Uncategorized

MoSAIC cipta ruang kreativiti untuk kanak-kanak

Share

Di era digital ini, semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa seharian ‘melekat’ bersama gajet sehingga tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berbakat besar dalam pelbagai bidang lain seperti sukan, kecantikan, seni budaya, bercerita, melukis, dan sebagainya.

Tahukah anda, tanpa bimbingan dan galakan yang betul, bakat ini mungkin tidak dapat dikembangkan dengan sepenuhnya serta potensi diri tidak dapat digilap sebaiknya.

Gambar Hiasan

Sebagai ibu bapa, kita sering berdepan cabaran dalam mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini boleh menyukarkan usaha untuk mendaftarkan anak-anak mengikuti kelas atau kelab khas yang mampu menggilap kreativiti mereka.

Namun, memberikan mereka peluang untuk meneroka minat bukanlah satu kemewahan, sebaliknya ia merupakan satu keperluan untuk mengasah bakat dan perkembangan mereka.

Lebih mencabar lagi, ramai ibu bapa dan penjaga melihat tiada ruang atau platform khusus bagi anak-anak meluahkan minat serta berkongsi kreativiti mereka dengan rakan sebaya, guru, dan komuniti. Ini menyebabkan anak-anak kurang terlibat dalam aktiviti yang bersesuaian dengan usia mereka dan tidak mendapat sokongan yang cukup untuk berkembang dengan sihat.

Kini, ibu bapa boleh mencari premis khusus untuk kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat. Selain itu, menggalakkan interaksi sosial, menyediakan ruang kreatif di rumah, serta meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam aktiviti yang mereka gemari boleh membantu mereka lebih yakin dan bersedia untuk mengembangkan bakat masing-masing.

Platform Terbaik Kanak-Kanak

Menyedari kepentingan perkembangan kognitif kanak-kanak, sebuah muzium kanak-kanak pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Muzium Sains, Seni dan Inovasi Kanak-Kanak (MoSAIC) bakal beroperasi secara rasminya pada  Februari ini. MoSAIC dijangka menjadi platform terbaik bagi kanak-kanak untuk meneroka kreativiti mereka melalui pameran interaktif, bengkel pembelajaran, dan aktiviti yang menyeronokkan.

Melalui bimbingan, dorongan dan sokongan  dan pedekatan yang bersesuaian terhadap kanak-kanak, ibu bapa mampu membantu anak-anak mencapai potensi mereka yang sebenar. Ibu bapa berperanan menjadikan dunia mereka lebih berwarna dengan pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan!

MoSAIC telah membuka pintunya secara rasmi kepada orang ramai pada 1 Februari lalu merupakan gandingan idea dan usaha  pengasasnya Fiza Zin dan pengasas bersama, Karimah Koh Siow Kien.

“Idea pembangunan muzim ini tercetus daripada pengalaman percutian dan mengembara ke luar negara yang mana saya melihat muzium kanak-kanak sudah dibangunkan di beberapa negara. Melalui muzium ini, ia dapat memastikan kanak-kanak mengalami pendekatan pembelajaran, permainan dan kreativiti yang holistik dan inklusif, “ujar Fiza yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif muzium berkenaan.

Majlis perasmian itu disempurnakan Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/festival-gabungan-pesta-muzik-makanan-budaya-jadi-tarikan-sempena-tahun-melawat-kedah-2025/

Konsep yang direka khas untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, muzium berkenaan adalah ruang inklusif di mana kreativiti, permainan dan penerokaan bergabung untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi memupuk persahabatan baru dan pengalaman pembelajaran bersama.

Terletak secara strategik di Pusat Bandar Kuala Lumpur, di Presint Sivik dan Warisan, muzium itu mudah diakses melalui pengangkutan awam dan dikelilingi oleh mercu tanda bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Mahkamah Tinggi Lama dan Dataran Merdeka.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu