Misteri Acap Hilang, Doktor Perjelas Kemungkinan Apa Yang Terjadi

Share

Hampir seminggu Mohammad Ashraf Hassan, atau dikenali dengan nama Acap, 29 hilang ketika menyertai larian di kawasan Gua Tempurung, Kampar bagi kategori 25km.

Misi mencari graduan Nilai International University College ini diteruskan dengan giat sehingga ke hari ini.

Pengalaman menjadi petugas perubatan untuk jemaah haji, Dr Faizul Jalal berkongsi pandangan. Ini kemungkinan apa yang terjadi kepada orang yang tersesat.

 

Hilang Di Denai… Apa Yang Mungkin Terjadi

Sedih dan terkejut bila dengar berita kehilangan seorang peserta Gopeng Ultra baru-baru ini.

Peserta acara 25km, flag off waktu siang, hilang pun waktu siang. Dikatakan cuaca agak panas semasa hari acara.

Ada yang menyalahkan penganjur kononnya, kurang trail marker… Ada juga yang menganggap peserta mungkin tak cukup persediaan sehingga boleh ‘hilang’.

Hearsay mengatakan peserta bukan orang baru dalam running, malah memang aktif dengan hiking…

Kita tolak tepi dulu blaming game..

Sebenarnya macam-macam boleh terjadi, walaupun penganjur sudah buat sebaik mungkin, dan peserta juga suda cukup segala persiapan.

Kalau sesat, macamana boleh sesat? Apa yang menyebabkan seseorg yg secara fizikalnya sihat dan bersedia tapi tiba-tiba boleh sesat.

 

Misi mencari Acap diteruskan sehingga ke hari ini.
Misi mencari Acap diteruskan sehingga ke hari ini.
Misi mencari Acap diteruskan sehingga ke hari ini.

 

Ini Yang Jadi Kepada Orang Sesat

Saya teringat satu masa dulu semasa menjadi petugas perubatan untuk jemaah haji di tanah suci tahun 2014. Di Mina, cuaca amat panas dan kering sehingga lebih 40 celcius.

Ramai jemaah haji kita yang ditemui sesat, kebanyakkan mereka adalah orang tua yang berseorangan. Bila ditanya apa yang terjadi, mereka seperti keliru, tidak tahu mereka dimana, dengan siapa mereka bercakap dan kemana mereka pergi.

Bila ditanya, “pakcik ke mana tadi?”

Pakcik jawab, “pakcik cari kambing pakcik di kebun.”

Pemeriksaan menunjukkan mereka sangat dehydrated. Mungkin tidak cukup minum air dalam cuaca yang panas.

Bila mereka segera diberikan intravenous drip, lama kelamaan boleh nampak mereka kembali ‘waras’. Mereka tahu di mana mereka berada, mereka kenal siapa di sekeliling mereka dan tahu apa tujuan mereka di sana.

 

‘Delirium’ Tak Mustahil Dialami Orang Muda Yang Sihat

Severe Dehydration dan electrolyte imbalance adalah satu sebab kenapa sesorang itu boleh mengalami ‘delirium’. Hal ini lebih mudah terjadi pada golongan tua, lebih-lebih lagi jika mereka juga ada sejarah penyakit kronik lain. Walaupun begitu, tak mustahil delirium boleh jadi pada orang muda yang sihat.

Itu sebab sangat penting seseorg runner samaada yang baru atau lama untuk mengambil berat tentang keperluan air dan electrolyte badan sendiri. Sebab bila badan mengalami dehydration dan electrolyte imbalance yang teruk, macam-macam boleh terjadi, bukan sekadar muscle pain dan cramp sahaja.

Hilang ke alam ghaib? Itu kita serah pada yang pakar untuk ulas. Sebagai orang Islam yang beriman kita tahu itu juga tidak mustahil.

Apa-apa pun kita doakan semoga segalanya dipermudahkan dan yang hilang itu dijumpai dengan keadaan selamat.

Sumber/Foto : Dr Faizul Jalal

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer