Tak semua perempuan lemah. Ramai membuktikan walau dicipta dari tulang rusuk lelaki, tiada yang mustahil bagi wanita hari ini.
Hari ini, ramai wanita bersama-sama suami mencari nafkah demi kelangsungan kehidupan yang semakin mencabar. Tak kurang juga ada isteri bertindak sebagai “ketua keluarga” di saat suami ditimpa ujian.
Satu perkongsian dari seorang ibu membesarkan tujuh anak di saat suami dalam penjara cukup membuatkan ramai mengagumi semangatnya.
Dari perkongsian di Tik Toknya @Ayu dirinya membuat lawatan ke penjara (tidak dinyatakan lokasinya) dan tulisnya, kalau bukan kerana sayang! Menunggu dan bertahan tidak akan aku lakukan sejauh ini, katanya memaklumkan suaminya ditahan mulai 10 September 2020 sehingga 31 Julai 2025.
Walau tidak menyatakan masalah akibat penahanan suaminya tetapi dapat dilihat dirinya cekal membesarkan tujuh orang anak yang mulai meningat remaja.
Dalam perkongsiannya, Ayu memaklumkan, dirinya tak pernah menyesal dengan garis takdir yang ditetapkan untuk dirinya. Aku harap hati ini, tetap bersabar menunggu kepulangan sosok seorang suami dan bapa kepada anak-anakku.
Malah dirinya turut mengakui, suaminya ada memaklumkan agar kekal setia kerana ada kes banduan lain terus “down” selepas isteri minta cerai sedangkan lagi beberapa bulan nak keluar penjara. Bahkan dirinya akui ikhlas mencari nafkah dalam membesarkan anak-anak mereka.
Melihat semangatnya, ramai mendoakan agar dirinya terus tabah dan kuat dalam mengharungi ujian kerana bukan mudah untuk seorang wanita mencari rezeki dan menjadi ketua keluarga dan masa yang sama menjaga status sebagai seorang isteri. Ramai memberikannya kata-kata semangat untuk terus mengharungi ujian ini.
Di sebalik ketabahan dan kecekalan dirinya mempertahankan rumahtangga dan membesarkan anak-anak, ia turut menarik perhatian dari usahawan dan artis terkenal, Fazura yang turut meninggalkan komen di ruangan Tik-Tok Ayu.
Barangkali tersentuh hati melihat ketabahan wanita ini, Fazura menulis “semoga dipermudahkan semuanya buatmu dan anak-anak, semangat ya, sambil membuat emoji kuat.
Ternyata ramai mengagumi semangat Ayu. Kerana buat semua wanita mampu bertahan dan mahu mempertahankan rumahtangga bila suami di penjara.
Menurut seorang bekas pegawai penjara, atas nama “ceo rawang”, dia mengakui sebagai ex pegawai penjara, “Awak kuat dik. Saya nampak banyak kes isteri datang minta berpisah. Saya tengok ada suaminya yang menangis di dalam sel.
Begitulah wanita, datanglah ombak menghempas dirinya namun untuk berundur tidak sesekali. Kredit : Tik Tok @ayyuboyy
@ayyuboyy Sekadar curahan hati🥹#fyp #foryoupage ♬ Hakikat Sebuah Cinta – Saleem Iklim
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI