Bila masuk dunia mak menyusu, macam-macam cerita yang mak-mak akan dengar. Salah satunya, kalau nak menyusu wajib bagi kedua-dua belah. Nanti besar sebelah katanya!
Disebabkan terlalu panik, ada sesetengah mak menyusu terus bagi kedua-dua belah takut kalau jadi seperti yang dinyatakan.
Haaaa… betul ke tu, fakta atau auta ya? Mari godek ilmu menyusu oleh DrHana
ini dulu, moga perkongsian ini boleh membuka mata mak-mak muda.Bila kita menyusukan bayi dari sebelah breast, automatic breast yang sebelah lagi akan turut mengalirkan susu disebabkan hormon oxytocin yang terhasil daripada rangsangan sucking baby. Hormon ini akan menghantar signal kepada kedua-dua belah breasts untuk merembeskan susu.
Dari pemerhatian Drhana, ada ibu style menyusu dia macam ni: Baby tengah menyusu dari sebelah kanan, bila susu start mengalir sebelah kiri dia cepat-cepat tukar sebelah kiri pulak. Sebab takut baju basah!
TAPI TAPI TAPI…
Bila buat macam tu, nanti baby banyak dapat FOREMILK saja dari dua-dua belah breasts – ini ibarat dia hanya minum ‘air’ sahaja, dan akan cepat lapar semula.
Bagi baby menyusu dari sebelah dulu, sampai terasa breast kosong dan lembut. Dengan cara ini barulah baby akan dapat kedua-dua FOREMILK dan HINDMILK yang ia perlukan pada setiap sesi penyusuan (air + “makanan”). Jika baby masih belum puas barulah berikan yang sebelah lagi.
Bila baby menyusu dari sebelah breast, Drhana suggest ibu-ibu buat tandem pumping – pamkan susu serentak dari yang sebelah lagi, sebab waktu nilah flow susu sangat laju (rangsangan oxytocin dari sucking baby).
Jadi, taklah jadi bengkak/besar sebelah!
Dan boleh buat stok susu! Tapi kalau baby selalu tak puas dengan hanya sebelah breast, bagi je kedua-dua belah.