MUA Bellaz Tumpang REZEKI Anak-Anak, Pengurus Hotel Bagi Bilik Besar Mewah Menghadap Kaabah!

Share

MUA Bellaz Tumpang REZEKI Anak-Anak, Pengurus Hotel Bagi Bilik Besar Mewah Menghadap Kaabah! Anak-anak memang pembawa rezeki yang tidak disangka-sangka. Kita mak ayah selalunya hanya menumpang rezeki mereka.

Pengalaman manis ini dikongsikan oleh jurusolek dan usahawan terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Binti Zulyadaini, 29 sendiri. Ramai mengetahui, MUA Bellaz dan keluarganya ketika ini sedang berada di tanah suci untuk mengerjakan umrah.

Ibu kepada empat orang cahayamata ini sama sekali tidak menyangka, dirinya dan keluarga berpeluang untuk menginap di bilik hotel yang besar, mewah dan eksklusif ketika berada di Mekah. Malah berhadapan dengan permandangan Kaabah dan Masjidil Haram yang sangat cantik asbab kemurahan hati Pengurus hotel dan menumpang rezeki dari anak-anaknya.

Berikut perkongsian dari MUA Bellaz;

MASYALLAH ALHAMDULILAHHHH

Dekat sini baru pukul 11 malam, dekat malaysia dah jam 4pagi. Sajalah bellaz nak berkongsi moments harini. Rezeki sungguhlah terjadi di Mekah harini duk kata dalam hati;

“Uihh sapa laa duduk bilik ni sangat expensive mahal insyallah one day ada rezeki nak gak merasa bawak anak-anak duduk,”

Nak jadikan cerita bilik yang bellaz duduk nak tukaq bilik nak ambik connecting room dengan anak-anak bilik bellaz ambik yang biasa-biasa sahaja. Nak jadi rezeki besaq harini terjumpa manager dari hotel Makkah Clock Royal Tower, A Fairmont Hotel Sir Omar Sherif tu.

Dia tengok anak-anak bellaz dia kata Masyallah dia kata bawak semua anak-anak datang Tanah haram ka? dia cakap omputih weh tapi bellaz paham.

Pastuu dia bagi kami 1 family bilik sebesar mewah laguni merasa Ya Allah aku terkejut wehhhh sebab bilik sangat-sangat besaq. Masyallah tak tau nak kata lagu mana rezeki sungguh tumpang rezeki anak-anak.

Ishh laa kata noh nak terlintas apa dalam hati, fikiran yang baik-baik benda tu jadi weh. Saya tak pernah terbayang nak duduk bilik besar mewah laguni plus Kaabah view sangat-sangat cantik. Masyallah.

Ya Allah, Bellaz nak ucapkan Terima kasih sir Omar dan jugak Fairmont Hotel Mekkah, semoga sir dimurahkan rezeki selalu diberikan kesihatan yang sihat dan business terus maju jaya Amin.

Berikut antara gambar-gambar dalam bilik hotel yang dikongsikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Mesti Baca:Mata Grey Cantik, Ramai Ibu Mengandung Berkenan Nur Aisywara Nealofa Anak Mua Bellaz
Baca Lagi Di Sini:

Baru Dapat Peti Ais Impian, MUA Bellaz Cari Keluarga Tak Pernah Ada ‘Fridge’ Pula
Artikel Menarik:Mua Bellaz Berniat Sumbangkan Tablet “Rezeki Dari Allah Semuanya Kita Wajib Berkongsi”

Mingguan Wanita: Alhamdulillah rezeki MUA Bellaz sekeluarga, beruntung dapat menginap di hotel mewah dan ekslusif berhampiran masjidil haram. Memang menumpang rezeki anak-anak sungguh!

Sumber:Make up by Bellaz

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab