“Moga Besar Pahala Papaku. Anak Yang Baik Dapatkan Hospital & Doktor Terbaik Untuk Nenek” begitulah ungkapan daripada anak perempuan Datuk Redzuawan Ismail atau mesra dikenali Chef Wan yang memberikan pujian buat ayahnya.
Betapa tinggi sekalipun kedudukan seorang anak di mata dunia, anak yang hebat dan baik takkan sekalipun melupakan jasa orang tuanya. Inilah yang dilakukan oleh Chef Wan dalam melayani ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani. Ada banyak ciri-ciri baik yang patut anak-anak lain contohi dengan sikap Chef Wan melayan ibu kesayangan.
Terbaru menerusi hantaran di Instagram milik Chef Wan telah berkongsi rasa bersyukur tentang Cik Ani yang telah selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada payudara.
Menerusi perkongsian di Facebook pula, anak perempuan Chef Wan, Serina Redzuawan turut menyatakan perasaan bersyukur dan gembira apabila neneknya telah selamat menjalani pembedahan.
Paling terharu, Serina turut memuji dan titipkan doa buat ayahnya yang begitu baik dalam membalas budi kepada Cik Ani.
“Syukur Alhamdulillah nenek dah selamat pembedahan untuk buang kanser ketumbuhan tu besar sangat ngeri!
“Patut lah nenek mengadu sakit dan keras sangat tempat yg ada ketumbuhan tu. Nampak nenek makin segar muka dia pun ceria. Esok katanya dah boleh balik rumah.
“Terima kasih ya Allah kerana mudahkan urusan nenek operation, TQ so much juga buat barisan doktor & medical assistant yg bertungkus lumus jalani operation dengan jayanya.
“Papa memang anak yang baik dapatkan the best Hospital & doktor untuk nenek.
“Moga besar pahala papaku Aminn,” luah Serina.
Selepas ibu Chef Wan selamat jalani pembedahan, ternyata pesanan Chef Wan buat ramai terharu.
“Maaf kerana membuat semua orang dalam kerisauan. Menjelang jam 1 tengah hari, dia kembali ke biliknya. Dia seorang wanita yang tegar dan hanya berada di bilik pemerhatian setengah jam sebelum dia terjaga semula, saya diberitahu.
“Seperti yang anda boleh lihat dia masih terpinga-pinga daripada ubat bius dan ubat penahan sakit yang saya rasa.
“Alhamdulilah terima kasih kepada ALLAH dan segala doa daripada anda semua.
“Dan beliau berjaya keluar dari pembedahan dengan jayanya tanpa sebarang masalah,” katanya.
Tambah Chef Wan, seakan melapah daging limpa, doktor berkongsi kepadanya beberapa gambar tumor berkenaan.
“Doktor menghantar kepada saya semua gambar tumor yang menakutkan untuk melihat ketulan yang begitu besar serta bagaimana dia telah memotong payudara ibu dibuka dan membentuknya semula.
“Macam melapah daging limpa sekeping-sekeping. Kalaulah saya boleh berkongsi dengan anda semua tetapi saya nasihatkan untuk tidak menakutkan anda semua.
“Sekarang saya telah memberinya sedikit air dalam dua jam terakhir dia masuk ke dalam bilik, memberinya makan bubur ikan.
“Selepas makan dia terus meronta mahu menarik tiubnya dan terus meminta saya membawanya pulang. Saya berasa sangat tertekan cuba menenangkannya dan akhirnya doktor memberikan ubat tahan sakit dan beberapa lagi untuk menenangkannya dan menidurkannya.
“Memandangkan dia tidak tidur sepanjang malam seperti saya, inilah masa yang sesuai untuk dia tidur. Dia tidak membenarkan mana-mana pelawat buat masa ini.
“Kami hanya perlu memberinya masa ditambah semua kekeliruan ini sebagai pesakit dimensia. Alhamdulilah, ketumbuhan yang mengerikan tu sudah dikeluarkan,” ujarnya.
Sejuk Perut Ibu Mengandung, Pakaian Harian Cik Ani Pun Chef Wan Guna Khidmat Pereka Fesyen
Menerusi ruangan komen warganet mendoakan agar Nenek Serina, Cik Ani diberikan kesembuhan.
Mingguan Wanita : Kagum dengan sikap Chef Wan yang begitu sayang dan menjaga ibunya dengan baik.
Sumber / Sumber Foto : Facebook Serina Redzuawan & Instagram Datuk Chef Wan
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Misteri di sebalik bayi lahir pegang alat perancang kehamilan IUD