Berapa kali mak-mak guna minyak masak yang sama untuk memasak? Ada yang hanya gunakan dua kali, tiga kali dan ada juga hanya gunakan sekali sahaja. Seterusnya, minyak yang digunakan itu di buang dalam sinki atau ada yang kumpulkan dalam botol dan bila penuh barulah dibuang. Betul tak?

Jangan dibuang. Minyak masak terpakai pun boleh bantu anda jana pendapatan. Walaupun tak banyak tapi ia turut membantu menyelamatkan alam sekitar dan hasil minyak terpakai ini boleh diproses untuk menjadi produk tertentu.

Inilah antara kupasan dalam Mingguan Wanita Talkshow yang disiarkan tengah hari tadi. Kitar Semula Minyak Masak. Antara tetamu jemputan yang hadir dalam membincangan topik ini ialah TS Mohd Azmi Amer Khan, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam.

IKLAN

“Kempen kitar semula minyak terpakai ini telah lama diadakan. Salah satu target kutipan minyak terpakai di Shah Alam adalah kawasan perumahan, kedai makan dan restoran dengan meletakkan tong-tong minyak di kawasan terlibat atau individu boleh hantarkan ke pusar kitar semula.

“Mungkin ada yang tidak tahu, setiap minyak masak terpakai yang dihantar itu akan mendapat pulangan wang iaitu antara RM1.00 hingga RM1.20 per kg. Ini boleh membantu para suri rumah jana pendapatan daripada di buang di longkang atau tanah.

“Ingat, jika dilihat individu membuang minyak masak terpakai di longkang atau di sungai, ia boleh dikenakan kompaun.”

Minyak Masak Terpakai Pun Boleh Jana Pendapatan, Mak-Mak Jangan Buang!Manakala Dr. Ahmad Muhaimin, Pensyarah kanan Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul, UPM pula mengatakan:

IKLAN

“UPM memainkan peranan dalam mendidik orang ramai bagaimana minyak masak terpakai ini boleh diproses menjadi biodiesel.Selain itu, melalui minyak terpakai ini, ia boleh dijadikan produk-produk lain untuk kegunaan harian. Contohnya, lilin, minyak pelita, racun serangga dan sabun.

Minyak Masak Terpakai Pun Boleh Jana Pendapatan, Mak-Mak Jangan Buang!Bercakap tentang sabun, Mingguan Wanita Talkshow berpeluang mengadakan demo cara membuat sabun di studio yang dilakukan oleh Dr. Maisarah Tajuddin, Pengasas Waste Selangor.

Salah satu bahan yang digunakan untuk membuat sabun adalah minyak masak terpakai.

IKLAN

“Sabun ini mempunyai fungsi pelbagai guna. Namun begitu, elakkan daripada menggunakan sabun daripda minyak terpakai untuk muka dan badan.”

Minyak Masak Terpakai Pun Boleh Jana Pendapatan, Mak-Mak Jangan Buang!Untuk mengetahu lebih lanjut, saksikan siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow bersama Siti Elizad dan Sherry Al Hadad di Astro Prima 105 dan Prima HD 121, jam 8.00 malam nanti.

Minyak Masak Terpakai Pun Boleh Jana Pendapatan, Mak-Mak Jangan Buang!
.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI