Minum air basuhan kaki jemaah baru balik haji, adat jiran tetangga ambil berkat dikecam warganet. Memang betul-betul adat pelik kerana perlu minum air basuhan kaki jiran tetangga.
Jika minum air basuhan kaki seorang ibu pun tidak dibenarkan sama sekali kecuali mencium kaki ibu yang melahirkan kita ke dunia, apa tah lagi minum air basuhan kaki jiran tetangga atas alasan ambil berkat.
Tular di media sosial perlakuan ibu-ibu yang minum air kaki rendaman suami isteri yang baru balik dari Tanah Suci Makkah.
Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Baru Balik Haji
Dilihat mereka minum air basuhan kaki suami isteri yang baru pulang dari Makkah sebelum memeluk pasangan ini untuk mengambil berkat. Alasan minum air basuhan kaki pasangan ini adalah adat dan juga kerana kaki mereka sudah sampai di Makkah. Masa yang sama mereka mengharapkan dengan minum air berkenaan, mereka juga dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah satu hari nanti.
Menjawap satu komen selepas video ini tular, pemilik video asal dari Banjarmasin Indonesia ini memaklumkan, ia adat kampung mereka.
“Loh, kan mereka baru pulang dari Tanah Suci, Kakinya tu suci loh kak. Jadi berkahnya di ambil supaya siapa tahu bisa ikutan ke Tanah Suci nantinya”
Ads
Dan kerana jawapan-jawapan sebegini, ramai warganet menyerang dengan memberi komen di video tersebut. Dan sejak 16 jam lalu, pemilik video meminta agar orang ramai berhati-hati dalam memberi komen, takut berbalik pada diri sendiri. Mungkin dirinya tidak boleh menerima komen-komen dinyatakan di videonya.
Isu minum air kaki ini sememangnya tidak ada dalam agama. Jika minum air basuhan kaki ibu yang juga syurga kita tak dibenarkan, apa tah lagi minum air tapak kaki jiran tetangga, lagilah tak ada kena mengena.
Menurut ulama sohor Indonesia, Buya Yahya melalui channel YouTube pada 22 Januari 2018, mencium kaki ibu itu dibenarkan tetapi untuk meminum air bekas basuhan kaki ibu tidak dibenarkan sama sekali.
“Mencium kaki ibu adalah dibenarkan tapi bukan meminum air bekas basuhan kaki ibu. Gak ada itu dari mana cerita itu,” ujarnya.
Lebih lanjut, Buya Yahyah menjelaskan bahwa selama ini tidak ada pendidikan yang mengajarkan untuk meminum air bekas kasuhan telapak kaki ibu. Sebab, air itu kotor.
Ads
Jadi, jangan kerana adat, jadi merepek dan islam dipandang sinis.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Tabiat pelik seorang lelaki di China yang gemar menghidu stoking busuknya setiap hari akhirnya membawa padah apabila dia mengalami jangkitan kulat yang teruk pada paru-parunya.
Mirror Online melaporkan, setiap hari lelaki berasal dari Zhangzhou, tenggara China itu akan menukar baju yang bersih dan selesa namun tetap akan menghidu stoking yang dipakainya sepanjang hari selepas pulang daripada bekerja.
Tabiat pelik tersebut mengundang padah, menyebabkan paru-parunya dijangkiti kulat yang terdapat pada stoking yang terbentuk akibat kakinya yang berpeluh.
Dia mengalami batuk teruk dan kesukaran bernafas hingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital bahagian kes kecemasan.
Laporan perubatan pada imbasan X-ray paru-paru lelaki ini mengesahkan jangkitan itu berpunca daripada ketagihannya menghidu stoking setiap hari.
Ketagihan pada bau stoking pernah dilaporkan media di beberapa negara, pada awal tahun ini, seorang lelaki di Amerika Syarikat dilaporkan sanggup membayar sejumlah wang kepada wanita untuk mendapatkan stoking busuk yang dipakai mereka.
MW: Macam-macam lah tabiat pelik-pelik yang ada di dunia ni. Bahayanya boleh mengundang padah dan jejaskan kesihatan! .
Biasanya Tikus Belanda atau lebih dikenali sebagai ‘Guinea Pig’ dijadikan sebagai binatang peliharaan kerana kecomelannya. Namun siapa sangka, di Ecuador haiwan ini turut dijadikan sebagai salah satu perisa aiskrim dan jualannya paling laris!
Aiskrim Perisa Tikus Belanda
Seorang wanita, Mara del Carmen Pilapana menjual aiskrim unik berperisa tikus belanda. Aiskrim haiwan yang dikenali penduduk tempatan sebagai ‘cuy’ itu dijual pada harga AS$1 (RM4.20).
Cuy biasanya dimasak sebagai hidangan tradisional oleh penduduk negara Amerika Latin termasuk Colombia, Peru dan Bolivia.Di Ecuador, tikus belanda dimasak dengan garam bersama hidangan kentang dan sos kacang.
Bagaimanapun, Pilapana mencuba sesuatu yang baharu dengan menjadikan daging tikus belanda sebagai aiskrim.Dia menghasilkan perisa unik itu dengan memasak dan menyediakan pes daripada daging tikus belanda, yang rasanya dikatakan menyamai daging ayam,” lapor akhbar The New York Post.
Produk Paling Laris
“Keluarga dan suami saya sendiri menganggap saya gila. Mereka tidak fikir sesiapa pun akan sukakan aiskrim ini tetapi sekarang ia produk kami yang paling laris,” kata Pilapina.
Perniagaan kecilnya cuma menggunakan dua buah meja di tempat terbuka bersebelahan beberapa klinik gigi dan kedai. Setiap minggu, Pilapina akan menyediakan 150 hidangan aiskrim tikus belanda.
Ibu kepada tiga anak itu hilang pekerjaan sebelum mula menghadiri kelas latihan untuk usahawan. Selepas enam bulan menguji perisa yang sesuai, dia mula menjual beberapa jenis aiskrim sejak awal bulan lalu.
Selain menghasilkan aiskrim perisa tikus belanda, wanita ini turut menjual aiskrim perisa kumbang dan cendawan, yang kebiasaannya dimakan sebagai snek masin oleh penduduk tempatan. Malah dalam fikirannya turut merancang untuk menghasilkan aiskrim perisa baru seperti ketam, ayam dan khinzir.
MW: Memang luar biasa perisa aiskrim yang wanita ini jual. Berani mencuba daripada luar kebiasaan.
Gambaran ibu tiri kejam yang sering diperkatakan dalam masyarakat sememangnya betul-betul wujud. Sepatutnya seorang ibu tiri melindungi anaknya walaupun bukan dari darah dagingnya namun tindakan yang diperlakukan ini cukup melampaui batas.
Seorang wanita telah memanaskan pisau terlebih dahulu kemudian tekap di lengan mangsa dan hari ini ibu tiri aniaya anak tirinya telah dihukum dengan hukuman yang setimpal.
Ibu Tiri Dihukum Penjara 24 Bulan
Seorang wanita dihukum penjara selama 24 bulan oleh Mahkamah Sesyen di Kuantan, Pahang hari ini selepas mengaku bersalah menganiaya dan mencederakan anak tirinya.
Tertuduh, Khairunnisa Abdullah, 24, didakwa berbuat demikian terhadap mangsa yang berusia sembilan tahun sehingga mengalami kecederaan fizikal di rumahnya di Muadzam Shah pada 20 September lalu.
Hakim Siti Aminah Ghazali turut memerintahkan tertuduh melaksanakan bon berkelakuan baik dengan pengawasan selama tiga tahun, khidmat masyarakat selama 120 jam dan melapor diri di Balai Polis Chenderawasih sebulan sekali.
Ibu Tiri Turut Dikenakan Hukuman Tambahan
“Hukuman tambahan itu dikenakan selepas tertuduh selesai menjalani hukuman penjara selama 24 bulan,” katanya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh meletakkan pisau yang dipanaskan di atas lengan kanan mangsa sehingga menyebabkan mengalami kecederaan fizikal pada 3 petang, 20 September lalu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Nurul Syuhada Tuan Mamat, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Faizal Hiqram Azmi.
Mohd Faizal Hiqram meminta mahkamah meringankan hukuman dan mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh kerana kesalahan kali pertama dan sudah insaf.
Bagaimanapun, Sharifah Nurul Syuhada meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana sepatutnya melindungi kanak-kanak berkenaan bukan dengan cara menganiaya dan mencederakan.
“Ia kesalahan serius apabila tertuduh sanggup mengambil dan memanaskan pisau terlebih dahulu sebelum menekap di lengan kanan mangsa,” katanya.
MW: Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat semua mak-mak di luar sana. Tidak kiralah anak tiri atau anak kandung, sepatutnya seorang ibu menyayangi anaknya seadanya. Diharap ibu ini menyesal atas perbuatannya.
Alyah perjelas Zara anak saudaranya. Sebagai ibu saudara, sudah pasti amat menjaga kebajikan ahli keluarga mereka sendiri. Begitu juga yang dilakukan oleh Datin Alyah....