Minum Milo Tak Salah, Bukan Semua Pesakit Alahan Pada Jenis Makanan Yang Sama

Share

Baru-baru ini panas di media sosial apabila seorang individu telah berkongsi pengalamannya ditahan wad akibat minum Milo.

Kenyataan lelaki itu tular dan mendapat perhatian orang ramai, tambah-tambah lagi apabila Milo merupakan minuman kegemaran rakyat Malaysia. Berhubung dengan isu tersebut, baca penjelasan Dr Ezairy M.Sallih berkenaan Milo dan kaitan penyakit sinus…

MILO TAK SALAH

Betulkah pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?

TIDAK.

1. Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.

2. Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.

3. Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.

4. Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.

5. Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.

6. Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.

7. Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.

Published by
Nadia