Misteri ketukan pintu di Kuala Pilah, wanita kongsi nampak lembaga hitam seram merangkak tepi rumah. Misteri kejadian pintu di rumah penduduk di Kampung Kepis, Kuala Pilah semakin menyeramkan apabila seorang penduduk ternampak lembaga hitam menyerupai manusia malam.
Jika 10 hari lalu, hanya bunyi ketukan menggangu malam mereka, kali ini makhluk seram itu memunculkan diri dan dilihat merangkak di tepi rumah seorang penduduk.
Misteri Ketukan Pintu Di Kuala Pilah
Menurut Haslinda Hassim, 54, mendakwa ternampak makhluk berkenaan ketika berada di luar bahagian dapur pada 9.40 malam, sebelum lembaga hitam itu menghilangkan diri dalam gelap.
“Sebelum itu, anak sulung berusia 17 tahun keluar manakala saya hanya bersama seorang lagi anak berada di rumah. Tidak lama kemudian anak sulung menghubungi saya memaklumkan supaya menutup semua pintu dan tingkap kerana ada sebuah rumah yang sudah diganggu.
“Kemudian anak balik bersama kawannya dan menyuruh saya buka pintu dapur. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti objek jatuh di bahagian hadapan rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya Kampung Kepis Hilir, di sini, hari ini.
Wanita Kongsi Nampak Lembaga Hitam Seram Merangkak Tepi Rumah
Memetik laporan Harian Metro, jelasnya, disebabkan rumahnya tinggi, dia melihat dengan jelas ke arah objek jatuh berkenaan dan ternampak lembaga dalam posisi seperti merangkak.
“Pada mulanya saya menyangka ia hanya ilusi atau trauma yang dialami sebelum menoleh sekali lagi. Kali kedua melihatnya, lembaga itu juga menoleh ke arah saya sebelum bangun dan lari ke arah jalan besar dan hilang dalam kegelapan,” katanya.
Ads
Menurutnya, sehingga awal pagi tadi, sudah empat kali rumahnya diganggu dengan kejadian terakhir 2.30 pagi tadi yang mana ‘dia’ mencakar dinding serta bunyi seolah cuba mengumpil tingkap kaca.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Mariam Johit, 67, berkata, anaknya sempat bertentang mata dengan lembaga berkenaan selepas terdengar pagar rumah seperti digoncang.
“Ini kali kelima rumah kami diganggu. Malam tadi ketika saya bersama dua anak dan cucu berada di rumah kira-kira 9 malam, kami terdengar pintu pagar di hadapan rumah digoncang.
“Anak (Noreennor Mohd Noor, 38) menyelak langsir dan ternampak ‘dia’ berdiri di luar rumah. Anak jerit, ‘orang mak’ sebelum dia bergegas membuka pintu dan keluar, namun mahkluk itu lari ke arah tepi rumah.
“Anak dengar bunyi tapak kaki berlari sebelum ia hilang begitu sahaja. Malah ahli keluarga berdekatan dan penduduk kampung yang mengepung rumah kami tidak menemui sebarang jejak,” katanya.
Sementara itu, anak Mariam, Marina Mohd Noor, 47, berkata, ada pihak yang mempermainkan cerita mengenai gangguan itu sedangkan mereka sekeluarga tertekan dan tidak dapat tidur malam.
Ads
“Kami tidak cukup tidur kerana takut, Noreennor terpaksa mengambil cuti, anaknya pula dimasukkan air di hospital kerana kejadian ini. Malah anak-anak kami tidak bersekolah kerana takut dan penat.
“Perkara ini tidak kena pada batang hidung sendiri, mereka boleh mempersendakan cerita ini. Kami bukan mencari publisiti dengan mereka cerita seperti ini,” katanya.
Bagi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kepis Hilir, Mohmmad Sah Sulaiman, 44, dia mahu gangguan di sekitar Kepis itu segera ditamatkan.
“Sudah lebih seminggu ia berlarutan dan keadaan di kampung ini huru-hara. Penduduk. Ketakutan sehingga pergi ke tandas dalam rumah sendiri pun perlu berteman.
“Selain bacaan yasin dan solat hajat, petang ini kami akan memanggil pengamal perubatan Islam bagi melihat situasi di sini,” katanya.
“Pernah putus cinta tak sebab suara garau macam lelaki? Jom dengar perkongsian Nazrah, gadis bersuara unik seperti lelaki. Memang sempoi orangnya, happy go lucky sangat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bersyukur anak-anak kita dapat pinjaman buku teks, namun tidak semua bernasib baik apabila buku yang diterima rosak dan tidak dijaga dengan baik oleh pelajar tahun sebelumnya.
Sebagai mak, pasti anda tak senang duduk bila buku teks yang diterima dalam keadaan begitu. Mungkin perkongsian ibu ini dapat dijadikan contoh. Mungkin buku teks yang kurang elok dapat diberi nafas baru dan kelihatan seperti baru, Jadi tidak perlulah membazir membeli buku baru.
Buku Teks Terakhir Di Repair . Rezeki dapat buku teks barai tak ada kulit belakang, kulit depan pun dah koyak hampir separuh ️. . Buku Text BI Superminds ini buku teks paling mahal kalau nak beli baru. . Nak tukar lain cikgu kata tak ada stok. . Tapi tak mengapa, ummi boleh adjust punya . Beli manila kad, cari colour yang paling hampir dengan warna buku. Manila kad ni keras sikit dari manila kad biasa. Manila kad biasa harga RM 0.70 tetapi yang ini RM 2.30 sekeping.
Langkah demi langkah:
Langkah 1: Ok mula-mula kita potong ikut saiz buku.
Langkah 2: Lekatkan double sided tape di bahagian sisi tulang buku teks. Lekatkan kad manila yang telah dipotong tadi. Yeah jadi dah kulit buku. Takkan nak biar kosong gitu je nanti anak tak kenal itu buku apa. Nak tulis tajuk buku guna tangan hodoh pula nanti . Jom kita cantikkan buku teks ni.
Langkah 3: Google cari gambar kulit buku teks depan, belakang. Adjust edit size yang sesuai (sebab ada gambar saiz kecil, ada pula gambar pecah). Bila dah edit, kemudian printlah. Kalau malas nak google, malas nak edit boleh je pinjam buku teks kawan then fotostat warna.
Langkah 4: Tampal gambar kulit buku tu kemas-kemas. Guna gam stick / kalau guna gam cair nanti bertompok kertas.
Langkah 5: Guna self-adhesive sticker untuk balut kulit buku. Mula lekat dari tengah tulang buku (ikut jelah panduan pada kertas sticker tu). Part ini perlu kesabaran tinggi dan dibuat dengan lemah-lembut agar lekat smooth agar tak berkedut or ada bubble terperangkap.
Langkah 6:
Tadaaa siap dah. Nampak macam buku baru kan? oh ya, sticker kulit buku tu pilih jenis emboss lagi better dari jenis clear. Harga pun mahal sikit jugalah RM12 ada 10 pieces tapi takpelah sebab pegang pun sedap, grip dan tak licin.
[ update ] Bahagian dalam kulit buku pun kita tampal guna self-adhesive sticker. Barulah nampak macam laminate.Bahagian dalam antara kulit buku dan muka surat pun kita selotape juga agar lebih kukuh sebab bahagian kelepet tu anak akan buka tutup buku (guna selotape size kecil pun sudah memadai)
MW: Semoga perkongsian ini dapat membantu mak-mak yang runsing tengok buku teks anak yang rosak. Kosnya tak mahal dan anda tak perlu membeli buku teks baru. Jadi boleh berjimat.
Boleh sesak nafas mak ayah bila anak tantrum atau buat perangai depan mata. Bukan kecik-kecik anak tantrumnya, ada tu sampai guling-guling atas lantai mana-mana tempatlah yang dia nak.
Haa.. rupanya pelakon dan pengarah, Yana Samsudin ini pun pernah alami perkara yang sama dengan anak lelakinya, Aisy Mateen.
Kata isteri pelakon Fadzil Zahari ini, “Bila kau tahu anak tengah berdrama, kami jadi penonton tiket paling mahal.”
Yana Kongsi Tips Bila Anak ‘Tengah Berdrama’
“Ok lah, Aisy Mateen start tantrum guling guling badan masa bulan puasa tahun lepas lagi masa umurnya 1 tahun setengah. Sedikit awal dari jangkaan untuk budak lelaki.”
“First time masa tu kat expo Singapore. Dia guling guling sambil nangis. Nasib hall expo tu carpet. Masa 1st time dia jadi macam tu saya cepat cepat ambik video rakam aksi dia lepas tu terus suruh daddy dia bawa dia dari situ.”
Ya, tipsnya bila anak tantrum.
1st : Jangan panik , enjoy the moment.
Comel kot keletah dia, guling macam kipas helikopter kat lantai. Paling penting ialah zaman kanak kanak anak kita datang sekali aja, lepas tu dia dah dewasa kita akan rindu zaman dia tantrum.
2nd : Layan layan sayang.
Dia nak berdrama kita pun layan drama ler… hahaha tengok dia berlakon dan nangis macam nak runtuh banggunan. Kita kena jadi penonton tiket kelas A lah.
Buat apa nak marah. Just bagi amaran dulu dan cakap dengan dia. Tanya dia apa yang dia nak. Mungkin dia nak luahkan sesuatu. Nak sesuatu kita tak layan ke. Tapi ter emosi lebih tu yang guling guling tu.
3rd : Alihkan perhatian dia.
Jangan biarkan dia lama lama berdrama. Ambil dia cepat-cepat alihkan perhatian dengan cara bawa ke tempat lain. Dan pandai cungkil perbualan dengan dia. Tunjuk apa yang dia suka. Automatik senyap punya, mood berubah dan dia akan mulakan perbualan punya.
4rd : Seterusnya bila dia dah senyap, bagitau lah apa kesalahan dia.
Tanya dia kenapa buat macam tu. Terangkan situasi apa yang patut dengan dia apa yang dia buat tak betul kerana……… .
5th : Yang paling penting jangan ada rasa malu dan stress lah.
Kenapa nak rasa malu orang pandang kita bila anak kita melalak.. lantak lah. Dia dulu pun pernah kecik juga.
Trend “jual diri” sewa jadi kekasih di hari raya, bayar RM80 dapat pegang tangan. Jaga maruah perempuan walau trend hanya gurauan. Di media sosial, terutama di twitter kecoh tentang sewaan menjadi kekasih di hari raya.
Di mana gadis yang merasakan diri “hot market” dan memiliki wajah menarik memberanikan diri menyewa diri sendiri untuk dibawa pergi beraya dan rumah terbuka.
Trend “Jual Diri” Sewa Jadi Kekasih Di Hari Raya
Dengan hanya bayaran antara RM200-RM250, iklan “menjual diri” ini meletakkan ciri-ciri seperti boleh berlakon menjadi girlfriend, friendly, pandai berborak, boleh betulkan sampin/ songkok/ rambut, tukang dengar masalah, boleh suap makanan dan extra charge RM80 jika nak pegang tangan.
Sekali pandang, ia dilihat seperti ada unsur-unsur gurauan kerana dari tweet di media sosial, baik gadis bertudung dan free hair turut mengiklankan perkhidmatan ini dan disebar luas di media sosial.
Tetapi kalau benar ia gurauan, perlu diingati malu itu adalah sebahagian dari iman. Zaman Jahiliyah dahulu, mereka menanam anak perempuan kerana dianggap beban sehinggalah kedatangan Islam yang memuliakan golongan ini dan meletakkan darjat mereka ke tempat tertinggi.
Tetapi semakin menghampiri penghujung dunia, gurauan meletakkan maruah perempuan ke bawah tapak kaki.
Dari satu tweet @Amirul Ruslam, katanya, sewa diri jadi kekasih ini adalah trendyang merosakkan sifat malu seseorang muslim.
Dengan tambahan lain @add on RM10, R70,RM80 dah dapat pegang tangan. Begitulah murahnya maruah dan kehormatan diri kita.Katanya lagi, no wonder hilang dara/teruna kerana berzina makin dianggap suatu kebanggaan.
Ntah lah, bagi aku trend/gurauan “sewa diri jd + 1” adlh trend yg merosakkn sifat malu seseorang muslim itu.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 26, 2023
Apa yang menusuk dari kata-katanya bahawa perempuan jangan nak demand tinggi-tinggi hantaran kalau semurah ini.
Ini kalau jenis perempuan dah pernah “dipegang” ni duit hantaran kahwin pun dah tak yah la minta tinggi2 ye.
Yg lelaki yg bt service + 1 ni pun tak pyh nk demand ciri2 isteri yg baik lebih2.
Yela kan, maruah & kehormatan diri sendiri pun dijual sekitar RM10-90 je.
Sedar diri.
— 𝙍𝙈𝙄𝙍𝙐𝙇 (Inni Mutazawwij) (@AmirulRuslam) April 27, 2023
Carian Mingguan Wanita juga dapati selepas trend ini tular, ia menerima kecaman yang banyak dari orang ramai. Dan akaun twitter gadis-gadis yang mengiklankan diri juga sudah dinyah aktifkan selepas bertalu-talu menerima kecaman.