Rasanya setiap ibu yang melahirkan anak memang mahukan anak yang dilahirkan itu dapat menyusu badan sepenuhnya. Untung bagi mak-mak yang berjaya menyusukan anak sehingga usia dua tahun.

Itulah impian dan harapan mak-mak agar anak dapat menyusu badan sepenuhnya. Tak kisahlah bagi mak-mak yang bekerja sekali pun, masih sempat curi masa untuk pam susu badan demi untuk anak tersayang. Tak kurang juga yang sanggup makanan yang berkhasiat agar susu badan jadi banyak.

Begitulah pengorbanan buat mak-mak. Memang tak boleh dipertikaikan. Bekerja, mengemas rumah dan masa yang sama, sempat menyusukan badan untuk anak tersayang. Sebab itulah, ayah jangan nak pertikaikan bila isteri minta upah bila tamat menyusu badan ye!.

Minta upah menyusu badan tidaklah sampai ayah rasa tertekan. Malah, mak-mak tidaklah minta yang bukan-bukan sehingga di luar kemampuan suami. Cukup dengan hanya bawa pergi makan pun dah memadai. Sekurang-kurangnya suami menghargai pengorbanan isteri.

Begitu juga pendapat daripada Halijah Siti tentang apa yang diperkatakan ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Boleh Minta UPAH MENYUSU Pada Suami, Self Reward Menyusu Anak

Ibu Ini Kongsi Tip Macam Mana Nak Cari Pengasuh Yang Baik Untuk Anak

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Ikut Kemampuan Suami

Masa Tan Sri post pasal cekgu Tan Sri belikan emas sebagai upah tamat menyusu tempoh hari, ada beberapa kawan fb yang tanya mintak kepastian, “memang ada ke isteri punya upah kalau tamat menyusu badan anak?”

Ok, dia macam ni tau, seorang isteri boleh mintak upah dari suami sebab jaga anak, mintak upah susu badankan anak, boleh jugak mintak upah atas kerja2 rumah yang seorang isteri buat. Itu pun bergantung kemampuan suami.

Ada pun upah tamat menyusu ni, hukumnya tidak lah wajib (tapi bagi anak menyusu badan itu wajib), dan tidak lah pulak sunnat. Cuma ianya berhukum mubah je, yakni harus. Dalam erti kata, boleh mintak upah tamat menyusu daripada suami. Upah sebab penat apa menyusu badan tu. Badan jadi letih-letih tidur nyenyak terganggu, disedut lemak-lemak sampai ibunya kurus kering semata-mata nak beri titisan emas, susu terbaik di dunia pada anak.

Minta Upah

So, apa salahnya pengorbanan kita dibalas dengan mintak upah. Jadi, dengan segala hormatnya sila mintak claim dengan suami masing-masing atas pengorbanan anda itu jika anda mahu claim, dan jika suami berkemampuan.

Jangan tak tahu, mak-mak yang menyusukan anak boleh mintak upah menyusu pada suami.

IKLAN

Pandangan ulama’ Mazhab Syafie berkenaan penyusuan :
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya : Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.
[Surah al-Baqarah, ayat 233]
.
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ ۚ وَإِن كُنَّ أُولَاتِ حَمْلٍ فَأَنفِقُوا عَلَيْهِنَّ حَتَّىٰ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ ۚ فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ ۖ وَأْتَمِرُوا بَيْنَكُم بِمَعْرُوفٍ ۖ وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ
Maksudnya : Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu ; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka #menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka #upahnya ; dan berundinglah diantara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.
[Surah At Talaq, ayat 6]

Jangan Paksa

So, boleh mintak upah dari suami masing-masing.

Tak kesah lah korang ibu-ibu nak mintak upah belanja makan hari-hari ke sebagai upah menyusu, upah bawak jalan-jalan asheminggu ashekali ke, bawak bercuti ashebulan ashekali ke, mintak upah belikan handbeg ke, baju ke, tudung ke, emas ke, lantak korang. Kikis saja suami korang itu kalau nampak dia tengah loaded.

IKLAN

Itu pun kalau suami ada rezeki lebih, boleh lah menagih. Terserah korang dan ikut kemampuan suami. Jangan sampai bergaduh dan pastikan kapasiti suami macam mana. Jangan dipaksa suami buat kerja macam-macam sampai takd e masa untuk family semata-mata nak penuhi demand upah ni. Utamakan lah keperluan berbanding kehendak

Kalau suami ada rezeki lebih, dia patut tunaikan, kalau tak ada, maka bertolak ansur lah. Untuk Tan Sri, Tan Sri suka mintak belanja nak makan apa setiap kali teringin nak makan sesuatu, mintak belikan barang (bagi link dia bayar), dan rewards barang kemas bila dah cukup 2 tahun menyusu badankan anak. Itu pun kalau cekgu Tan Sri offer. Dia offer, kecik tapak tangan, stadium bukit Jalil Tan Sri tadahkan.

Alhamdulilah, dah 3 anak berjaya di-susu-badan-kan selama 2 tahun genap, dan dapat upah barang kemas dari suami. (Eh Huurin lagi 3 bulan baru genap 2 tahun susu badan. Upahnya dah dapat awal)

Upah menyusu anak sulung tu je dapat cincin, tu pun suami belikan masa mengandung anak kedua. Sebab masa anak sulung, sepanjang 2 tahun menyusu dan membesarkan dia penuh pengalaman kekurangan duit.

Alhamdulillah masa mula mengandung anak kedua lah baru terasa rezeki suami agak lapang dan deras, sampai sekarang… Alhamdulillah.

MW: Lepas nie bolehlah minta upah dengan suami ye!

Sumber: Halijah Siti

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI