‘Minta Doakan Isteri Saya Dan Baby Kami’ – Nadzmi Adhwa

Share

Di penghujung kehamilan pelakon manis, Ardell Aryana pernah menyuarakan kebimbangannya menanti detik melahirkan cahaya mata sulung bersama suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa.

Malah, pernah membayangkan bagaimana kelak jika terbersalin dalam kereta atau tiba-tiba air ketuban pecah sendiri.

Malam Rabu ini, Nadzmi berkongsi posting diinstagramnya menyatakan yang isterinya, Ardell sudah pun masuk dalam wad bersalin

. Sayu hati suami mengenangkan apa yang bakal dilalui isterinya itu.

Dalam pada menanti debaran anak sulung, suami Ardell sempat memohon agar mendoakan keadaan isterinya dan bayi yang bakal dilahirkan.

Doakan Isteri Saya Dan Baby Kami..  – Nadzmi

Tulisnya,

Sayu hati. Masuk ward malam ni. Thankyou Dr Kam. Minta doakan isteri saya dan baby kami @babyadhwardell dipermudahkan ya.

“Kalau ada kami mengguriskan hati minta ampun maaf ya.

Kongsi Nadzmi lagi, “Awak kuat saya tahu, semoga Allah merahmati awak dan permudahkan semua. Saya ada sebelah nak tarik rambut saya tarik la nanti ya. Sayang awak @ardellaryana

Sebelum mengakhiri bicaranya sempat Nadzmi memberi kata-kata semangat untuk isteri. “Selamat Berjuang @ardellaryana @babyadhwardell

Ardell Pernah Berasa Takut Untuk Bersalin

Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Ardell menitiskan air mata sambil ditenangkan oleh doktor. Sebagaimana yang pernah Ardell maklumkan sebelum ini.

“Secara jujurnya saya berasa takut untuk bersalin dan ya, sepanjang tempoh kehamilan saya asyik kerap berfikir dan akhirnya air mata tumpah sendiri menangis.”

Semoga Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, 30 kuat dan perjalanan melahirkan cahaya mata sulungnya dipermudahkanNya. Amin.

 

Sumber/Foto : Nadzmi Adhwa

Published by
Team MW