Mohamad Emirhan Putera kedua Anzalna “Eidrees dah ada gang, semoga berjaya dunia, akhirat”. Selepas selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 20 Mei lalu, Anzalna berkongsi pula nama nak keduanya.
Seperti mana yang diketahui umum, isteri kepada Hanif Zaki itu selamat melahirkan cahaya mata kedua yang merupakan seorang lelaki.
Mohamad Emirhan Putera Kedua Anzalna
Rasa sangat bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Hanif Zaki juga turut memuat naik gambar bersama Anzalna dan cahaya mata mata mereka itu.
Untuk rekod, Anzalna dan suami berkahwin pada 2016 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Eidrees yang kini berusia dua tahun.
Kini selepas tujuh hari dilahirkan, Anzalna dan suami berkongsi pula nama putera kedua mereka seusai majlis tahnik.
“Sebagaimana Sunnah Nabi SAW, setelah cukup 7 hari, kami ingin mengumumkan selepas ditahnik, anak lelaki tercinta kami dinamakan Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’ .
“Alhamdulillah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, berbudi pekerti mulia, pintar, serta berjaya dunia dan akhirat,” doa Anzalna dan suami seperti mana yang dikongsi menerusi akaun rasmi Anzalna.
Ads
Eidrees Dari Awal Minta Adik Lelaki
Luah Anzalna lagi anak sulungnya dari awal sudah meminta untuk dapatkan adik lelaki.
“Alhamdulillah syukur pada Allah dikurniakan dua orang anak lelaki.
“Eidrees memang dari awal minta adik lelaki sebab keluarga belah Anzalna ramai perempuan. Now, Eidrees dah ada gang! yayyy!!
“@diananasir86 anak semua perempuan @the_angguns I pula anak semua lelaki okay dah balance! atau nak tambah satu lagi @hanif_zaki ? Ahhhh sudahhh,” luah Anzalna girang.
Macam-macam jenis resipi berpantang yang boleh mak-mak cuba, salah satunya ialah Serunding Halia yang cukup mudah dibuat. Serunding Halia ini sangat bagus bagi mak-mak yang masih dalam tempoh berpantang kerana ia dipercayai elok untuk buang angin dalam badan, panaskan badan serta melancarkan perjalanan darah. Tapi bagi mak-mak yang tak berpantang pun elok sangat amalkan serunding halia ni untuk kesihatan.
Berikut merupakan perkongsian oleh Dayang Faridah untuk menghasilkan serunding halia ini.
Dulu masa berpantang saya suka makan ni. Resipi Berpantang paling sedap, senang dan cepat nak buat. Yang tak pantang if nak makan pun elok. Leyak pusuk or Serunding Halia bagusnya dapat buang angin dalam badan, panaskan badan, lancarkan perjalanan darah tu. So, time pantang tak pening, badan pun rasa nyaman dan ringan je.
Bahan-Bahan
Halia
Ikan bilis
*keduanya sama banyak Tip: Halia terbaik , pilih yang muda or halia kampung yang warnanya lebih gelap dan kecik-kecik.
Cara Membuat
1. Buang kulit halia. Potong kecik melawan urat halia. Tip: Nak senang kupas, guna sudu. Cepat dan selamat tangan.
2. Ikan bilis cuci dengan air dan tos.
3. Tumbuk halia hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi sampai lumat. (kalau ada food processor lagi cepat).
4. Panaskan minyak, mesti banyak supaya serunding masak serata dan rangup.
5. Dah panas, masuk bahan ditumbuk tadi.
6. Pastikan, api sederhana dan sentiasa gaul.
7. Goreng sampai kekuningan.
8. Dah garing angkat, toskan minyak.
9. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara untuk tahan lama.
Dah siap, makan dengan nasi panas-panas. Sedapnnya.
Ketahuilah wahai mak ayah.. perbuatan solat sembunyi-sembunyi secara berjemaah di masjid ketika wabak Covid-19 ini hanya mementingkan diri sendiri. Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, ini boleh diumpamakan perbuatan ‘bodoh sombong’.
Ustaz menjelaskan tentang penutupan masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang tersebarnya virus Covid-19 di negara ini. Sedihnya, ada sesetengah individu yang ingkar, malah mengajak ramai turut serta mengingkarinya atas alasan agama.
Kata Ustaz Khairul dalam posting facebooknya, “Ada seorang kawan bagi link facebook ni kepada saya. Saya baca la sepintas lalu macam biasa. Kalau tak penting saya ignore je.”
Tapi lepas saya baca posting ni, saya rasa benda ni penting untuk saya respon. Sebabnya; ia boleh mengelirukan ramai orang. Termasuk mak ayah kita semua yang memang kaki semayang kat masjid.
Dah la follower tuan facebook ni 2 kali ganda lebih ramai dari follower facebook saya.
Bayangkan, kalau 10% saja daripada followernya yang seramai 40,000 orang tu terpengaruh, kita akan ada 4,000 orang yang terdedah secara sukarela kepada virus Covid-19.
Wow! Ini memang kerja gila dan membahayakan.
So, saya cuba la tulis serba sedikit untuk sanggah balik apa saja isi penting dalam tulisan beliau.
Hadamkan! Virus Covid-19 Dan Macam mana Ia Menular
Sebelum tu, saya nak tekankan beberapa benda yang saya faham tentang Covid-19 ni sebagai ulangkaji. Harap betulkan kalau salah :
Covid-19 ni sejenis virus yang merbahaya. Kita tak nampak dia, tapi dia ada di mana-mana.
Jangkitan boleh berlaku bukan saja melalui sentuhan antara tubuh ke tubuh tetapi sentuhan antara barang ke tubuh.
Itu basic la pasal Covid-19 yang wajib kita tahu.
Sebab tu la kita kena patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan.
Stay at home.
Elak dari pergi ke tempat ramai orang berkumpul.
Amalkan ‘social distancing’.
Masjid ialah tempat awam. Ramai orang pergi ke masjid tidak kira waktu. Orangnya pula sentiasa bertukar ganti. Kita tak tahu mungkin ada antara jemaah masjid adalah pembawa virus atau telah dijangkiti oleh virus Covid-19.
Walaupun kita solat dalam keadaan jarak yang selamat, kita mesti ingat virus ini juga boleh melekat di tempat atau barang yang kita sentuh.
Bayangkan si fulan adalah pembawa virus. Kemudian dia sujud ketika solat. Virus itu melekat di karpet dalam masjid.
Kemudian datang si fulan lain solat di tempat yang sama. Virus secara automatik akan berpindah.
Kemudian lagi, dia pun balik ke rumah. Sentuh pula anak isteri. Virus akan terus merebak tak berkesudahan.
Sebab itulah untuk membentung benda ni dari root cause nya, tutup aje la masjid tu. Kita kita panggil dalam fiqh sebagai ‘saad az-zarā’i’’ atau dalam bahasa Inggeris, ‘blocking the means’.
Bukan tutup sampai bila-bila pun. Sekejap je sampai la semua ni nampak selesai atau telah selesai.
Kredit screenshoot : Khairul Anuar Basri
‘Penutupan Masjid Dari Sebarang Aktiviti’ Ini Pendapat Ustaz Khairul
Saya tidak kenal tuan punya facebook iaitu Tuan Abdul Khalid Abdul Aziz. Tapi atas dasar tanggungjawab, saya nak utarakan pendapat saya berdasarkan pendapat beliau sebagaimana gambar yang saya attach.
1. Bila Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia dan seluruh Majlis dan Jabatan Agama negeri mengeluarkan ‘fatwa’ agar ditutup semua masjid daripada sebarang aktiviti, itu sudah dikira ijma’ yang saya yakin dah pun dibincang dan diperhalusi dengan sebaik mungkin, mengambil kira segala sudut.
2. Dengan mengucapkan ‘alhamdulillah’ apabila ada warganegara yang melanggar sesuatu ketetapan untuk maslahah ramai, ia hanya memberikan gambaran bahawa, perlanggaran itu adalah sesuatu yang tidak salah dan patut dibuat.
3. Solat secara sembunyi dan dalam gelap, mungkin boleh menipu pihak berkuasa. Tetapi kuman dan virus Covid-19 tidak kenal terang atau gelap. Ia boleh merebak dan mengganas lebih teruk daripada apa yang kita sangka.
4. Perbuatan sebegini hanya mementingkan diri sendiri. Lantaklah orang lain sakit. Yang penting aku boleh solat di masjid. Ini kita panggil ‘bodoh sombong’.
5. Ada kaedah fiqh berbunyi ‘dar ul mafāsid muqaddam ‘an jalbil masōleh’ iaitu menolak kerosakan itu lebih utama daripada mengambil kebaikan juga amat sesuai digunakan dalam konteks ini. Bila ada kemudharatan dan kebaikan dalam sesuatu amalan ibadah pada waktu yang sama, maka mencegah kemudharatan itu adalah lebih utama.
Perintah Kawalan Pergerakan : Solat Sembunyi Secara Berjemaah Di Masjid, Boleh Membunuh Orang Lain
6. Jadi alim itu penting. Tapi jadi alim yang faqih itu lebih penting. Sebab, dengan kefaqihan, ilmu akan diletakkan pada tempat dan masa yang sesuai.
7. Menyamakan solat berjemaah secara sembunyi-sembunyi (walhal ia melanggar undang-undang) dengan kisah dakwah fatrah sirr dan kisah ashabul kahfi adalah ibarat jauh panggang dari api. Tak kena langsung.
8. Zaman awal Islam, para sahabat solat secara sembunyi takut mereka dibunuh. Sekarang kita solat sembunyi secara berjemaah di masjid untuk membunuh orang lain!
9. Sama juga dengan kisah ashabul kahfi. Sekumpulan pemuda bersembunyi di dalam gua untuk menyelamatkan iman mereka dari raja yang kafir. Ia adalah kisah yang sangat berlainan sama sekali.
10. Dalam kes penutupan masjid untuk sebarang aktiviti termasuk solat berjemaah ini, kita masih boleh solat berjemaah di rumah. Ia bukan kes solat tidak boleh didirikan langsung atau menafikan kewajiban bersolat.
11. Solat berjemaah di masjid sangat diberatkan oleh Rasulullah SAW. Tetapi ia mesti dibaca selari dengan banyak lagi ayat Al-Quran, hadith Nabi SAW dan pelbagai kaedah fiqh yang menolak kemudharatan dari disebarkan walaupun melalui jalan ibadah.
12. Yang 2 perenggan terakhir pasal Islam dagang, dajjal, keputusan tersilap, manusia tak maksum, beramal tak macam yang Quran hadith ajar, itu dah jauh sangat dah tu melalutnya. Fahami konteks penutupan masjid saja sudah cukup untuk kita lebih menghayati ajaran Quran dan hadith. InsyaAllah.
Saya harap benda ni tak akan berjaya mempengaruhi semua orang yang cintakan solat berjemaah di masjid.
Tolong bagitahu mak ayah kita.
Tolong ingatkan ahli keluarga kita.
Tolong kongsikan dengan kawan-kawan kita.
Semoga penjelasan saya dapat memberi sedikit sebanyak pencerahan.
Wallāhu a’lam bissowāb. #KAB #StayAtHome
Suami tidak kongkong Waheeda dan figura ini juga turut menyatakan dia sentiasa berusaha untuk kekal di jalan Allah, mahu datang dan balik dengan Allah.
Sudah lama kita tidak mendengar perkhabaran dari penyanyi dan pelakon Waheeda. Bukan itu saja malah dia juga sudah 10 tahun menjauhkan diri dari dunia muzik. Jiwanya yang begitu utuh dengan muzik menyatakan kesukaran untuk melakukannya kerana muzik sudah menjadi sebahagian dalam dirinya.
Dia yang kini aktif sebagai penerbit dan komposer akui dirinya lebih kepada aktiviti belakang tabir. Menyelusuri kehidupannya hari ini seperti mana dilaporkan Berita Harian Online, Waheeda akui rasa sangat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami.
Ustaz Akhil Hayy merupakan suami yang baik dan tidak pernah mengongkong dan mengalangnya.
“Suami pernah cakap tak kongkong dan halang saya, asalkan saya tahu tempat saya.
“Saya berusaha hendak kekal di jalan Allah, iaitu mahu datang dengan Allah dan balik dengan Allah.
“Saya bersyukur ada suami sepertinya. Suami juga pemuzik dan kami minat kepada muzik rock,” ujarnya.
Sepi Lebih Sedekad
Menyambung perbualan dirinya menyepi lebih sedekad dek kerana mendalami ilmu agama dan tidak menghiraukan perkara lain.
“Dahulu saya mahu berhenti sebab mahu tahu kenapa saya Islam.
“Apabila berhenti, saya ambil masa untuk belajar dan fahami al-Quran.
“Hendak faham mengenai Islam, pertamanya, kita kena kenal buku kita. Jadi, saya cuba fahami al-Quran.
“Sudah 10 tahun sampai sekarang, saya tak habis belajar lagi. Sekarang, apabila saya sertai semula industri muzik, saya masuk dengan ilmu al-Quran,” sambungnya.
Hasil perkongsian dengan suami, Waheeda mengaku masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.
“Isteri pertama Ustaz Akhil ada empat anak. Saya tiada lagi (anak).
“Alhamdulillah, setakat ini saya okay sahaja. Saya sudah 44 tahun, tidak mengapalah.
“Saya dan suami bersyukur sebab sudah lebih 10 tahun besarkan anak-anak sepanjang 13 tahun berkahwin.
“Jadi, sekarang baru hendak mula untuk diri sendiri. Itulah sebab saya buat muzik sekarang ini.
“Bagi saya, kalau ada anak, Alhamdullilah, tiada anak pun Alhamdulillah,” ungkap Waheeda yang bersyukur diberi peluang membesarkan empat anak tiri yang berusia antara 13 tahun hingga 26 tahun.
Mingguan Wanita : Suka dengan sikap Waheeda yang sentiasa ceria.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
ROAD TO SILVER BUTTON YOUTUBE MINGGUAN WANITA
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...