Mohon Hentikan Spekulasi, ibu kepada dua cahaya mata yang juga isteri kepada pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah memohon agar hentikan spekulasi.
Terbaru menerusi hantaran dimuat naik di akaun Instagram Bella memberi amaran agar ‘bloger’ hiburan menghentikan penyebaran berita lama berkaitan kemelut rumah tangganya dan suami yang disunting semula menjadi ‘kenyataan’ baru.
Mohon Hentikan Spekulasi
Bella juga mengakui sikap berdiam dirinya dan suami yang enggan memberi sebarang kenyataan membuatkan ada ‘bloger’ mengambil jalan mudah tersebut.
“Assalammualaikum, lama kami berdiam diri.
Tetapi harini terpanggil untuk buat satu posting berkenaan headline2/artikel2 yang disebarkan di media social (Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube) oleh kerana kami tidak ingin memberikan sebarang kenyataan, para blogger mengambil jalan mudah dengan menggunakan statement Bella pada tahun 2019 dan disunting seolah2 Bella ada memberi kenyataan yang baru.
Inilah yang dikatakan fitnah. Kami berusaha berdiam diri tapi makin menjadi. Ramai menyarankan kami untuk ambil tindakan dan saman tapi kami ada banyak lagi perkara yang perlu diutamakan.
Bila kami selalu post gambar bersama orang cakap jangan menunjuk sangat, tapi bila kami tidak post cakap kami bergaduh.
Ganggu Kerja
Kerana dengan segala fitnah yang dilemparkan sedikit sebanyak menganggu kerja kami.
Kami suami isteri sekarang sibuk mencari rezeki, membesarkan anak2 yang sudah mula bersekolah, dan sedang menjalani rawatan. Minta tolong jasa baik anda semua untuk hentikan penyebaran yang tidak berasas ini. Saya sertakan dengan contoh.
*SWIPE LEFT*
Ads
-Video diatas berkenaan mata bella pedih jadi terpaksa buang contact lens dan tiba2 bulu mata pun tercabut.
(Video ini pada tahun 2019)
-Tapi video tu di ambil dan dijadikan thumbnail, diletakkan headline sebegitu dan disebarkan.
Terakhir sekali, kami mohon jasa baik semua henti kan lah spekulasi. Kerana kami juga punya keluarga di sabah/singapore dan sahabat-sahabat yang sedang bekerja dan mereka sering ditanya soal ini,” kongsi Bella Astillah.
Sebalum ini, Aliff namanya kembali menjadi sebutan ramai apabila tular sebuah video memaparkan seorang lelaki sedang berseronok di dalam kelab malam didakwa miripnya.
Namun rakan pelakon dikenali sebagai Ahmad Shahidan Izwan tampil membantu membersihkan nama Aliff dengan menjelaskan keberadaan mereka di kelab malam itu adalah demi kerja semata-mata kerana menjalani penggambaran drama.
Penjelasan tersebut dibuat oleh pelakon tersebut menerusi satu hantarannya di Instagram Story berikutan pelbagai komen diberikan netizen kepada Aliff berhubung video tular itu.
Perkara yang cukup merisaukan buat golongan hawa bila digelar ‘anak dara tua’, anak dara tak laku’ dan sebagainya. Sampaikan ada wanita terdesak cari pasangan untuk dijadikan suami tanpa kenal hati budi, sekufu dan sebagainya.
Ini belum lagi kalau anak gadis itu seorang yang bijak dan berkerjaya. Dan mulalah cakap orang lelaki takut nak masuk meminang. Takut tak mampu.
Bila usia pun makin bertambah, dengan faktor orang bercerita, mula rasa terdesak cari pasangan dan terburu-buru. Bimbang nanti orang cakap ada suami pula, mula stress sampaikan pilih lelaki yang kita tak tahu asal usulnya.
Mungkin keadaan sekarang yang mana wanita lebih ramai daripada lelaki pun boleh menjadi punca untuk mereka terdesak cari pasangan. Apapun, jangan terburu-buru wahai gadis /wanita. Nikmatilah hidup dan bahagiakan mak ayah dulu. Jodoh itu telah diatur olehNya, lambat atau cepat saja.
Budaya patriaki amat berakar di dalam masyarakat. Budaya merajakan anak lelaki masih berleluasa dengan jayanya.
Sebab itu hatta di tahun 2022 masih ada segelintir kaum lelaki yang backup Johari. Yang masih mengagungkan “saya berduit maka saya berhak kawen empat”. Yang mengagungkan mentaliti, apa guna ada isteri jika pinggan perlu dicuci sendiri?
Masih wujud segelintir lelaki yang melihat wanita selayaknya di alas kaki.
Maka, tak banyak yang para gadis boleh ubah mengenai ini. Cuma buat gadisku, ini pesanan yang amat bermanfaat untuk anda pegang di dalam kehidupan.
Gadisku, sementara masih belum bergelar isteri :
1) Elak terdesak mencari pasangan. Letak urusan jodoh di tangan Tuhan. Usah terperangkap dengan stigma, tak ada suami? Tidak bahagia. The time and the right person will come. Jangan terburu-buru dalam urusan memilih pasangan.
2) Bekerja dengan penuh dedikasi. Kejarlah kerjaya dan kumpulkan sedikit simpanan rahsia buat diri. Sebolehnya usaha miliki sebuah rumah sendiri dan 200gram emas pelaburan sebelum masuk ke alam perkahwinan. Peram dua ini diam-diam.
3) Nikmati hidup. Pergilah bercuti. Travel kelilingi dunia bersama mahram anda. Tunaikan umrah. Laksanakan haji. Lakukan apa sahaja yang hati mahu selagi tidak berlanggar syariat agama.
4) Bahagiakan ibu bapa. Luangkan masa sebanyaknya dengan mereka. Selepas ini, masa anda akan terhad kerana keutamaan menjadi berbeza. Gunakan masa single sebaik usaha.
5) Bina sahsiah diri. Tingkatkan ilmu agama dan ilmu kewangan. Ketahui sebahagian asas undang-undang. Ketahui hak diri. Masih ada “segelintir” arjuna patriaki mereka akan masuk ke minda menakutkan anda dengan soal nusyuz dan neraka. Mereka akan cakap “haram seorang isteri tertidur selagi suami tak izinkan.” Jauhi calon lelaki begini. Jika anda bijak? Anda akan sukar dipijak.
6) Sehebat manapun wanita, capabilities anda akan dinafikan oleh arjuna patriaki. Akan dinafikan kelebihan anda oleh “segelintir” mentua pembuli. Masih wujud “segelintir” ipar duai neraka yang akan mengorek kekurangan anda. Elak sebolehnya keluarga lelaki begini. Carilah yang sanggup bertoleransi. Saling berbagi.
7) Self loves. Letak syarat dalam menyayangi sesiapa pun. Kita lahir seorang, kita matipun seorang. Elak meletak pengharapan kepada mana-mana manusia. Manusia hanyalah makhluk. Jika serasa bakal calon meragukan dan punya red flag, fikir masak-masak.
Ingat choose wisely. Ketahuilah dan sentiasa ingatkan diri bahawa DIRIMU BEGITU BERHARGA. Always say this : I love me.
Mingguan Wanita : Orang cakap masa bujanglah dapat nikmati hidup dan bahagiakan mak ayah. Bila dah kahwin tanggungjawabnya dah tentu akan berubah.
Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.
Guna 4 Abjad
Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.
Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.
Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.
Sasarkan 12 Anak
Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.
“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.
“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.
Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.
“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.
Bagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.
Upah Jaga Buaya
Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.
“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.
Tambahan Gaji
Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.
Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.
Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.
Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.
MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...