Minta Nombor Telefon Tak Dilayan, Beri Kad Nama Hilangkan! Akhirnya “Pramugari” Disatukan Dengan “Penumpang”

Share

Minta nombor telefon tak dilayan, beri kad nama hilangkan! Akhirnya bertemu juga jodoh “pramugari” ini dengan “penumpang” pesawatnya selepas beberapa tahun berlalu.

Benarlah peribahasa Melayu, ikan di laut, asam di darat dalam periuk bertemu juga.

Biarpun pada awalnya pramugari ini seakan menjual mahal dan tidak ambil pusing, namun atas usaha penumpang ini akhirnya mereka disatukan sebagai suami, isteri.

Akhirnya Bertemu Juga Jodoh

Seorang pramugari jelita tidak menyangka bahawa jodohnya adalah seorang lelaki yang merupakan penumpang kepada pesawatnya, lapor laman berita Merdeka.com semalam.

Menurut video yang dimuat naik di akaun TikTok @putri.antris, pramugari itu berkongsi kisah cintanya dengan suami yang ditemuinya tiga tahun lalu ketika sedang bertugas.

Minta Nombor Telefon Tak Dilayan

“Dia merupakan penumpang saya tiga tahun lalu dalam penerbangan dari Banjarmasin ke Surabaya dan ketika itu, saya baru sahaja menjadi pramugari bagi penerbangan berkenaan,” kata Putri.

Wanita itu juga mendedahkan bahawa ketika itu, suaminya itu meminta nombor telefonnya sebanyak beberapa kali sebelum akhirnya memberikan Putri kad namanya.

Beri Kad Nama Hilangkan!

Namun, memandangkan penerbangan Putri yang seterusnya adalah ke Jakarta, kad nama itu tertinggal di sebuah laci dan Putri hanya menyedarinya ketika sudah tiba di Jakarta.

Akuinya, dia berasa biasa sahaja kerana baru dikecewakan oleh seorang lelaki, dan enggan mempunyai hubungan dengan lelaki lain serta hanya mahu fokus kepada kerjaya.

“Namun, dua bulan selepas kejadian itu, saya menerima mesej daripada dia (suami) menerusi akaun Instagram saya dan daripada situ, kami mula berhubungan sehinggalah dia akhirnya menjadi imam saya,” kata Putri.

Baca Juga Di Sini :

Ezlynn & Wan Hafizam Bertemu Jodoh, Selamat Bernikah 2 Minggu Lepas

Jodoh Tertulis Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Selamat Bernikah “Sepanjang Perkenalan Cuma Jumpa Beberapa Kali”  

Jarak Usia 25 Tahun Bukan Penghalang, Takdir Bertemu Jodoh Dengan Cikgu Sendiri!

Tujuh Tahun “Jaga” Jodoh, Akhirnya Kekasih Kahwin Dengan Sahabat Sendiri

Jangan GELOJOH Dalam Mencari Jodoh, Nanti Menyesal & Kecewa Sepanjang Masa

Jodoh Tak Ke mana

Video tersebut ternyata menarik perhatian netizen yang kemudiannya berkongsi pelbagai komen.

“Memang benar ya jodoh itu tidak ke mana, walaupun tidak dicari tetapi jika jodoh itu memang untuk kita, ia akan tetap untuk kita,” kata seorang netizen.

“Masyallah terharu baca kisah kalian, semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah, aminnn, ” kata seorang lagi netizen.

“Apabila dua insan dijodohkan oleh Allah, walaupun di belahan Bumi sebelah mana pun akan disatukan,” kata seorang netizen lain. – AGENSI

Mingguan Wanita : Sekuat mana pun kita menolak, jika itu takdirnya ianya tetap akan berlaku atas kehendak Allah.

Sumber: Kosmo Online

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nur Syazwani Mehat