Misha Omar Tangguh Rawatan Kesuburan Hamil Anak Kedua “Harus Membuat Pilihan Terbaik, Sedikit Pengorbanan”

Share

Misha Omar tangguh rawatan kesuburan hamil anak kedua. Misha sebelum ini mendedahkan sedang menjalani rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan dalam usaha untuk hamil kali kedua selepas melahirkan cahaya mata pertama, lima tahun lalu.

Namun keputusan tersebut terpaksa ditangguhkan seketika demi menjayakan Konsert Bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) Di Istana Budaya, Pada 30 Oktober depan.

Isteri kepada Juruterbang, Firros Ezzwan Rosly, dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Idris Ezzwa. Selain itu, Misha turut memiliki anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini telah berusia 15 tahun.

Misha Omar Tangguh Rawatan Kesuburan Hamil Anak Kedua

Seperti mana yang dilaporkan SinarPlus, Misha menerangkan tawaran menjayakan konsert tersebut merupakan sesuatu yang cukup dinantikan, apatah lagi ia sebagai simbolik tahun ke-19 penglibatannya dalam industri seni.

“Saya dapat tawaran menjayakan konsert ini sekitar April lalu, tetapi disebabkan keadaan pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya fikir ia mungkin tidak dapat diadakan.

“Jadi saya mulakan rawatan kesuburan untuk hamil anak kedua. Namun tiba-tiba saya dimaklumkan konsert itu akan diteruskan mengikut perancangan, sekali gus membuatkan saya dalam dilema. Apatah lagi rawatan kesuburan yang dijalani itu sudah masuk ke proses akhir.

“Bagaimanapun setelah melakukan perbincangan dengan suami, saya memutuskan untuk menghentikan rawatan tersebut buat sementara waktu sehingga konsert selesai,” katanya.

Baca Disini Juga: 

Berhantu Sungguh Lagu SAMPAI BILA, Buat Misha Omar Merinding Sendiri, Menitis Air Mata

“It’s Ok Idris,You Can Muntah Here..” Luhurnya Hati Adam, Buat Misha Omar Sebak Berair Air Mata!

Menginjak Usia 40an, Noryn Aziz Bertatih Sayangi Diri, Jaga Minda, Tubuh & Jiwa

 

Tidak Mahu Ambil Risiko

Misha turut akui dia bimbang jika tidak dapat memberikan persembahan terbaik dalam konsert tersebut, sekiranya sedang hamil.

“Jika saya mengandung, sihat dan boleh menyanyi macam biasa, mungkin tiada masalah. Cuma saya bimbang jika kehamilan itu meletakkan saya dalam situasi sebaliknya seperti alahan teruk sehingga menjejaskan tumpuan saya nanti.

“Saya tidak mahu ambil risiko kerana konsert ini adalah impian saya. Dalam masa sama, saya tidak mahu menghampakan peminat yang mungkin lama menunggu saat ini.

“Saya perlu akui, kecintaan pada bidang seni terlalu besar dan sentiasa dilakukan dengan sepenuh hati saya. Jadi saya harus membuat pilihan terbaik dengan sedikit pengorbanan,” terang Misha.

Kembali Usaha #Menjejakkhadeja Selepas Konsert Tersebut

Misha juga menegaskan dia akan meneruskan kembali usaha #MenjejakKhadeja selepas konsert tersebut.

“Selepas semuanya selesai nanti, saya akan kembali teruskan proses rawatan kesuburan untuk hamil anak kedua. Doktor pun kata tak ada masalah,” katanya.

Sumber ; SinarPlus 

Sumber Foto ; Instagram Misha Omar

Published by
Norhayati Suboh