Mood Lebih Ceria Bersemangat, Waktu Bersahur ‘Hadiah’ Untuk Suami & Anak-Anak!

Share

Sememangnya mood akan lebih ceria dan bersemangat untuk bangun bersahur, apabila dihidangkan dengan pelbagai menu menarik setiap hari. Menyediakan hidangan waktu bersahur tak kurang hebatnya seperti waktu berbuka.Ia bagaikan ‘hadiah’ seorang isteri kepada suami dan anak-anak tersayang.Paling penting niat dan usaha menyediakan hidangan terbaik buat keluarga.

Perkongsian daripada Puan Busseroa Abd Jalil ini wajar menjadi inspirasi buat mak-mak yang lain dalam menyediakan hidangan bersahur yang menarik buat keluarga. Sungguh rajin dan gigih menyediakan hidangan sahur yang menarik untuk keluarga tercinta.

Sebahagian daripada menu sahur saya dan family tahun ini.Sejak sebelum Ramadan lagi saya sudah berniat, puasa tahun ini saya nak buat kelainan pada menu bersahur. Saya mahu waktu bersahur menjadi hadiah daripada saya untuk suami dan anak-anak.

Sebelum-sebelum ini, waktu berbuka masing-masing excited. Tetapi waktu sahur sendu dan layu. Sedangkan kata ustaz, masak untuk orang berbuka dan bersahur juga satu ibadah. Jadi saya berusaha sekadar yang terdaya.

Artikel Menarik: Satu Jam Selepas SAHUR, Ini Perlu Kita Buat Untuk Dapat Keberkatan RAMADAN

Hasilnya setiap hari anak-anak dan suami bangun sahur dengan mood yang amat ceria dan bersemangat walaupun menu yang saya masak biasa-biasa sahaja. Mereka tak sabar nak tahu apa hidangan yang ada.

Alhamdulillah. Semoga perkongsian saya ini memberi sedikit inspirasi dan semangat buat kita bersama. Selamat menggandakan ibadah buat semua.

Mesti Baca: Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip “Mak Sediakan Sahur, Ayah Kena Bantu Kejutkan Anak-Anak”

Baca Lagi Di Sini: Sahur Tak Selera Makan Nasi, Cuba Air Nabeez Lagi Sedap Tambah Susu, Badam

Lagi Di Sini: Demi Jaga Anak OKU & Emak Sakit, Gigih Sediakan 22 Jenis Masakan, Stok Lauk Persediaan Ramadan!

Mingguan Wanita: Tahniah dan kagum pada wanita ini, atas usahanya menyediakan pelbagai menu bersahur yang menarik setiap hari, sebagai ‘hadiah’ buat suami dan anak-anak. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain juga.

Sumber: Busseroa Abd Jalil

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Wanita berdikari buat lelaki rasa tercabar? betul ke?

Published by
Suhaidah Abd Wahab