Misi Tinjauan Acap Oleh Solo Ambush, Jumpa Kesan Tapak Kaki Dalam Lumpur

Share

Sebelum ini ‘marking’ lokasi yang pernah Solo Ambush catatkan dalam page facebooknya, menjadi rujukan para pencari dan penyelamat yang mencari Acap atau Mohammad Ashraff Hassan, 29

hilang di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Misi kedua ini asalnya, mahu meneruskan misi SAR Acap. Demi menghormati keputusan pihak keluarga Acap sendiri yang mahukan pencarian daripada orang awam dihentikan, beliau memutuskan untuk membuat tinjauan lokasi kehilangan Acap sahaja.

Dua lokasi dijejaki pada sesi live secara sendirian itu. Dan ini catatan hasil tinjauan lokasi yang dilakukan pada 28 April lalu.

 

Tinjauan Acap kali ini difokuskan pada peta bertanda 1,4 dan 5.

Log Seharian Solo Ambush Di Gopeng (Tinjauan Acap)

2.45 pm – Sampai Gopeng. Aku terus ke lokasi rumah lama dan suara ‘di sini sini’. Ada menghubungi aku yang rumah ni telah ghaib dan pokok kelapa sawit telah dipotong. Aku tengok ok je.. ada je rumah tu. (Tengok gambar aku)

 

 

3.15 pm – Terus bersama-sama orang tempatan dan orang asli (anak tok batin) bergerak ke trek 100km, lokasi 5 dan 4.
 Lokasi 4 telah dijejaki, tiada apa apa petanda.

7.30 pm – Keluar dari kawasan trek. Bergerak ke tempat search and rescue kampung.

8.15 pm – Berbincang tentang Acap bersama pihak berkaitan.

9.30 pm – Mula live di lokasi 1 (rumah lama dan suara ‘disini sini’) Banyak gangguan coverage internet.

11.30 pm – Live sebelah timur lokasi 5. Semak samun.. tiada clue.

12.00 am – Live di lokasi 5 sebelah barat. Ada yang baling kayu dan jumpanya tapak di kawasan laluan air kecil. Gangguan Internet juga.

Live di tamatkan kerana kehabisan backho power bank. Keadaan aku selamat, terima kasih yang mendoakan dan menyokong sepanjang aktivitiku di sini.”

 

Revisit rumah lama. Yang memberi aura kuat dan merasakan ada yang mengintai.

 

Ketika Revisit Rumah Lama

Solo Ambush cuba mendekati rumah lama, namun merasai energi yang kuat di kawasan rumah itu. Malah merasakan seakan ada yang mengintai. Dia ambil keputusan beredar, dalam jarak 20 meter dari rumah berkenaan. Sebelum berusaha masuk semula ke rumah lama tersebut.

Cut video link di sini : https://youtu.be/z_lwc4ng9AY

 

Dibaling Kayu Dan Jumpa Kesan Tapak Kaki

Dalam pencarian solo itu, tiba-tiba kepala Solo Ambush dibaling dengan kayu. Memanggil nama Acap, dan membaca Al Fatihah dalam hati. Minta penonton live membaca Al Fatihah bersama, kerana ada yang memberi pandangan kemungkinan itu tanda adanya Acap.

Tak lama kemudian, terjumpa kesan tapak kaki dalam lumpur. Selepas itu secara tiba-tiba live terputus, bateri handphone dan powerbank pun habis.

 

Ini yang berlaku sebaik penemuan kesan tapak kaki dalam lumpur.

 

Kesan tapak kaki itu ditemui dekat lorong atau terowong air kecil berukuran kira-kira semeter lebar dalam perjalanan menuju ke sebelah kiri tepi lebuhraya. Itu kesan dah dua tinga minggu kemungkinan ada seseorang cuba turun ambil air atau turun nak melihat atau mencari sesuatu seperti ikan.

Kawasan tapak kaki itu terlindung daripada hujan. Di bawah rimbunan pokok. Waktu musim panas ini, air dalam lorong cetek jadi kesan tapak kaki masih kekal.

Akuinya itu tapak kaki manusia namun tak merasakan ianya milik Acap. Namun, penemuannya itu boleh dijadikan petunjuk baru. Kesan tapak kaki itu menunjukkan seseorang dalam keadaan kelam kabut nak cepat. Kemungkinan kena heret. Jika berlaku jenayah, ia boleh jadi bukti.

Cut video link di sini : 
https://youtu.be/OkIzr6103ZI

Kesimpulannya : Acap masih belum ditemui.

Bagaimana pun log tinjauan yang diberikan Solo Ambush ini diharapkan dapat menjadi panduan untuk para pencari Acap yang masih meneruskan misi mencarinya dalam skala kecil.

Beliau syorkan pada orang kampung dan pasukan penyelamat meluaskan pencarian di kawasan sekitar penemuan tapak kaki itu. Gunakan laluan yang digunakan manusia atau binatang dekat kawasan terowong dan ke atas.

Sumber/Foto : Solo Ambush, Mstar

Published by
Netty Ah Hiyer