Moga kita sentiasa bersama, Rita Rudaini akui hatinya menangis membaca ucapan hari ibu dari anak. Selamat hari ibu buat para ibu di luar sana. Pasti mereka yang dikurniakan anak akan sanggup berkorban apa saja demi insan kesayangan. Hatta kalau diberi pilihan antara nyawa dan anak, pasti ramai ibu memilih anaknya berbanding nyawa sendiri.

Hari ini, 13 Mei merupakan sambutan hari ibu buat semua ibu-ibu  di luar sana. Satu hari yang cukup istimewa dan para ibu diraikan dengan pelbagai cara oleh anak-anak mengikut kejutan dari mereka.

Tak terkecuali artis Rita Rudaini yang diketahui umum telah berjaya membesarkan dua anaknya iaitu, Airit Rayyan Rizqin dan Airti Qaqa Arjuna dengan acuan yang menjadi idola buat para ibu yang membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi.

Moga Kita Sentiasa Bersama

Kejayaan diraih anaknya dalam pelajaran teruatama Rayyan yang baru saja menerima Anugerah Pengetua MRSM kerana memperoleh pointer yang tinggi membuktikan bahawa anak-anaknya tidak pernah kurang dengan kasih sayang walau umum mengetahui bekas suaminya “tidak pernah ada” dalam setiap hari penting yang menjadi momen pembesaran anak-anak.

Terkini, Rayyan yang patah tangan ketika bermain bola di sekolahnya sedang berehat di rumah untuk proses pemulihan seperti dikongsikan oleh Rita Rudaini di instagramnya. Namun di sebalik proses pemulihan ini, kedua beradik ini telah merancang sesuatu untuk ibu yang mereka sayangi.

Walau patah tangan, Rayyan dan Arjuna ada cara tersendiri menyatakan kasih sayang tidak terhingga buat ibu mereka sempena hari ibu hari ini. Dan tetap mengingati hari ini adalah hari istimewa buat ibu mereka.

Walau nampak agak simple ditambah Rayyan  baru keluar hospital selepas selamat menjalani pembedahan tangannya namun dirinya masih gigih melakar kad bersama adiknya untuk membuat kejutan buat ibu mereka.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 Namun tulisan keduanya yang dilihat sangat tulus datang dari hati mereka dan ingatan bahawa hari ini merupakan Sambutan Hari Ibu membuat Rita Rudaini  menangis di dalam hati.

Tulisan keduanya, “Selamat Hari Ibu. Moga dimurahkan rezeki, panjang umur dan semoga sentiasa bersama kita (Ryan & Juna).

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Tak Pernah Terfikir Akan Jadi ‘Momdad’, Ucapan Hari Ibu Rita Buat ‘Momdad’

Alahai Sweetnya Ucapan Engku Aleesya Untuk ‘Mom’ Erra Fazira Sempena Hari Ibu

Ads

Bayi Meninggal Hari Pertama Dalam Jagaan Pengasuh, Ibu Luah Momen Rindu & Kesakitan Ditanggung

Susul Ke Syurga, Bayi Lelaki Hanya Mampu Bertahan 4 Hari Selepas Ibu Sarat Mengandung Maut Kemalangan

Hari-hari Ibunya Bekalkan Makanan Tanpa Gagal, Roti Dan Buah Kegemaran Anak

Rita Rudaini Akui Hatinya Menangis Membaca Ucapan Hari Ibu Dari Anak

Dalam pada itu, Rita turut berkongsi “kejutan kurang jadi” kerana anak kecilnya sudah membocorkan rahsia awal akan hadiah yang diberi kepadanya selepas diminta dibawa ke kedai beli belah DIY.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 Tulisnya lagi, hati Mommy menangis malam ini. Dia orang ingat HARI IBU. SELAMAT HARI IBU semua, tulisnya yang membuat emoji love.

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Penceraian tak bermakna boleh mengabaikan anak-anak. Suka tengok cara Sharnaaz dan juga bekas isterinya, Nabila dalam berganding bahu membesarkan anak walaupun sudah berpisah.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI