Setiap individu sama ada lelaki mahupun wanita, pasti inginkan kehidupan yang gembira dikelilingi keluarga tersayang dan kesihatan yang baik, seiring dengan peningkatan usia. Pemilihan makanan yang seimbang serta berkualiti dari sudut nutrisi yang diambil setiap hari adalah sangat penting bagi meningkatkan sistem imunisasi.
Imunisasi ialah proses peningkatan sistem pertahanan badan terhadap radikal bebas seperti kuman, bakteria dan bahan kimia yang menjadi antara punca utama kepada hadirnya penyakit pada tubuh kita.
Nutrisi Mencukupi
Oleh yang demikian, pemakanan harian dengan mencukupkan nutrisi makanan amat berperanan dalam membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan serta membantu kepada kestabilan emosi.
Pengambilan makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan amat disarankan kerana memiliki sebatian fitokimia alami seperti fenol. Antara contoh yang biasa didengari ialah Asid Fenolik dan Polifenol.
Sebatian fitokimia ini sebenarnya menentukan warna pada jenis tumbuh-tumbuhan (daun, bunga, buah), contohnya Lobak Merah ditentukan warnanya oleh Karotenoid dan Spesies Olea Europea (buah zaitun) warna ungu ditentukan warnanya oleh ‘Antocyanin.’
IKLAN
Lambatkan Proses Kerosakan Sel
Pengambilan makanan yang mengandungi fenol ini membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh badan serta melambatkan proses kerosakan pada sel-sel dalam badan, dengan syarat penghasilannya secara alami.
Sebagai contoh pengambilan lemak sihat adalah daripada minyak zaitun. Ia bukan sahaja membekalkan sumber lemak sihat, malahan mengandungi Folifenol secara alami dan Vitamin D serta Vitamin E.
Pemilihan Minyak Zaitun mestilah yang tidak bertapis serta penghasilannya secara perahan sejuk dan tanpa penambahan bahan kimia bakal memberikan Nutrisi Polifenol kepada individu yang mengambilnya secara harian. Polifenol jenis Hydroxytyrosol hanya terdapat di dalam tumbuhan Spesies Olea Europea (zaitun) yang diperah buah zaitun menjadi minyak atau dihasilkan daripada daun mahupun ranting pokok zaitun.
IKLAN
Olivie Plus Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ 250ml
Diet yang sihat dengan minyak zaitun sebagai sumber utama lemak boleh menurunkan risiko menggelakkan pelbagai daripada terjadi. Folifenol dalam buah zaitun dapat memainkan peranan yang penting penyakit-penyakit berkaitan dengan keradangan dan kerosakan DNA yang disebabkan oleh radikal bebas.
Kelebihan Olivie Plus:
*Diimport dari El-Borouj, Morocco
*Menggunakan teknik perahan ‘Mechanically Cold-Pressed’
*Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
*Mendapat pengiktirafan Halal daripada Institut Halal Morocco yang diiktiraf JAKIM
*Mendapat pengiktirafan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU)
IKLAN
Kandungan:
*Bebas lemak trans.
*Tinggi nilai Vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
*Tinggi nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan.
PROMOSI SYOKNYA 2020
Sempena dengan Sambutan Hari Kanser Sedunia 2020 ini, pihak OHR Marketing Sdn. Bhd. (Olive House) dengan berbesar hati mengadakan PROMOSI SYOKNYA 2020 yang bermula pada 25 Januari 2020 hingga 29 Februari 2020. Antara produk Olive House yang terlibat dalam promosi ini adalah:
Olivie Plus 250 ml.
Minyak Habbatus Sauda 50 ml.
Ultra Pop (Olivie Plus 250 ml + Butiran Campuran Ekstrak Buah Zaitun dan Daun Zaitun 100g)
Jus Delima 200 ml.
Dapatkan Diskaun Penjimatan Sehingga 26% dengan menghubungi Agen Olive House berdekatan anda atau nombor Hotline kami 013-5000 157 / 013-5200 157 atau boleh juga membuat pembelian secara atas talian di www.aafiyat2u.com.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Realiti inilah yang kadangkala menyakitkan untuk ditelan peniaga online. Namun, kes tiada duit simpanan di hari tua bukan tak pernah terjadi. Lebih sayang untuk dikenang, waktu muda hidup mewah, berbelanja bagaikan tiada hari esok.
Usah biarkan diri terperangkap dengan pesona kemewahan yang singkat. Sebagai peniaga yang bijak, anda perlu tahu bagaimana mahu urus wang, keuntungan dan gandakan dengan penuh keberkatan.
Kadangkala peniaga terleka hingga terlupa untuk fikirkan betapa pentingnya simpanan hari tua. Sebelum terlambat, hadamkan saranan ini sebaiknya.
Semoga waktu pencen peniaga online kelak, jadi lebih tenang, senang dan tak dibebani hutang mahupun kewangan yang mendesak.
Boros, Tak Urus Duit Dengan Betul
Duit dari keuntungan jualan, masuk berkepuk-kepuk. Bayangkan 10 tahun peroleh keuntungan berganda, tapi tak menyimpan pun. Jadi macam mana nak agihkan keuntungan ini menjadi bentuk simpanan jangka panjang.
Tak salah kalau ikut cara lama tapi masih praktikal lagi berkesan. Agihkan setiap RM50 yang peniaga dapat tu hari-hari masukkan dalam bekas khas. Jangan pandang atau fikir-fikirkan. Hujung bulan, kira jumlahnya dan simpan dalam bank, atau unit amanah yang selamat.
Kalau ada keinginan untuk beli kehendak yang bukan-bukan. Tahan hati siap-siap. Kalau teringin sangat pun, simpan asing duit khas untuk keperluan itu secara bulanan dan tetapkan target. Bila wang terkumpul dah cukup, barulah beli barang yang diinginkan.
Sediakan Dana Kecemasan Untuk Diri Dan Anak-anak
Dana kecemasan ini penting sebab kita takkan pernah tahu apa yang jadi pada diri pada masa akan datang. Bukan saja simpan untuk diri sendiri, tetapi buat juga simpanan untuk anak-anak.
Katakan 10% daripada keuntungan adalah gaji peniaga online, maka agihkan juga simpanan anak-anak di bank simpanan mereka. Lagi bagus jika mak ayah dedahkan dan galakkan anak-anak simpan duit sendiri.
Jika mereka suka bantu urus perniagaan online anda, berilah mereka upah. Dan minta mereka simpan upah dalam tabung ayam. Bila dah penuh, bawa mereka ke bank untuk dedahkan mereka cara menyimpan dengan betul.
Simpanan Hari Tua
Lebih baik sekiranya peniaga dapat mulakan simpanan hari tua daripada sekarang. Masa usia mudalah nak kumpul duit, supaya bila mencecah usia pencen dah ada wang persaraan yang dikumpul sendiri.
Sebaiknya, simpan dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan peniaga online mencarum secara tetap walaupun tanpa majikan. Caruman secara sukarela ini boleh dibuat melalui skim i-Saraan yang memberi perlindungan sosial kepada para pekerja ekonomi gig yang tiada majikan tetap.
Untungnya, peniaga online boleh menikmati dividen tahunan sama seperti ahli KWSP yang lain. Ada lagi caruman secara sukarela yang peniaga online boleh nikmati. Layari laman web KWSP untuk maklumat lanjut berkaitan produk yang dapat membantu peniaga online.
Agar Rezeki Simpanan Bertambah Berkat
Selepas membuat segala simpanan yang dicadangkan di atas, sebaiknya peniaga online jangan lupa untuk amalkan bersedekah dan menunaikan zakat pendapatan mahupun perniagaan anda. Amalan bersedekah ini tidak akan mengurangkan rezeki mahupun keuntungan anda, malah di situlah keberkatan rezeki semakin berganda-ganda.
Jika sukar mencari penerima sedekah, lihatlah kesusahan ahli keluarga terdekat anda. Jika mereka lebih memerlukan, bersedekahlah pada mereka yang dekat dahulu. Begitu juga dengan jiran tetangga, kemudian barulah hulurkan pada anak-anak yatim.
Apabila sudah cukup haul, tunaikanlah zakat perniagaan mahupun pendapatan anda. Rujuklah pada badan yang berkelayakan untuk melaksanakan zakat anda itu. Ada kiraannya, pegawai zakat tentunya berbesar hati untuk membantu.
Semoga dengan amalan menyimpan sebegini, akan membuatkan perniagaan online anda terus berkembang maju dan mendapat keberkatan rezeki daripadaNya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, jumlah kematian kini meningkat kepada lebih 40,000 di kedua-dua negara. Sejumlah 35,418 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala lebih 5,800 lagi di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Paling menyedihkan, kata jurucakap agensi kanak-kanak PBB UNICEF James Elder kepada pemberita di Geneva lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat dan gempa susulan besar yang memusnahkan Turkiye dan Syria minggu lalu.
PBB turut menganggarkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal susulan gempa bumi yang meranapkan lebih 5,000 bangunan termasuk tempat kediaman.
Kanak-Kanak Tersepit Di Celah Runtuhan Batu, SedihnyaSekadar Minum Melalui Penutup Botol
Turkiye yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, kekuatannya bersamaan 472.4 biji bom atom yang dilepaskan serentak. Begitulah gambaran gempa yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Banyak kisah yang menjadi teladan antara yang menarik perhatian menerusi sebuah video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai.
Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu. Sementara menanti untuk diselamatkan untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.
Namun di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya. Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.
Bayi Yatim Piatu Lahir Di Bawah Runtuhan, Rezeki Disusukan Isteri Pengarah Hospital
Kisah lain yang turut menyentuh jiwa seperti mana yang dilaporkan Agensi Anadol pula, anggota penyelamat di bandar Jinderis di utara Syria menemukan bayi perempuan berambut gelap lebih 10 jam selepas gempa bumi 6 Februari lalu ketika mereka sedang menggali serpihan bangunan pangsapuri lima tingkat didiami ibu bapanya.
Bayi itu ditemukan tertimbus di bawah runtuhan dalam keadaan masih bertali pusat dan kemudiannya dikejarkan ke hospital di Afrin untuk mendapatkan rawatan. Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim piatu.
Rezeki buat bayi perempuan bertuah ini, meskipun dilahirkan di bawah runtuhan rumah keluarganya selepas gempa bumi dahsyat dilaporkan dalam keadaan sihat dan kini disusukan oleh isteri pengarah hospital.
Ibu Aya, Afraa Abu Hadiya meninggal dunia selepas melahirkannya. Bapa dan empat adik-beradiknya turut terkorban dalam gempa itu.
“Dana Bantuan Kemanusiaan Malaysia Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria Setakat Ini Berjumlah RM50 Juta” Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang di tanah air selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi. Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu “amat dahsyat dan di luar jangkaan.”
Menerusi pesanan di akaun Facebooknya, Anwar maklumkan bahawa dana bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini berjumlah RM50 juta.
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Prihatin Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye & Syria
Turut mengorak langkah menghulurkan bantuan, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan telah berlepas menuju ke Lubnan pada 15 Febuari lalu bagi menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu.
Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di Wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut membawa Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye. Kehadiran pasukan Peduli Insan di Lubnan bertujuan bagi menyantuni dan mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria yang menjadi pelarian di negara itu sebelum bertolak ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria.
Pasukan Peduli Insan di KLIA sebelum berlepas menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, perancangan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu.
“Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini” ujar Mohd Luqmanulhakim.
Pada masa yang sama Mohd Luqmanulhakim turut memberitahu, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan.
Fokus utama bantuan kecemasan gempa adalah untuk diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye.
Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).
“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa.
“Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini.
“Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000,” ungkapnya lagi.
Peduli Insan juga turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria.
Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.
“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang” sambung Mohd Luqmanulhakim.
Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah pula memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.
Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebelum ini tentu kita berfikir dua kali sama ada ingin meneruskan hasrat untuk membeli rangkaian telefon Huawei kerana peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google.
Sekarang, kita tidak perlu bimbang kerana HUAWEI telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya.
Jadi walaupun tanpa google tiada masalah, Huawei AppGallery akan sempurnakan kehidupan kita semua. Amat memudahkan, kebanyakan aplikasi yang sering digunakan di negara ini terdapat di AppGallery.
Dengar sahaja mungkin membuatkan anda tertanya-tanya apakah yang menarik tentang HUAWEI AppGallery? Tonton video ini membandingkan Google Play Store vs HUAWEI AppGallery :
Apa yang perlu kita tahu adalah kini pengguna tidak perlu risau lagi kerana apa saja aplikasi dan perkhidmatan Google Play Store, Huawei AppGallery juga mempunyai aplikasi dan fungsi yang serupa.
Jika Google Play Store hanya terkenal dengan aplikasi Gmail, berbeza sekali dengan aplikasi emel HUAWEI, ia mampu menyambungkan lebih daripada satu domain emel termasuklah Gmail.
Perkara ini dalam bahasa mudahnya dapat membantu pengguna mengakses emel peribadi dan pejabat dengan hanya satu aplikasi.
Di samping itu, peranti mudah alih HUAWEI AppGallery juga memiliki fungsi dan aplikasi lain yang sangat penting dalam kehidupan seharian kita setaraf dengan Google iaitu:
HUAWEI Cloud
HUAWEI Cloud menyediakan kemudahan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun berbanding Google yang hanya menyediakan storan 15GB percuma.
HUAWEI Video dan HUAWEI Music
Bagi menandingi Google Play Music dan aplikasi Google Movie & TV, HUAWEI Video memberikan akses premium percuma selama tiga bulan.
HUAWEI MEETime
Biar pun kita dalam keadaan pencahayaan rendah atau keadaan rangkaian yang lemah, HUAWEI MEETime tetap memberikan prestasi audio dan resolusi video yang stabil dengan peranti HUAWEI lain.
Dalam masa yang sama, pengguna juga dapat berkongsi skrin dengan rakan bagi mendapatkan pandangan untuk membeli-belah atau membantu mak,ayah menggunakan telefon mereka dengan menunjukkan langkah demi langkah.
Selain itu, HUAWEI MEETime juga mengizinkan pengguna menikmati panggilan yang menarik, pertemuan yang produktif dan pemandangan berlainan biarpun hanya di alam maya.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
Di samping itu, aplikasi HUAWEI Theme atau Member Center juga merupakan kelebihan HUAWEI AppGallery yang tidak dimiliki Google semata-mata diwujudkan bagi memenuhi semua keperluan pengguna.
HUAWEI AppGallery dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus dari AppGallery.
HUAWEI telah memperkenalkan satu ciri baru iaitu Quick Apps yang terdapat di HUAWEI AppGallery yang membenarkan pengguna menggunakan mana-mana aplikasi di bahagian Quick Apps tanpa perlu memuat naik lagi.
Quick Apps ialah fungsi eksklusif yang dicipta HUAWEI di pasar aplikasi mereka, AppGallery.
Berfungsi sama seperti aplikasi lain tetapi pengguna tidak perlu membuang masa dan data untuk memuat turun aplikasi kerana ia boleh berfungsi serta merta.
Jangan ketinggalan, sebilangan besar aplikasi popular yang sering digunakan rakyat Malaysia kini terdapat di Huawei AppGallery.
Dengan kepelbagaian aplikasi yang ditawarkan AppGallery, menggunakan peranti HUAWEI pastinya akan lebih menyeronokkan dan mudah.
Dapatkan produk terbaru (HUAWEI Siri P40, HUAWEI MatePad Pro, HUAWEI Watch GT2e) di HUAWEI Online Store
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...