Wanita yang suka sediakan menu jenis bergoreng, pasti suka dengan petua masakan ini. Cuma guna minyak bawang putih, semua masakan jadi dua kali ganda sedap. Haaa… cara nak buat minyak bawang putih ini dikongsikan Puan Tinie Razak, yang mana dia sendiri pun selalu buat stok minyak bawang putih ini di dapur rumahnya.
Sejenis yang memang suka gila dengan bawang putih dan memang wajib ada stok minyak bawang putih goreng kat dapur rumah.
So, sesiapa yang sejenis dengan saya, bolehlah cuba buat!
Minyak dia, kalau nak goreng sayur ke, buat sup ke, perghhh.. memang sedap melampau!
Bawang putih goreng tu pulak letak dalam makanan bersup/bergoreng, macam mee, bihun, kueyteaw semua, nak letak kat sayur goreng pun sedap! Makan dengan moi dan megi.
1. Bawang putih kopek, tumbuk-tumbuk dengan lesung batu (jangan sampai lumat lunyai).
2. Lepas itu rendam dalam minyak.
3. Masuk dalam kuali, goreng api perlahan, dah nak garing sikit, tutup api, sebab dia akan garing sendiri dalam minyak yang masih panas tu.
4. Dah sejuk, masuk bekas kedap udara, simpan suhu bilik.
Bila-bila masa boleh guna.
Jaga api ya, jangan sampai hangus, nanti pahit memang dah tak boleh buat apa la. Kalau tak sure, boleh je goreng sampai garing. Lepas itu toskan, nanti dah sejuk kedua-duanya, satukan balik dalam bekas dan simpan. Jangan risau, bawang goreng tu tetap akan kekal garing selama mana dia masih dalam minyak.