Minum air putih bukan semasa dahaga saja, tapi ia adalah minuman paling murah yang boleh anda gunakan untuk berdiet. Jika tahu caranyalah. Ada sesetengah kita sanggup berhabisan dengan membeli pelbagai produk diet dengan harapan nak kurus dengan cepat. Itu pun kalau produk yang dibeli sesuai dengan kita. Kalau tak sesuai, mungkin ke laut juga kan.
Apa kata, cuba try dengan diet air putih ini. Jadikan kebiasaan. Mana tahu dalam sebulan dah boleh turun berat badan. Tak banyak pun tak pelah, janji turun kan!
Beberapa tip yang boleh diamlkan dengan diet air putih nie.
1. Sebelum menjamah makanan, minumlah air sekurang-kurangnya 2 gelas. Ini untuk membantu merasa kenyang dan makan tidak terlalu banyak.
2. Sebelum melakukan sebarang aktiviti pada waktu pagi, anda boleh minum air panas. Untuk memberikan rasa segar, masukkan hirisan lemon atau garam ke dalam air tadi.
3. Pastikan anda minum air lebih daripada 4 liter sehari kerana ia akan membantu membuang lemak dan racun dalam badan.
4. Anda juga perlu melakukan senaman yang teratur dan imbangkan dengan minum air yang banyak.
5. Dengan minum air sepanjang hari, ia akan membuatkan anda terhidrasi dan kurang keinginan untuk makan snek.
6. PERLU TAHU! Air putih tidak mempunyai kalori dan tidak akan membuatkan anda gemuk. Sebaliknya, ia mencegah dari dehidrasi dan membuatkan otak anda bekerja dengan lebih baik.
7. Air putih boleh menurunkan nafsu makan dan membakar lebih banyak kalori.
8. Dengan minum air putih, ia dapat memecah lemak dalam badan anda.
9. Selain itu, air putih juga dapat meningkatkan tenaga dan membantu dalam proses metabolisme badan dan penurunan berat badan.
10. Apabila anda minum air dalam jumlah yang mencukupi, ia akan membantu mengeluarkan racun dalam badan.
11. Selain untuk program diet yang lebih sihat, minum air juga dapat memperbaiki organ hati dan sistem imunisasi akan menjadi lebih baik.
12. Minum air sebelum dan selepas bangun tidur. Pastikan juga anda minum air putih selepas bangun tidur dan tidak mengambil apa-apa minuman selama 30 minit.
13. Walau bagaimanapun, jangan terlalu banyak minum air atau menggantikan semua makanan dengan air putih lerana ia boleh menyebabkan hyponatremia (darah menjadi cair dan meminimakan kadar eletrolit dalam badan.
14. Anda gantikan kebiasaan minum teh atau kopi dengan mengambil air putih sahaja.
15. Pengambilan air putih bersama hirisan lemon atau buah-buahan lain juga boleh membantu menurunkan berat badan secara semula jadi.
16. Anda juga boleh menggabungkan diet air dengan teh hijau. Ini kerana, teh hijau terbukti dapat meningkatkan matabolisme dan sistem ketahanan dalam badan.
17. Pastikan anda mengatur bunyi jam supaya anda tidak lupa untuk mengingatkan waktu minum air sepanjang hari. Secara tidak langsung, dapat membiasakan anda minum air lebih teratur.
18. Sediakan air berhampiran anda. Letakkan botol air dekat dengan anda untuk memudahkan anda minum air lebih banyak. Ulang isi air dalam botol ketika berada di rumah, pejabat atau mana-mana tempat anda pergi.