kempiskan perut selepas bersalin

Kali ini saja nak kongsi petua kempiskan perut selepas bersalin cara mudah bagi kaum mak-mak beranak kecil yang sudah tak sabar nak melawa.

Ya, semua wanita yang lepas bersalin mesti berangan nak sarung baju sebelum ini macam biasa, tetapi mampu ke? Haaa… inilah rahsia yang patut anda tahu, tak perlu tukar saiz baju baru, janji anda JANGAN LANGGAR PANTANG LARANG INI. Ikut saja selagi boleh asal kesannya perut tak buncit…

1. Kerap kerap susukan bayi dengan susu ibu

Menyusukan bayi dengan susu ibu ada banyak kebaikan. Antaranya dapat mempercepatkan pengecutan rahim. Yang paling best, dengan breastfeed anda dapat membakar sebanyak 200-600 kalori. Jadi, sila susukan bayi sekerap mungkin semasa di dalam pantang.

2. Amalan berpantang secara tradisional

Walaupun zaman dah berubah, kita masih perlu berpantang secara tradisional. Antara amalan berpantang yang tidak harus dilupakan adalah bertungku, berbengkung dan bertangas.

Dengan bertungku, anda dapat mengelakkan angin daripada masuk ke dalam badan. Ia turut dapat menyegarkan badan dan memecahkan lemak-lemak yang terkumpul semasa mengandung dahulu.

Ads

KENA RAJIN BERBENGKUNG

Berbengkung dapat membantu mengembalikan bentuk badan asal serta mengempiskan perut. Jika anda bersalin normal, amalkan memakai bengkung selepas anda pulang ke rumah. Jika bersalin czer, dapatkan nasihat doktor bila anda boleh berbengkung. Kebiasaannya selepas 2 minggu anda sudah boleh berbengkung.

Sekarang banyak bengkung dijual di pasaran. Jika anda beli bengkung je tanpa firming paste, anda boleh amalkan petua ini:

Ads

Ambil sebiji limau kasturi, perah jusnya. Campurkan jus dengan kapur makan. Sapu pada perut. Bila dah kering sedikit, baru pakai bengkung. Letak sehelai lampin kain (yang warna putih tu) supaya bengkung tak cepat kotor.

BERTANGAS PUN PERLU!

Bertangas pula lebih kepada menjaga kesihatan dalaman wanita. Cara ini dapat mempercepatkan penyembuhan rahim dan faraj. Amalan bertangas bukan hanya untuk wanita selepas bersalin. Malah, boleh dilakukan selepas datang haid. Ia turut dapat memecahkan lemak dan menurunkan berat badan.

Ads

3. Jagalah pemakanan yang anda makan, jangan man bedal!

Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Macam mana nak menghasilkan susu yang berkualiti jika makan pun tidak seimbang. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Alang-alang tengah berpantang, apa kata makan yang jenis rebus-rebus dan panggang sahaja. Anda juga perlu minum air sekurang-kurangnya 3 liter.

KALAU LAPAR, GUNA CARA INI

Bila rasa lapar juga selepas waktu makan, boleh makan biskut cicah air. Dapatlah bertahan sehingga waktu makan yang seterusnya. Tak perlulah makan nasi 5 kali sehari. Ini kena jaga ya1

4. Detox badan

Badan kita perlu detox sekali sekala untuk mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan. Selepas detox, kita akan rasa badan lebih ringan.

Moga ibu-ibu tak putus asa untuk dapatkan tubuh idaman degan lebih cepat dan berkesan. Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI