Sejak kelmarin, Penang dan Kedah diuji musibah banjir kilat. Tanah runtuh, jalan rosak, bangunan kerajaan ditenggelami air. Kesan banjir luar biasa ini paling ketara dialami penduduk Pulau Pinang.
Sebak lihat video Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memaklumkan beliau menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi jam 3.30 pagi meminta bantuan menghadapi krisis banjir.
Dan pasukan Angkatan Tentera Malaysia sudah pun dikerahkan bagi membantu negeri itu. Seiring dengan musibah, tentu ramai lagi Badan Bukan Kerajaan (NGO), sukarelawan sedang bersiap sedia mahu memberi bantuan ke Pulau Pinang.
Bagaimanapun, dalam ghairah mahu menjalankan misi bantuan ada pesanan yang perlu sukarelawan malah orang awam hadam baik-baik.
Ini satu ingatan telus dan padu daripada Dr Raja Shamri Raja Husin (Abang Raja), Pengasas The 3rd Force. Seorang OKU yang tak pernah menjadikan kekurangannya satu halangan.
Andai anda masih ingat dengan sejarah banjir di Kelantan. Pasukan NGO yang dikendalikan beliau tak kenal putus asa menyelaras dan membantu misi banjir di sana. Atas jasanya itu, beliau dianugerahkan Tokoh Belia Negeri Kelantan malah Tokoh Wira Rakyat oleh Kerajaan Negeri Kelantan.
BANJIR LUAR BIASA DI PENANG DAN KEDAH : JANGAN PANIK DAN GELOJOH!
1. Gelojoh Nak Bantu
Kita ada banyak agensi yang ada pelbagai keupayaan, terlatih dan budget. Dan terkini kerajaan dah setup NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), Angkatan Pertahanan Awam (APM), dan banyak lagi.
Sebarang bantuan yang dihantar / pergi ke lokasi musibah tanpa seliaan dan perancangan yang betul hanya akan menyebabkan jalan jam/pembaziran sumber (waste of resources) dan juga melambatkan proses bantuan (inefficiencies).
2. Gelojoh Nak Kutuk
Tak ada sesiapa boleh menolak musibah / bencana alam. Janganlah kita sesedap rasa mengutuk dan merendah-rendahkan kemampuan / tindakan sesiapa sahaja dalam membantu.
3. Jangan Panik
Bertindak mengikut arahan. Jangan sebarkan provokasi yang boleh mencetuskan panik kepada orang awam dan waris.
4. Gelojoh Kutip Derma
Pastikan sumbangan diberikan kepada NGO / kumpulan yang benar-benar membantu di lokasi.
5. Gelojoh Nak Populariti
Tak ada apa nak popular dengan kerja bantu mereka yang kena banjir / musibah ni.. penat / air bersih terhad / penyakit berjangkit / tak cukup tidur / risiko kenderaan rosak mengharung air dan sebagainya.
6. Gelojoh Nak SEBAR
News dan gambar tentang banjir / tanah runtuh / keadaan di lokasi musibah dan sebagainya.
So Bertenang..
Bekerjasamalah kita sebagai rakyat Malaysia yang bersatu. Letak tepi perbezaan politik dan kepentingan organisasi.
Bantulah sahabat kita keluarga kita di Penang dan Kedah. Tak ada siapa boleh jamin tempat mereka takkan kena macam apa yang Penang dan Kedah kena.. tak ada siapa!
So jangan sombong dengan Allah ok!
Thirdforce sedang mengenal pasti kumpulan yang genuine untuk team up bagi menyalurkan bantuan sebab kita belum ada thirdforce di Penang dan Kedah.
Kalau dah ada Thirdforce di sana mudah kita nak plan apa-apa, nak salurkan bantuan dan sebagainya.
Anyway … jom jadi orang baik-baik ya!
Sumber/Foto : Facebook Page Raja Shamri
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI