Di era digital ini, semakin ramai kanak-kanak menghabiskan masa seharian ‘melekat’ bersama gajet sehingga tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya berbakat besar dalam pelbagai bidang lain seperti sukan, kecantikan, seni budaya, bercerita, melukis, dan sebagainya.
Tahukah anda, tanpa bimbingan dan galakan yang betul, bakat ini mungkin tidak dapat dikembangkan dengan sepenuhnya serta potensi diri tidak dapat digilap sebaiknya.
Gambar Hiasan
Sebagai ibu bapa, kita sering berdepan cabaran dalam mengimbangi tuntutan kerja dan kehidupan seharian, lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup. Keadaan ini boleh menyukarkan usaha untuk mendaftarkan anak-anak mengikuti kelas atau kelab khas yang mampu menggilap kreativiti mereka.
Namun, memberikan mereka peluang untuk meneroka minat bukanlah satu kemewahan, sebaliknya ia merupakan satu keperluan untuk mengasah bakat dan perkembangan mereka.
Lebih mencabar lagi, ramai ibu bapa dan penjaga melihat tiada ruang atau platform khusus bagi anak-anak meluahkan minat serta berkongsi kreativiti mereka dengan rakan sebaya, guru, dan komuniti. Ini menyebabkan anak-anak kurang terlibat dalam aktiviti yang bersesuaian dengan usia mereka dan tidak mendapat sokongan yang cukup untuk berkembang dengan sihat.
Ads
Kini, ibu bapa boleh mencari premis khusus untuk kanak-kanak yang menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan bermanfaat. Selain itu, menggalakkan interaksi sosial, menyediakan ruang kreatif di rumah, serta meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dalam aktiviti yang mereka gemari boleh membantu mereka lebih yakin dan bersedia untuk mengembangkan bakat masing-masing.
Platform Terbaik Kanak-Kanak
Menyedari kepentingan perkembangan kognitif kanak-kanak, sebuah muzium kanak-kanak pertama di Malaysia yang dikenali sebagai Muzium Sains, Seni dan Inovasi Kanak-Kanak (MoSAIC) bakal beroperasi secara rasminya pada Februari ini. MoSAIC dijangka menjadi platform terbaik bagi kanak-kanak untuk meneroka kreativiti mereka melalui pameran interaktif, bengkel pembelajaran, dan aktiviti yang menyeronokkan.
Melalui bimbingan, dorongan dan sokongan dan pedekatan yang bersesuaian terhadap kanak-kanak, ibu bapa mampu membantu anak-anak mencapai potensi mereka yang sebenar. Ibu bapa berperanan menjadikan dunia mereka lebih berwarna dengan pelbagai pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan!
Ads
MoSAIC telah membuka pintunya secara rasmi kepada orang ramai pada 1 Februari lalu merupakan gandingan idea dan usaha pengasasnya Fiza Zin dan pengasas bersama, Karimah Koh Siow Kien.
“Idea pembangunan muzim ini tercetus daripada pengalaman percutian dan mengembara ke luar negara yang mana saya melihat muzium kanak-kanak sudah dibangunkan di beberapa negara. Melalui muzium ini, ia dapat memastikan kanak-kanak mengalami pendekatan pembelajaran, permainan dan kreativiti yang holistik dan inklusif, “ujar Fiza yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif muzium berkenaan.
Majlis perasmian itu disempurnakan Pengarah Urusan Think City, Datuk Hamdan Abdul Majeed.
Konsep yang direka khas untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, muzium berkenaan adalah ruang inklusif di mana kreativiti, permainan dan penerokaan bergabung untuk merapatkan jurang sosio-ekonomi memupuk persahabatan baru dan pengalaman pembelajaran bersama.
Terletak secara strategik di Pusat Bandar Kuala Lumpur, di Presint Sivik dan Warisan, muzium itu mudah diakses melalui pengangkutan awam dan dikelilingi oleh mercu tanda bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad, Mahkamah Tinggi Lama dan Dataran Merdeka.
Ayash bayi ajaib. Rupanya tangan kanan anak bongsu Shuib iaitu Ayash kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.
Perkara itu dijelaskan sendiri oleh Shuib semasa siaran langsung di akaun TikTok miliknya bersama Ayash.
Ayash Bayi Ajaib
Menjawab persoalan ramai, Shuib menerangkan mengenai keadaan tangan kanan anak Ayash Affan yang dilihat seperti tidak normal seperti kanak-kanak biasa.
Kongsi Shuib lagi, sewaktu Ayash dilahirkan, anaknya itu tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan okisgen dan hal itu memberikan kesan terhadap perkembangan otak serta fizikalnya.
“Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.
“Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.
“Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi,” luah Shuib.
Tangan Kanan Ayash Sentiasa Dalam Keadaan Mengenggam
Ketika siaran langsung itu juga, Shuib turut menerangkan keadaan tangan kanan Ayash yang sentiasa berada dalam keadaan mengenggam.
Pada masa yang sama, Shuib turut menerangkan bukan hanya tangan tapi sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu. Namun dirinya bersyukur kerana kini tangan Ayash semakin baik malah tangan kanannya juga sudah tidak seperti dulu.
“Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.
“Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.
“Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan,” sambung Shuib.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak perlu susah nak berdiet! Anda mungkin pernah dimomokkan dengan pelbagai jenis diet untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dari pempengaruh ataupun media sosial. Lebih-lebih lagi, ada kaedah diet yang kelihatan seakan-akan menghukum diri!
Diet ekstrem sebegini tentunya tidak langsung membantu anda ke arah tubuh badan yang sihat malah akan ‘memusnahkan’ semangat anda untuk memulakan amalan pemakanan secara sihat.
Tak Perlu Susah Nak Berdiet
Selain aktiviti fizikal dan rutin senaman yang sesuai, langkah pertama adalah memastikan anda tahu kiraan kalori untuk setiap hidangan yang anda makan dan mengikuti jadual pemakanan sihat dengan berdisplin. Dietmonsta menyediakan pek sejuk beku makanan sihat yang bukan sahaja mudah untuk dipanaskan tetapi enak untuk dimakan!
Menu Yang Direka Khas Oleh Pakar Nutrisi
Setiap menu Dietmonsta dapat membantu anda dalam perjalanan kecergasan sama ada ingin menurunkan berat badan ataupun mengekalkan gaya hidup sihat. Pilihan menu Dietmonsta terdiri daripada protein ayam, daging dan ikan salmon ini direka khas oleh pakar nutrisi bagi memastikan kandungan khasiat yang seimbang.
Pek makanan yang ditempah akan lengkap bersama maklumat kiraan makronutrien seperti jumlah gram karbohidrat, protein dan lemak. Info ini amatlah membantu bagi para wanita untuk merekod jumlah kalori dari pengambilan makanan seharian mereka.
Makanan Penuh Khasiat Yang Mudah Dan Sedap
Siapa kata makanan sihat perlu jadi tak sedap? Menu Dietmonsta tidak berkompromi dengan rasa – kerana diet sesungguhnya boleh menjadi lebih menyelerakan di samping memenuhi kehendak nutrien tubuh badan anda.
Di samping dengan kaedah penyimpanan teknologi blast freeze yang dapat memanjangkan jangka hayat makanan Dietmonsta, pek makanan ini amatlah mudah untuk dipanaskan di rumah ataupun pejabat. Dengan dua jenis pembungkusan – pek vakum dan bekas gelombang mikro, kedua-duanya bebas BPA!
Kemudahan ini memberi alternatif hidangan makanan berkhasiat kepada golongan wanita professional yang sentiasa sibuk dengan tuntutan kerja mahupun suri rumah yang ingin menyediakan makanan sihat untuk seisi keluarga.
Tempahan hanya dihujung jari anda melalui laman sesawang www.dietmonsta.com dan penghantaran hari esok dibuat ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Putera Mateen bergelar suami dengan sekali lafaz. Sah bergelar suami isteri! Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini.
Majlis akad nikah yang diadakan di masjid berkubah emas di ibu negara Brunei itu turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.
Bergelar suami dengan sekali lafaz
Pada majlis akad nikah, kelihatan bapa pengantin diraja perempuan, Awang Adam Abdullah meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).
Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.
Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
17 das tembakan meriam dilepaskan tanda diraikan!
Media melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, di mana ia telah dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari. Pasangan pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari ini.