Mohamad Emirhan Putera Kedua Anzalna “Eidrees Dah Ada Gang, Semoga Berjaya Dunia, Akhirat”

Share

Mohamad Emirhan Putera kedua Anzalna “Eidrees dah ada gang, semoga berjaya dunia, akhirat”. Selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 20 Mei lalu, Anzalna berkongsi pula nama nak keduanya.

Seperti mana yang diketahui umum, isteri kepada Hanif Zaki itu selamat melahirkan cahaya mata kedua yang merupakan seorang lelaki.

 

Mohamad Emirhan Putera Kedua Anzalna

Rasa sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Hanif Zaki juga turut memuat naik gambar bersama Anzalna dan cahaya mata mata mereka itu.

Untuk rekod, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Eidrees yang kini berusia dua tahun.

Kini selepas tujuh hari dilahirkan, Anzalna dan suami berkongsi pula nama putera kedua mereka seusai majlis tahnik.

“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’ .

“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat,” doa Anzalna dan suami seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Anzalna.

Eidrees Dari Awal Minta Adik Lelaki

Luah Anzalna lagi anak sulungnya dari awal sudah meminta untuk dapatkan adik lelaki.

“Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan dua orang anak lelaki.

“Eidrees memang dari awal minta adik lelaki sebab keluarga belah Anzalna ramai perempuan. Now, Eidrees dah ada gang! yayyy!!

“@diananasir86 anak semua perempuan @the_angguns I pula anak semua lelaki okay dah balance! atau nak tambah satu lagi @hanif_zaki ? Ahhhh sudahhh,” luah Anzalna girang.

Baca Sini : “Akhirnya, Bertemu Juga! Raya Yang Paling Bermakna Buat Kami Sekeluarga,” Anzalna

“Cantik Nama Emirhan” Fizo Omar

Menerusi ruangan komen, rakan selebriti ucapkan tahniah dan menyatakan nama yang diberikan sangat cantik.

Baca Sini : Penghijrahan Anzalna Nasir Di Hari Lahir Suami, Cantik & Manis Berhijab, “Semoga Terus Istiqomah”

Hamil 8 Bulan, Anzalna Mohon Doa Dipermudahkan Bersalin “Alhamdulillah Eidrees Bakal Dapat Adik Hari Raya”

Mingguan Wanita : Dua hero ya, mesti gamat nanti rumah… rezeki dari Allah. 

Sumber / Sumber Foto :Instagram Anzalna Nasir

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Myra dibesarkan oleh ibu tunggal yang begitu kuat.

 

 

Published by
Norhayati Suboh