Rupanya antara petua orang dulu-dulu untuk melegakan demam dan menyejukkan badan yang panas dengan minum air rendaman beras yang disangai. Memang cukup mudah dilakukan dan mujarab.Boleh dijadikan ikhtiar dalam menyembuhkan demam.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Ameera ini sebagai panduan;
Petua orang dulu dulu, sampai sekarang masih diamalkan. Untuk demam sangat baik petua ni.
Bahan Diperlukan:
Segenggam Beras * Guna beras apa-apa pun boleh
Air Suam
Cara Membuat:
1. Sangai (goreng tanpa minyak) segengam beras sehingga kekuningan.
2. Ambil air suam masukkan beras tadi ke dalam jug air.
3. Minum selepas beras tu tenggelam ke bawah.Anggaran dalam 10 minit.
4. Bagus untuk sejukkan badan yang panas.
Minum senafas.Selimut semula kejap lagi berpeluh badan. Lega dah.
Selamat mencuba!
Mesti Baca:Sapu KUNYIT Pada Batang Hidung, Rawatan Alternatif Sembuhkan DEMAM SELESEMA Kucing
Baca Lagi Di Sini:Demam Panas Secara Tiba-Tiba, Kenal Pasti Simptom INFLUENZA Lambat Rawat Boleh Sebabkan Kematian!
Artikel Menarik:Pesan Doktor, Jangan Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Elak Risiko SAWAN
Mingguan Wanita:Jika mengalami demam, boleh cuba petua yang dikongsikan ini sebagai ikhtiar legakan deman dan sejukkan badan yang panas.
Sumber: Ameera
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI