Tempoh kehamilan merupakan antara detik terindah bagi seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Saat inilah, pelbagai tip dan amalan terbaik sewaktu hamil berusaha dilakukan demi anak tersayang. Besar harapan seorang ibu agar kandungan membesar dengan sempurna dan anak yang dilahirkan menjadi seorang yang soleh serta solehah kelak.
Baru-baru ini, Nor Ameera Zaini, 29 yang juga merupakan pengasas Fesyen Muslimah Ameera Zaini (AZ) serta Pengacara CJ Wow Shop, ada berkongsi beberapa tips yang diamalkan dan pengalaman sewaktu mengandung anaknya.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Farmasi ini, berkongsi amalan yang dilakukan ketika hamil anaknya Mateen Hasnor Rozaini dahulu, yang kini telah berusia 1 tahun 8 bulan didalam Instagramnya.
Ambik satu Al-Quran kat bilik mama, terus terbuka page ni, terselit gambar scan Mateen dalam perut dulu, dekat page Surah Maryam.♥️
Ramai yang tanya Meera apa amalan masa pregnant dulu. Meera rasa sama macam ibu-ibu yang lain, sebab Meera pun rujuk ibu-ibu lain juga.
Masa awal-awal pregnant dulu, Meera morning sickness yang teruk and bleeding dua kali sampai doctor cakap chance masa tu 50/50 je. Alhamdulillah everything went well.
Meera baru ada satu je baby rasa tak layak nak bagi tips. So Meera sekadar share sahaja pengalaman Meera okay.
1. Doktor bagi injection untuk kuatkan rahim.
2. Meera banyak bedrest je sebab mabuk teruk.
3. Avoid fast food & junk food sebab tekak pun tak suka sangat waktu tu.
4. Makan folic acid/obimin/neurogain yang doctor bagi.
5. Minum susu kambing.
6. Amalkan pati delima untuk hilangkan loya.
Menurut Ameera lagi, setiap kehamilan mempunyai pengalaman mengandung yang berbeza.Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik buat anak yang dikandung.Malah Ameera turut mendoakan kesejahteraan buat para pengikutnya yang sedang hamil mahupun yang masih menunggu untuk bergelar ibu.
“Apapun kesimpulannya every pregnancy journey is different, Meera rasa kita semua mesti akan buat yang terbaik sahaja kan untuk anak dalam kandungan kita. Meera doakan semua yang baca yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan dan untuk yang masih menunggu, teruskan beusaha dan berdoa sebab Allah dah aturkan masa yang terbaik untuk kita semua “❤
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat wanita yang sedang hamil boleh ikut tips amalan hamil yang dikongsikan oleh Ameera Zaini ini.
Sumber: Ameera Zaini