
Mira Filzah bawa watak Elina buat satu Malaysia meleleh air mata. Watak Elina yang dibawakan oleh Mira Filzah dalam drama Curang Tanpa Niat benar-benar meruntun jiwa penonton dan juga warga maya.
Mira Filzah Bawa Watak Elina Buat Satu Malaysia Meleleh Air Mata
Lakonan Mira dalam satu babak mempamerkan seorang ibu kehilangan anak akibat lemas membuatkan ramai ‘meleleh’ air mata.Penghayatan Mira dalam menjiwai watak sebagai Elina amat menyentuh perasaan.
Ternyata Mira benar-benar ‘menyerap roh’ Elina yang dibawakan oleh dirinya. Paling menyentuh perasaan ialah ketika watak Elina meraung dan mengalirkan air maat saat anaknya Azriel yang dilakonkan oleh pelakon cilik, Qaiszerr Ehsan meninggal dunia akibat lemas.
Mira sendiri turut berkongsi video yang memaparkan babak sedih drama itu di laman Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji lakonan penuh penghayatan Mira yang membawakan watak Elina dalam drama tersebut.Mira berjaya melontarkan emosi seorang ibu yang kehilangan anaknya.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Kesimpulannya kehilangan anak itu satu situasi yang amat menyakitkan buat seorang ibu.
Sumber: Instagram Mira Filzah
Baca artikel lain juga: Mira Filzah Tempuh Cabaran Emosi & Psikologi & Watak Mak-Mak Demi Curang Tanpa Niat
Pengalaman Sangat Berharga, Mira Filzah Kongsi Perjalanan Umrah Bersama Suami & Anak Kecil

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
NEELOFA Mengaku Hamil “Anak Pertama Akan Meragam Bila Nak Dapat Adik Hanya Mitos”

Isi Kandungan
ToggleNEELOFA Mengaku Hamil “Anak Pertama Akan Meragam Bila Nak Dapat Adik Hanya Mitos”. Alhamdulillah desas desus sekian lama, akhirnya Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mengiyakan pertanyaan dia kini sedang berbadan dua selepas berkongsi cabaran menunaikan umrah, baru-baru ini.
“Ya, half way to go (pertengahan jalan),” demikian kenyataan selebriti popular, Neelofa, 34, berhubung spekulasi sedang hamil anak kedua seperti dakwaan netizen.
“Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat.
“Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik. Banyak juga yang menghantar mesej langsung (DM), ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah.
“Iyalah, saya pun aktif pergi sana-sini, dengan anak kecil lagi. Ia bukan mudah, tetapi urusan saya dipermudahkan,” katanya.
Neelofa ditemui ketika majlis pelancaran koleksi Warisan di Butik Naelofar di KL East Mall, di sini, pagi ini.
Tak Kisah Jantina Anak
Mengulas mengenai jantina anak keduanya itu, Neelofa berkata, dia tidak kisah asalkan anaknya sihat, malah turut berkongsi kehamilan kali ini juga mudah seperti ketika mengandungkan anak pertama, Muhammad Bilal.
“Dari kehamilan anak pertama, saya tidak memilih, okay sahaja.
“Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sejak anak pertama. Jika dibandingkan dengan kenalan saya, ada yang tidak boleh bangun daripada katil. Saya sangat bersyukur.
“Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat, tetapi semua baik-baik sahaja. Dari segi perubahan bentuk badan, perasaan, hormon dan banyak lagi.
“Tetapi, saya seperti wanita yang banyak kali hamil, sudah biasa dengan semua ini,” katanya.
Bilal Tak Banyak Meragam
Sementara itu, mengulas kelakuan Bilal yang bakal menerima adik, Neelofa bersyukur anaknya tidak banyak meragam.
“Bilal okay sahaja sebab dia sudah besar dan makin kenal orang. Saya rasa ia hanya mitos bila orang kata anak pertama akan meragam bila nak dapat adik,” katanya.
Terdahulu, Neelofa menimbulkan spekulasi hamil anak kedua selepas video yang menampakkan perubahan pada bahagian perut tular dalam laman sosial.
Video itu merakamkan Neelofa memegang perut yang semakin membesar ketika memberi ucapan sempena ulang tahun pertama kelahiran Bilal.

Terdahulu, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari tahun lalu.
Mesti Baca:Neelofa Berterima Kasih Suami Hadiahkan Gelang Tangan “MasyaAllah, Selalu Cuba Untuk Bahagiakan Isterinya”
Baca Lagi Di Sini:“Kenapa Kita Fokus Kat Perut Neelofa, Macam Ada Baby” Netizen Ucap Tahniah Doakan Bilal Dapat Adik
Artikel Menarik:Neelofa Ingin Bilal Fasih 3 Bahasa, Mahu Berkomunikasi Dalam Bahasa Arab Dengan Anak
Mingguan Wanita: Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan dan kelahiran nanti.
Sumber: Bharian
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Jadi Suami Hebat Selama 13 Tahun” Coretan Isteri, Reda Pemergian Suaminya

Terima kasih jadi suami yang hebat. Inilah antara kata-kata yang mampu diluahkan oleh isteri kepada arwah Lt Kol (PA) Ag Askandar bin Ampuan Yaacub yang meninggal semasa menjalani Misi Pendakian Gunung Everest.
Coretan yang cukup memilukan dan sakitnya bila kehilangan orang tersayang yang sangat bertanggungjawab dan menjaga keluarga dengan penuh kasih sayangnya.
Antara coretan oleh Fiza Hamid yang reda atas kehilangan ‘separuh nyawa’nya selama ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Cuti Panjang 2 Minggu, Tunaikan Keinginan Anak Isteri,” Petanda Suami Sebelum Dijemput PULANG
Dia Panggil Tidur Sebelah, Saya Sibukkan Diri Main Telefon.” Tak Sangka Esoknya Suami Meninggal
Terima Kasih Jadi Suami Hebat, Allah Lebih Menyayangi
Coretan Fiza hamid buat suaminya:
I’m really proud of you sawoku ..
Saya tau abang sudah cuba yg terbaik,
saya tau abang mau pulang ke pangkuan kami dalam keadaan bernyawa .. hari² abang cuba contact kami ,tak pernah miss ucap i love you & miss you setiap kali vc
.. Setiap masa mau tengok anak² .. sesungguhnya terasa sangat sakit utk terima abang sudah tiada .. Tapi Allah lebih sayang abang ..
by tau, by perlu redha ..
Alhamdulillah terima kasih sudah jadi suami yang sangat hebat selama 13tahun ..
Inshaallah by akan terus kuat untuk 6 orang anak kita .. Abang suami yg sangat baik ( caring, loving ) selalu dahulukan pendapat isteri .. selalu cuba tunaikan semua permintaan isteri dan anak² ..
Walaupun sibuk bekerja , tidak pernah sehari pun abang abaikan kami .. kalau outstation selalu bawa by dan anak² .. sibuk bekerja tapi abang akan selalu curi masa untuk bersama kami ..
Abang memang seorang bapa yg sangat² sayangkan semua anak, selalu pesan dgn anak² ” help mama, listen to mama “.. setiap petang lepas balik dari kerja mesti dia wajibkan anak² keluar bermain di luar rumah .. arwah tak mau anak² stress terkurung di rumah, tiada aktiviti fizikal ..
Abang selalu berterima kasih sebab by sudi jadi surirumah jaga anak² , sentiasa buat saya rasa dihargai .. Bila ada sesiapa tanya “wife kerja mana ” abang selalu jawab dengan bangga:
.
“Wife kerja housewife , tapi kerja housewife sangat susah , dialah yg boleh atur anak2 & rumah , jadi PA saya .. kerjaya yg sangat hebat “

terima kasih sawoku .. you treated me like a queen .. Ramai yg sayang abang .. Ramai yang mau hulurkan sumbangan & bantuan .. Saya sangat² bangga jadi isteri abang ..
Al fatihah ..
.
.
Info: Dalam berita sebelum ini, wira Sabah ini berasal dari Papar, Sabah meninggal dunia dalam misi mendaki Gunung Everest. Dikatakan arwah hanya memerlukan kira-kira 20 minit untuk sampai ke puncak namun terjatuh pada ketinggian 8000 meter dari aras laut.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Fiza Hamid sekeluarga, moga terus kuat demi anak-anak tersayang.
Sumber: Fiza Hamid
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rangkuman Pesanan PM 8, Bagaikan Bapa Prihatin Menegur Anak

Setiap kali ada perutusan rasmi yang bakal diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasti semua orang di rumah, berhimpun di depan televisyen untuk mendengar dengan lebih jelas tiap ayat yang disampaikannya. Sama ada sedar ataupun tidak, walau baru menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-8, kelibatnya dalam menenangkan rakyat dan memberi pesanan demi pesanan seolah seorang bapa yang tegas, tetapi masih berdiplomasi dengan ragam ‘anak-anak’. Penyampaian bahasanya ringkas, padat dan mudah difahami. Berikut adalah rangkuman kenyataan menarik yang disampaikan beliau MW kongsikan sehinggakan rakyat kini ada yang menggelarkan beliau sebagai ‘Bapa Keprihatinan’. (Sumber teks ucapan https://www.pmo.gov.my/)
1. Saya merayu duduk rumah, Just stay at home (Perutusan Khas COVID-19 / 18 Mac 2020)
i) Selama tempoh dua minggu ini, saudara-saudari dan anak-anak hanya perlu berada di rumah. Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana. Dengan cara ini saudara-saudari terhindar daripada jangkitan COVID-19 dan penularan wabak ini insyaalah dapat dibendung. Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan.
ii) Jadi tolonglah, saya merayu sekali lagi. Duduklah diam-diam di rumah. stay at home and protect yourself and your family.
iii) Prinsipnya mudah sahaja, dalam tempoh dua minggu ini, duduklah diam-diam di rumah. Stay at home.
2. Pastikan setiap hari ada makanan di atas meja (Perutusan Khas COVID-19 / 23 Mac 2020)
Pengeluaran RM500 i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) buat semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing. Ianya tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020. Inisiatif ini dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga. Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing.

3. face time dengan cucu (Perutusan Khas COVID-19 / 25 Mac 2020)
Saya tengok di facebook, ada yang dah mula bersenam di rumah. Ada yang menggunakan skype untuk berhubung dengan rakan-rakan sekerja. Saya sendiripun menggunakan face time untuk berbual dengan cucu saya. Maklumlah, mereka tak dapat nak berkunjung ke rumah Tok Ayah seperti biasa.
Ibu-ibu pun, kerana ada banyak masa di rumah, mencuba pelbagai resipi masakan baharu untuk hidangan seisi keluarga. Tak kurang juga para bapa yang menggunakan peluang duduk di rumah untuk bersolat jemaah dengan isteri dan anak-anak.
Ringkasnya, kita semua mempunyai keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa pun cabaran dan dugaan yang kita hadapi, tidak sekali-kali melemahkan semangat kita untuk meneruskan kehidupan. Ya, seperti ungkapan yang sering kita dengar, when going gets tough, only the tough gets going. Apabila keadaan menjadi sukar, hanya yang tabah akan dapat mengharunginya.
4. Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan ke 14 April 2020
Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.
Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu. Pejabat-pejabat yang masih ditutup tak perlu dibuka lagi. Jika ada perkara penting yang nak diurus dalam tempoh dua tiga minggu yang akan datang, rancanglah dari sekarang bagaimana nak menguruskannya.
Please stay calm and don’t panic. Even though we have extended the Movement Control Order, you don’t have to unnecessarily stock up on food because the supply is sufficient. I assure you that food is enough for everybody.
I know you feel burdened but I don’t have a choice. I have to extend the Movement Control Order for your own safety.
Selain itu, tempoh kuatkuasa perintah ini akan dikaji dari semasa ke semasa. Jika ada keperluan untuk dilanjutkan lagi, saya akan buat pengumuman mengenainya. Yang penting saya mohon supaya saudara-saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah.
5. Saya tidak sempurna
Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kebajikan saudara-saudari. Ini amanah yang saya pikul.
Sebagai manusia saya tidak sempurna, tetapi saya berjanji akan melakukan yang terbaik. InsyaAllah, dengan izin Allah s.w.t. kita akan dapat bersama-sama mengharungi dugaan besar ini.
Kepada petugas-petugas di barisan hadapan, saya doakan saudara-saudari terus cekal. Situasi yang dihadapi oleh saudara-saudari bukan mudah.
6. Bacaan doa undang sebak
Semasa memimpin bacaan doa Tan Sri Muhyiddin dilihat memulakannya dengan bacaan surah Al-Fatihah disusuli dengan doa memohon kepada Allah SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi daripada penyakit dan wabak berbahaya.
Kepada penganut agama bukan Islam, saudara-saudari bertafakkur dan berdoalah mengikut ajaran agama masing-masing.
Al-Fatihah …
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَهُ
يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجَلاَلِ وَجْهِكَ الْكَرِيْمِ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Engkau ampunilah dosa-doa kami
Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami
Engkau lindungilah hamba-hamba Mu yang kerdil ini dari segala musibah
Engkau jauhilah diri kami dari penyakit yang merbahaya dan wabak yang mengancam nyawa
Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaan-Mu yang berat ini
Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami Ya Allah tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepada Mu
Ya Allah Ya Rahman Ya Syaafi
Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak Coronavirus walau di mana sahaja mereka berada
Sesungguhnya tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya Allah
Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah
Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah
Lindungilah kami
Selamatkanlah kami
Sejahterakanlah hidup kami
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

7. ‘Makcik Kiah’ (Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 27 Mac 2020
Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contoh mudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa Tun Razak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang ini bawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN. Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan. Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapa keluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasional sebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesara sebanyak RM500 dan bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500. Kalau suami Makcik Kiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulan sehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yang keluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnya RM3400.
Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan sewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatan penangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyak RM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulan sebanyak RM120.
Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripada penangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyak RM1200.
Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untuk perniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjaman sebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatan sebanyak RM600. Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.
Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864.
Jadi Makcik Kiah pun dah boleh tersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.
8. I came in as your Prime Minister not at the best moment (hadirnya saya sebagai Perdana Menteri bukan pada waktu yang tepat)
We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And, this government may not be the government that you voted for. But I want all of you to know that this government cares for you. I accepted to the fact that I came in as your Prime Minister not at the best moment. I face political, economic and health crisis all at the same time.
This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. So, my dear brothers and sisters, and the children of this beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government. We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. Insya-Allah.
_______________________________________________________________________
Ikhlas dari MW, bingkisan ini merupakan himpunan sebahagian daripada kisah menarik mengenai Perdana Menteri ke lapan kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melantik Ahli Parlimen Pagoh ini sebagai Perdana Menteri Malaysia ke lapan.
Semoga Perdana Menteri kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dalam menggalas tanggungjawab sehebat ini. Ujian sebesar ini merupakan sebahagian daripada sejarah penting Malaysia. Sama-samalah akur dengan tiap teguran, larangan dan pesanan yang disampaikan oleh beliau. Ikut sajalah saranan PM, semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan dari ancaman Covid-19. Semoga Malaysia kembali aman sejahtera sepertimana dahulu. Terima kasih Perdana Menteri kerana faham dengan denyut nadi rakyat yang sedang berjuang disaat-saat sukar begini. Terima kasih sekali lagi.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI