Ibu ini berkongsi pengalaman menjaga anak kecilnya yang bernama Dhani, di hospital. Selepas mengalami sakit perut yang berlarutan. Sebaik diwadkan tahulah ibu yang anak kecilnya itu alami usus bengkak dan terbelit.
Memang ‘seriau’ baca kisah ibu ini. Dari pengalaman itu, ibu Abidah Museri nasihatkan mak-mak yang lain agar pantaulah makanan harian anak-anak kecil. Jangan sampai diberi sembarangan jenis makanan terutama yang tidak berkhasiat.
Kisah 10 Julai 2018
Tragedi ni memang takkan dapat aku lupakan sampai bila-bila.
“Dhani cuma hirup sesudu dua kuah tomyam je malam tu sebelum dia sakit perut teruk. Tomyam tu asbab semata-mata.”
“Padahal Dhani dah tak buang air besar dekat seminggu. Doa memang ada masalah sembelit sebelum-sebelum ini.”
“Lepas dia hirup kuah tom yam tu, terus dia sakit perut 10 minit sekali. Dah macam orang ‘contraction’ nak bersalin tu.”
Ibunya ingatkan sakit perut biasa. “Aku ‘just’ letak minyak angin je kalau dia mengadu sakit perut.”
Sakit perut anaknya berlarutan sampai 2 hari. Bila tak nampak berkurangan, ibunya ambil keputusan bawa ke klinik.
Pemeriksaan di klinik doktor maklumkan tiada apa-apa yang serius. “Aku tak cakap Dhani tak berak dah 4 hari. Doktor kata tak apa, kita bagi dia ubat cair najis dulu.”
Balik dari klinik terus berperang dengan Dhani sebab dia susah nak makan ubat. Sampai 2 ke 3 orang kena pegang dia. Sampailah ke malam dia masih sakit lagi.
Esoknya bawa ke hospital PD pulak. Kat sana doktor suru X-ray perut dan bila tengok kat X-ray tu memang banyak sangat najis dalam perutnya.
Doktor bagi ubat cair najis juga. Masa ini masih sakit perut tertonggeng-tonggeng, bergolek-golek (10 minit sekali).
Ikhtiar juga bagi makan ubat tu tapi tak juga berak. Esoknya pun sama juga masih sakit perut.. sakit perut dan sakit perut.
Dekat seminggu dah berlarutan macam ini. Aku pun jadi orang yang tak keruan. Tertanya-tanya kenapa. Menangis sendiri kadang-kadang ayah Dhani kerja luar.
Benda ini jadi masa bulan puasa 2 minggu lagi nak raya. Mood raya memang tak ada langsung. Tak kisah dah pasal raya ke apa.
“Esok petangnya aku ‘decide’ lagi sekali pergi hospital. Punyalah ramai manusia kat situ. Dhani asyik menangis je sebab sakit perut tu kejap datang kejap pergi.”
Tak peduli dah orang tengok ke apa. Time dia sakit memang dia berguling-guling kat lantai hospital tu. Sekali lagi doktor suruh X-ray dan resultnya masih sama.
So doktor ‘decide’ hantar kes Dhani terus ke Hospital Tuanku Jaafar. Sampai HTJ terus masuk ‘red zone’. Kat sana memang ramai pakar. Sampai je terus buat ‘detail scan’ kat perut dia.
Time inilah semuanya terjawab!
Tanpa aku sedar jam dah pukul 9 malam tapi aku still tak buka puasa. Air kosong pun tak minum. Orang lain dah tersandar kekenyangan agaknya. Tapi aku puasa lebih masa.
Lepas Dhani buat detail scan terus ‘warded’. Esok kena puas asbeb nak buat proses ‘tembak’ usus. ‘Tembak usus’ ini tembak dengan air guna tiup yang dimasukkan ke lubang najis.
Masa buat proses ini pun sedih sangat. Kena bagi dia ubat tidur baru boleh buat. Proses pertama berjaya buatkan usus Dhani yang terbelit terbuka balik. Tapi tak boleh happy lagi takut benda ini akan jadi balik.
“Memang betul! Esoknya scan lagi usus tu terbelit balik. Doktor suruh puasakan Dhani lagi 2 hari. Berturut-turut Dhani kena puasa.”
“Masa itu Allah je tahu macam mana keadaan aku dengan Dhani. Tulis ini pun rasa nak nangis bila ingat-ingat. Dhani asyik nangis meraung-raung sebab lapar. Tambah pula dia sakit perut.”
“Baring tak nak, tidur tak nak. Aku bengkak mata je dok hospital tu. Tapi ramai adik-beradik, kawan-kawan semua whatsapp bagi kata semangat. Tak lupa juga yang datang melawat kami dua beranak. terharu sangat sangat.”
Esoknya doktor buat lagi proses yang sama ‘tembak’ usus.
“Alhamdulillah terbuka balik usus yang terbelit tu. Esoknya doktor scan semula dan usus tu terbelit balik. Kali ini usus dah semakin banyak bengkak. Allahu.. tak dapat tahan air mata.”
“Dah menangis berjurai-jurai depan doktor terus.”
Esok pagi kat wad doktor pakar datang terangkan keadaan Dhani yang sebenar macam mana. Doktor decide tak boleh buat ‘tembak’ usus lagi. Limit 3 kali je proses tu. Dan last Dhani terpaksa di operate sebab usus dah banyak bengkak dan makin terbelit.
Petang itu juga kena operate. Perasaan jangan cakaplah. Masih yak percaya benda ini jadi kat Dhani.
“Menangis jelah kerja aku. Sahur tak ke mana, tapi niat puasa macam biasa. Empat hari dok wad aku tidur duduk. Naik ‘cramp’ tulang belakang.”
Doktor dah terangkan semua risiko kalau Dhani operate. Masa scan doktor cakap usus Dhani dah rosak kemungkinan besar terpaksa pakai beg menggantikan usus dua.
“Aku dah redha. Buat jelah apa-apa doktor asalkan dia tak sakit perut lagi macam dia sakit perut seminggu ini.”
Masuk je dewan bedah, semua dah standby. Dhani macam biasalah nak dukung peluk kuat-kuat, tak nak letak kat katil.
“Doktor suruh cium anak sebelum aku keluar. Masa itu tak ada lagi dah nak cover-cover nangis. Bersungguh sungguh aku menangis.”
Hampir 2 jam Dhani dalam bilik bedah. Bila dah selesai doktor beritahu, “Alhamdulillah.. usus Dhani langsung tak terjejas. Cuma ditarik ke tempat asal dan buang kelenjar-kelenjar kat usus je.”
Doktor pesan kena jaga dia. Sebab benda ini tak mustahil akan jadi balik. Aku pun cepat-cepat masuk bilik bedah nak tengok dia.
Masa itu dia belum sedar lagi. “Ya Allah.. anak aku ini yang berwayar-wayar. Perut yang dipotong dah siap balut dah semua. Cuma tinggal nak tunggu dia sedar je.”
Bila dia sedar terus dia menangis panggil aku.
“Alhamdulillah semua selamat.”
Kesimpulannya kat sini, “Anak kecil inilah susah nak pantau pemakanan diaorang. Yang tak sihat itulah yang dia nak makan selalu. Ini semua pengajaran.
“Bila anak dah sembelit, macam-macam boleh jadi. Nasib usus dia tak pecah. Doktor cakap sebab najis dah penuh satu perut sampai tak ada ruang dah. Pastu usus terbelit menyebabkan najis tu tak de jalan keluar.”
“Kita ini jadi mak-mak memang pantau apa diaorang nak makan. Tapi Dhani memang jenis susah makan sayur. Air masak pun kena paksa. Tu pun nasib-nasib kalau nak minum.”
“Lepas operate tak de dah dia sakit perut lagi. Tapi makanan dia memang kena jaga betul.betul. Aku memang tak bagi orang nak bagi dia makanan sembarangan.”
Sumber/Foto : Abidah Museri