“Mohon Maaf. Jadikan Sebagai Pengajaran & Bersama-Sama Kita Ikut Saranan Kerajaan” Siti Sarah

Share

Penyanyi berbadan genit, Siti Sarah mohon maaf dan mengakui kesilapannya serta suami, Shuib selepas didenda kerana melanggar prosuder operasi standard (SOP) di kedai makan baru-baru ini.

Tampil menjelaskan kejadian sebenar, Sarah menerangkan mereka ke Kelantan bukan untuk bercuti, sebaliknya untuk pembukaan outlet BubbleBee di Kubang Kerian dan Kota Bharu.

Namun sepanjang perjalanan ke sana, salah sebuah kereta milik pekerja mereka mengalami kemalangan, sebelum mereka membuat keputusan untuk berhenti minum di sebuah restoran yang terletak di Kuala Lipis.

Kami Mohon Maaf

Seperti mana pengakuannya yang dikongsi Siti Sarah akui ke Kelantan bukan kerana bercuti tetapi mendapat kebenaran merentas negeru untuk pelancaran outlet terbaru BubbleBee.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan. Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan dah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruskan pelancaran dua outlet baru BubbleBee.

“Pada mulanya, pekerja kami terlibat dalam kemalangan akibat jalan licin. Alhamdulillah syukur sangat kerana hanya kereta yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius.

Bersama-Sama Kita Ikut Saranan Kerajaan

“Selepas selesai uruskan pelbagai perkara, kami buat keputusan untuk berhenti makan di sebuah restoran tepi jalan di Lipis.

“Sekali lagi kami diduga. Kami mohon maaf. Ini pengajaran untuk kami dan diharap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa ikut SOP.

“Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami. Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan bersama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” kongsi Siti Sarah di laman Instagramnya.

Baca Disini Juga:

’Bersedekah, Tak Tahu Penat..’ Siti Sarah Dedah Rahsia Rezeki Shuib Tak Putus

Siti Sarah Kesal Ada Yang Sanggup Aibkan Diri, “Buat Duit Tak Perlu Sampai Jatuhkan Maruah”

Shuib & Sarah Didenda RM1,000 Seorang

Foto Ihsan Polis

Seperti mana yang dipetik menerusi SinarPlus, terdahulu, Shuib dan Sarah, masing-masing didenda RM1,000 seorang selepas didapati melanggar SOP dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pasangan yang juga usahawan itu dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di premis terbabit.

Menurutnya, dua lagi pelanggan yang turut duduk semeja bersama pasangan itu turut dikenakan kompaun.

“Turut dikenakan tindakan ketika rondaan pasukan Task Force Op COVID-19 Balai Polis Kuala Lipis kira-kira jam 9 malam itu ialah pemilik restoran terbabit.”

“Kompaun dikeluarkan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan.

Kerajaan menetapkan bermula 10 Februari, hanya dua individu semeja ketika menjamu selera di kedai makan dan restoran.

Sumber : SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Siti Sarah Raissuddin

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Published by
Norhayati Binti Suboh