“Mohon Doakan Keselamatan & Kesihatan Bayi Pra Matang Kami. Moga Mampu Membesar Sihat Seperti Anak Lain” Julfekar dan Min Yasmin. Begitulah doa yang dipohon oleh pasangan selebriti yang baru saja menimang cahaya mata sulung mereka 16 September lalu.
Dek kerana masalah tekanan darah tinggi, Min Yasmin yang tidak terkawal dan perlu menjalani pembedahan segera apabila degup jantung bayi semakin lemah terpaksa akur melahirkan bayi sulung walaupun tidak cukup bulan.
Selepas 10 tahun menanti, komposer, Julfekar Ahmad Shah dan isterinya yang juga penyanyi, Min Yasmin dikurniakan bayi lelaki yang dilahirkan pada 16 September lalu di Sabah.
Julfekar dan Min mendirikan rumah tangga pada April 2014 dan ini menjadi perkahwinan kedua buat Julfekar.
Menerusi perkahwinan pertama, dia dikurniakan empat cahaya mata.
Seperti mana mesej yang dikirimkan, pasangan itu memaklumkan mereka telahpun menimang cahaya mata sulung.
“Assalamualaikum… Min & Abang Julfekar nak berkongsi…
“Allahuakbar.. Alhamdulillah.
“Penantian cahaya mata setelah 10 tahun Min & Abang Jul mendirikan rumahtangga bersama.
“Syukur, Min telah selamat melahirkan seorang Bayi Lelaki pada Hari Malaysia 16 September pada jam 7.49 malam baru-baru ini
“Min telah dikejarkan ke Hospital Wanita & Kanak-Kanak Sabah dengan ambulans kerana tekanan darah tingginya yang tak terkawal.
“Setelah berbincang, untuk mengelakkan keadaan semakin buruk memandangkan detak jantung bayi yang mula semakin lemah, Min terus dibedah dengan serta merta.
“Mohon doakan keselamatan & kesihatan sepenuhnya bayi Pra Matang kami yang berusia 30 minggu (7 bulan ½) ini.
“Moga anak kami ini mampu membesar sihat seperti anak-anak yang lain. Moga anak ini menjadi seorang anak yang Soleh & membawa kebaikkan kepada agama, bangsa & keluarga.
“Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Terima Kasih semua atas doanya & Syukur kehadrat Ilahi atas kelahiran seorang lagi Umat Muhammad SAW dibumi ini. Alhamdulillah.” kongsi mereka.
Mingguan Wanita: Semoga bayi pramatang pasangan ini cepat membesar dan sihat.
Mesti Baca: Bersalin Empat Bulan Lebih Awal, Bayi Paling Pramatang Dunia Sambut Hari Lahir Pertama
Baca Lagi Di Sini: Min Yasmin Tak Popular Di Malaysia, Tapi Bila Buat Konsert Dekat Filipina Lebih 60,000 Peminatnya Datang
Artikel Menarik: Lahir Pramatang Usia 23 Minggu, Kulit Nipis Nampak Salur Darah, Bayi Bertahan Hidup Sihat!
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber Foto : Ihsan Min Yasmin