Moratorium Dah 3 Bulan, Duit Pinjaman Tak Potong, Tapi Ke Mana Duitnya?

Share

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, banyak norma baharu yang perlu rakyat Malaysia tempuh. Termasuklah rutin harian kerja yang tak sama macam dulu. Ada hari bekerja, ada hari kena duduk rumah tanpa gaji. Mujurlah bank berikan moratorium.

Kelonggaran tak bayar hutang dengan bank ini sepatutnya beri lebihan wang pada mereka yang ambil moratorium ini. Tapi ada segelintirnya dah lepas 3 bulan, duit simpanan pun tak nampak bayangan.

Baca sini : Dengan duit moratorium ayah belikan anak, isteri gelang emas.

Bila masa tiba-tiba, perlukan duit kecemasan. Tiada pula bayangan simpanan moratorium yang sepatutnya jadi bekalan saat kecemasan. Ini yang dihadapi sendiri oleh Abdul Muiez Ruslee

, langsung memberikan pesanan penting untuk anda yang mungkin berdepan masalah yang sama.

Kena Bayar RM4000, Tapi Tak Cukup Duit

Minggu lepas mak saya masuk hospital.
Setelah beberapa hari, doktor wajibkan kami beli mesin CPAP dan Oxygen Concentrator.
Selepas berbincang, mahu tak mahu, kami perlu beli untuk kegunaan mak. Harga kedua-dua mesin ini lebih RM10 ribu.
Kami minta mereka hantarkan hari ini juga. Sebab, kalau tidak mak tak boleh keluar hospital.
Kena bayar deposit RM4 ribu. Siapa boleh bayarkan. Aku tak cukup duit.” Kata adik saya.
Saya pun semak akaun bank.
Aku pun tak cukup. Dekat Tabung Haji ada.”
Setelah berbincang, adik saya seorang lagi yang bayarkan deposit RM4 ribu tu.
Selepas itu saya termenung panjang.

Moratorium Dah 3 Bulan, Tapi Ke Mana Duitnya?

Moratorium dah 3 bulan. Bermaksud, dah 3 bulan duit pinjaman tak potong. Sepatutnya, paling tidak sudah ada RM10 ribu dalam bank. Tapi ke mana duitnya?
Terduduk sekejap saya memikirkan perkara itu.
Ya betul. Saya sudah beli itu ini. Tetapi, di mana simpanan saya?
Bila muncul hal kecemasan macam ni, mana saya nak korek?
Emas? Tak sempat nak gadai.
Tabung Haji? Tak boleh nak tunggu esok.
Aset? Bukan mudah nak dicairkan.

Saya terfikir, setidak-tidaknya perlu juga ada simpanan tunai untuk digunakan ketika saat terdesak. Kalau moratorium seribu, sepatutnya kita sudah ada tiga ribu. Katakan kalau moratorium dua ribu, kita sepatutnya sudah ada simpanan enam ribu. Kalau potongan tiga ribu, senang-senang kita boleh simpan sembilan ribu.

Berapa baki moratorium kita?
Ada baki 3 bulan lagi. Sempat rasanya untuk kita buat simpanan.
Perkara lepas jadikan sempadan. Jangan diulangi lagi kesilapan semalam.
Gittew.

MW : Penting sebenarnya simpan duit moratorium ini, nanti lepas 6 bulan mudah nak bayar faedah selambak dekat bank. Takdelah hutang tu makin berganda-ganda banyaknya. Jadi, marilah tekadkan semangat untuk gigih menyimpan.

Sumber/Foto : Abdul Muiez Ruslee *Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.

Published by
NETTY AH HIYER