Mood Swing, Dugaan Berat Sepanjang Rawatan IVF, Doktor Pesan Madammu Jangan Lasak Sangat!

Share

Mood Swing, Dugaan Berat Sepanjang Rawatan IVF. Begitulah antara cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pengasas NOIR. Malah kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.

Seperti mana wanita berkahwin lain, pemilik nama sebenar Eriyca Baiduri atau lebih dikenali dengan Madammu ini mempunyai impian untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Mood Swing, Dugaan Berat Sepanjang Rawatan IVF

Sememangnya bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk mudah ‘lekat’. Sesetengah wanita terpaksa melalui pelbagai liku-liku mencabar hanya kerana mencuba untuk hamil. Bukan sahaja bersedia dari segi fizikal bahkan mental juga perlu kuat untuk menjalani proses rawatan kesuburan.

Wanita cantik yang juga ahli perniagaan berjaya ini juga cuba ntuk hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh.

Madammu disarankan untuk menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF), namun, hakikatnya ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, banyak cabaran yang perlu dilalui wanita kuat bekerja ini.

Terpaksa Berehat & Bed Rest

Seperti mana dipetik menerusi portal Pa&Ma, ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest.

Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.

Menurutnya, fasa ini agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar. Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).

Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.

“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”

Perasaan Bercampur-Baur, Bahagia, Sedih, Letih, Marah

Akui dirinya lagi, emoso sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’.

Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental. Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.

Bukan mudah untuk dia mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberinya kekuatan.

Segala tangisan disembunyikan bagi memberi semangat buat ejen-ejen dan team NOIR. Ada satu ketika, Madammu mengalami perubahan emosi yang mendadak dan terpaksa turun ke Sabah untuk majlis pelancaran produk dan ketika itu dirinya mengalami pendarahan yang teruk.

Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.

Buang Tiub Fallopian, Ambil Suntikan & Makan Pil Horman

Pengorbanan yang sangat besar dilalui wanita hebat ini di mana dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar.

Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.

“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”

Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Kongsinya lagi, dirinya perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022. Pada tarikh ini ia bakal menentukan keputusan positif  atau sebaliknya.

Seandainya pada tarikh tersebut Madammu berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.

Selepas menjalani lima bulan tempoh rawatan IVF yang penuh kesukaran, hari ini Madammu dan suami bersedia untuk berjumpa dengan pakar untuk mengetahui keputusan sama ada usaha mereka untuk hamil berjaya atau tidak.

Segala persiapan telah dibuat termasuklah dari segi emosi untuk menerima apa saja perkhabaran yang akan disampaikan oleh pakar yang merawat Madammu. Sama ada positif atau negatif, inilah masanya untuk mengetahui.

Kini Hamil Satu Bulan

Biarpun debaran terasa, namun Madammu dan suami cukup tenang menuju ke bilik doktor untuk mengetahui keputusan rawatan IVF yang telah dijalani bermula bulan April yang lalu. Keterujaan team NOIR yang menemani Madammu mendengarkan perkhabaran baik ini diringi air mata. Masing-masing memeluk erat Madammu.

Dirinya kini hamil satu bulan, trimester pertama yang sangat mencabar. Suasana di dalam bilik doktor diselubungi rasa sayu dalam kebahagiaan. Bukan mudah untuk Madammu melalui proses rawatan IVF. Ia memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga suami, anak-anak dan team NOIR yang sentiasa menjadi tulang belakang Madammu.

Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.

“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil. Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya.”

Baca Disini : Madammu Jelaskan Ketika Kahwin Suami Bukan Kaya Raya “Jika Ada Yang Kata Saya Kahwin Sebab Duit Itu Salah”

‘Madammu Bantu Wanita Dalam Kesusahan.” NOIR Mahu Ubah Taraf Hidup Untuk Keselesaan Keluarga

“Jagalah Diri, Jangan Lasak Sangat. Work From Home”

Semasa berkongsi keputusan dengan Madammu dan suami, pakar mengatakan bacaan keputusan mereka sangat ‘cantik’. Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.

“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home.”

Sebaik mendengar pesanan doktor, Madammu hanya tersenyum dan mengatakan dirinya seorang yang sibuk dan sukar untuk bekerja dari rumah. Sempat juga dia bertanya kalau dirinya dah boleh travel pada bulan 12 nanti atas urusan bisnes.

Madammu dan suami sempat membunyikan ‘Bell of Joy’ yang terdapat di Alpha IVF & Women’s Specialists bersama-sama team NOIR. Menahan perasaan, akhirnya jatuh juga air mata suami Madammu ketika ditanyakan harapan untuk proses kehamilan isteri tercinta.

“Saya agak terharu dan terkejut bila dah tahu keputusan. Masih panjang lagi journey sebab kandungan pun baru lima minggu. Alhamdulillah.. Tahniah Yang untuk segala pengorbanan dan journey you ni.”

Mingguan Wanita :  Semoga segalanya dipermudahkan buat Madammu. 

Sumber  :  Facebook Pa & Ma

Sumber Foto : Instagram Eriyca Baiduri

Jaga Badan Demi Kerjaya 

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!

Tip Cantik Isteri, Ibu & Selebriti Datin Elvina

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Jom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

 

Published by
Norhayati Suboh