MORNING SICKNESS Tersangatlah Teruk, Sedihnya Bila Orang Sekeliling Tak Faham

Bakal mak-mak yang baru pertama kali hamil, ketika di awal semester ada yang alami ‘morning sickness’ atau alahan waktu hamil. Bangun pagi mulut rasa payau, gosok gigi terus muntah hijau, ambil sarapan.. belum pun habis telan, makanan dah terkeluar semula dari mulut.

Masuk tengah hari, kepala mula rasa berpusing, pening. Mengantuk waktu tengah khusyuk bekerja, nak masuk tidur badan rasa tak selesa, muntah sekali lagi. Pendek kata tak tahulah kenapa dengan badan sendiri. Tak kenal dah diri kita yang dulu.

Lebih banyak tak stabilnya. Sebenarnya masa inilah perubahan hormon berlaku dalam badan mak-mak hamil. Janin yang sedang membesar, juga sedang mahu mengenali kondisi tubuh ibunya. Perubahan inilah yang buat bakal mak rasa tak selesa dan serba tak kena.

 

MORNING SICKNESS Tersangatlah Teruk, Sedihnya Bila Orang Sekeliling Tak Faham

Macam Mana Nak Buat Orang Faham

Sayangnya, tak semua memahami perubahan hormon yang bakal mak-mak alami ini. Kita dikata mengada dan tak latih minda agar terima keadaan.

Ads

Faktanya, bukan semua tubuh manusia dijadikan sama rata. Ada orang yang boleh terima perubahan hormon dengan baik dan tak alami morning sickness yang ketara. Ada tubuh yang akan alami alahan dengan teruk.

Bukan mereka mahu jadi begitu, tapi itulah keadaan yang akan bakal mak alami. Malah, doktor berpendapat, semakin teruk ibu alami morning sickness bermakna janin dalam kandungannya itu dalam keadaan yang baik.

Bermakna bayi anda sihat! Jadi jangan susah hati ya.

Ads
MORNING SICKNESS Tersangatlah Teruk, Sedihnya Bila Orang Sekeliling Tak Faham
Kredit foto : corcell.com
Ibu yang mabuk alahan, cubalah makan buah tembikai. Ia bantu kurangkan ‘morning sickness’

Apa Orang Keliling Boleh Bantu

Ketika bakal mak ini alami alahan, jangan terus anda memberi persepsi yang negatif. Menuding jari katakan tubuh lembik atau tak kuat, sebaliknya ikut panduan ini. Agar bakal mak lebih selesa jalani 9 bulan kehamilan dengan bahagia.

1. Beri Sokongan

Baik suami, ibu ayah mahupun mentua perlu memberi galakan dan kekuatan pada bakal mak ini. Pujuk dan maklumkan yang morning sickness itu normal dan perlu dijalani dengan hati yang tabah dan sabar.

2. Beri Alternatif

Waktu morning sickness bukan semua makanan atau minuman boleh masuk ke dalam tekak bakal mak. Kadangkala makanan yang paling sedap dalam dunia, boleh jadi makanan paling tak boleh diterima tekak bakal mak ketika itu.

Ads

Sarankan pagi-pagi ambil biskut cracker. Sedikit demi sedikit. Jangan makan sekali gus. Ambil masa biarpun terpaksa menelan sekeping untuk 30 minit. Biarkan dan beri galakan.

Pisang juga kaya dengan Vitamin B6 dan bagus untuk alahan. Ia membantu menghalang bakal mak dari muntah teruk.

3. Jangan Mengata

Masa mengandung ini jiwa bakal mak boleh jadi terlebih sensitif. Pantang ditegur sedikit, air mata boleh jatuh berjuraian. Sebabnya, nak kenal kondisi baru tubuh satu hal, nak kawal kata-kata menghiris kalbu satu hal lagi. Bukankah ia jadi bebanan yang bertubi-tubi?

Jadi, bila nampak mak mengandung alahan teruk, cubalah kawal mulut dari bergosip tentangnya. Anda boleh ubah dengan memberi kegembiraan padanya. Misalnya bawa dia ke tempat yang bakal mak mahu pergi dan sebagainya. Janji boleh buat dia lupakan seketika alahannya itu.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI