Mona Din Kongsi Cara Buat Sendiri Baja Home Made Suburkan Tanaman, Guna Bahan Dapur!

Share

Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti. Mona Din merupakan seorang ikon usahawan wanita negara yang pernah mengendalikan lima perniagaan utama bersama suami sejak tahun 2004, iaitu Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, Butik Women of Jannah, dan KL International Hijab Fair (KLIHF).

Melihat gambar hasil tanam-tanaman dan pokok-pokok yang sering dikongsikan di laman facebook, membuatkan ramai yang bertanya rahsia tanam-tanam dilihat begitu subur menghijau dan membesar dengan jayanya.Rupanya, minat bercucuk tanam yang mendalam membuatkan wanita ni rajin membuat sendiri baja hasil daripada lebihan bahan makanan yang ada di dapur.

Berikut perkongsian cara buat baja sendiri yang boleh menjadi panduan;

“Ramai orang dok kata pokok-pokok saya membesar menghijau dan membiak dengan subur.Saya rasa la, rahsianya adalah baja yang saya buat sendiri kot.Jadi, saya terasa pula nak kongsikan cara saya sediakan baja-baja homemade aka handmade ni”.

?Baja Pertama : Air Basuhan Beras + Lebihan Nasi

Cara Membuat:

Setiap kali basuh beras untuk tanak nasi, air basuhan beras saya tuang dalam container plastik, tutup dan biarkan di dapur. Then, after lunch or dinnner, bila ada nasi lebih, saya masukkan ke dalam bekas air basuhan tadi juga, tutup biar berendam di situ.Esok, saya ulang perkara yang sama.

Hari berikutnya, saya tapis butir-butir nasi tadi, then blend lumat- selumatnya. Nasi yang lumat tadi saya masukkan kembali dalam bekas air basuhan beras tadi, kacau dan tutup simpan lagi.

Setiap hari saya ambil sebahagian air untuk disiram, bakinya saya biar tersimpan dalam bekas tu. Nanti setiap hari ada air basuhan & blended beras baru, saya akan tuang masuk dan peram lagi, bersambung setiap hari.

Ini bermakna, baja air basuhan beras saya sentiasa ada, makin hari makin masam. Don’t worry tentang bau, sebab secara peribadi, saya sukakan bau masam itu. Ia mengingatkan saya kepada beras rendaman arwah emak untuk buat bedak sejuk. Its exactly the same smell, and I just love it !

Tiap-tiap hari, saya ambil & masukkan air beras tersebut ke dalam bekas plastik penyiram pokok, dan spray dari hujung daun, hingga ke pangkal batang pokok. Sehari saya akan guna 3 bekas spray tu.First, saya spray siram pokok-pokok sayur dan herba makanan. 2nd, saya siram pokok-pokok roses. Third, saya spray kumpulan pokok orkids & pokok-pokok yang gantung.

Inilah air basuhan beras + beras rendaman yang telah di blend. Saya tuang air ke dalam bekas penyiram tu, re-fill 3 kali setiap hari siraman.

Cara Menggunakannya:

Saya spray baja air beras tu setiap hari, sekali sehari, samada pagi atau petang, ikut free saya.

?Baja Kedua : Gabungan Telur & Kulit Bawang

Cara Membuat:

Selalu, di tepi sinki wet kitchen saya, akan ada satu plastik kecil. Setiap kali kupas bawang, kulitnya dimasukkan di situ.Begitu juga, setiap kali nak masak telur, kulit telur saya letak dalam plastik tu juga.

Dan jika ada bahagian sayur-sayur yang tak diguna seperti batang, empulur dan lain-lain, saya kumpul dalam tu sekali.

Kulit telur dan kulit bawang saya ambil anak batu tumbuk, tumbuk dari luar plastik, sampai hancur lumat, then letak kat pangkal batang pokok.

? Baja Ketiga : Air Sayur

Sayur-sayur dalam plastik tu saya keluarkan dan blender hingga lumat, cairkan dengan campuran air, masuk dalam bekas plastik, simpan as baja.

Itu 3 cara saya buat baja. Saya guna ke tiga-tiga baja tu berselang seli hari.So far, saya rasa baja-baja itu berkesan dan berperanan membesarkn pokok-pokok dengan subur sekali.

Saya yakin effect & keberkesanannya datang dari baja, sebab sepanjang saya ber gardening untuk semua pokok-pokok saya, saya tak pernah sekali pun beli tanah tambahan. Tidakpun walaupun satu peket.

Antara tanam-tanaman yang membiak dengan subur!

Semua pokok-pokok sayur dan bunga-bunga saya di tanam atas tanah yang ditambah oleh contractor saya masa renovation dulu. Only that tanah yang saya planted tanam- tanaman saya, tidak pun pernah ada tanah baru yang lain. So sebab itu saya agak pasti, bajanya lah kot yang buat pokok-pokok saya hidup, subur dan sihat, dengann izin Allah jua, pastinya.

So tu saja la nak cerita. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Semoga bermanfaat.

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika tanaman atau pokok-pokok bunga yang ditanam itu kurang subur, boleh cuba hasilkan sendiri baja home made guna bahan buangan makanan yang ada di dapur je.Seperti kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras, pangkal batang sayur dan sebagainya ini. Pastinya lebih bersifat organik dan bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan.

Sumber: Mona Din

Published by
Suhaidah Abd Wahab