
  3. Masukkankan susu segar, serbuk lada hitam dan krim masakan.
  4. Masukkan semua jenis keju dan gaul, biarkan sebati.
  5. Masukkan macaroni yang direbus dan gaul rata.
  6. Tabur sedikit daun parsley di atasnya ketika menghidang.

Sumber: Rasa

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI