Seorang isteri nekad goreng ikan arowana peliharaan suaminya kerana setelah kecewa minta cuci akuarium, hanya tinggal janji. Ini padahnya!
Setiap orang mempunyai hobi tetapi jangan sampai hobi ayah-ayah menyusahkan mak-mak di rumah. Siang malam melihat ikan berenang dalam akuarium yang kotor pasti menyakitkan mata.
Isteri Nekad Goreng Ikan Arowana
Tindakan seorang suami yang enggan mencuci akuarium berisi ikan arowana peliharaannya berakhir padah apabila si isteri kemudian menggoreng ikan-ikan tersebut, lapor laman Suara.com.
Menurut satu hantaran di akaun TikTok milik @miakurniawan10, wanita itu berbuat demikian kerana geram dengan perangai suaminya.
Ikan Arowana Peliharaan Suami
Wanita tersebut meminta suaminya untuk membersihkan akuarium itu yang sudah terlalu kotor, namun arahannya itu tidak dipedulikan lelaki tersebut.
Oleh kerana tidak tahan melihat akuarium itu yang sudah terlalu kotor, dia kemudian membersihkannya sendiri.
Namun begitu, si isteri tidak tahu cara yang tepat untuk melakukannya dan telah menyebabkan ikan-ikan tersebut menjadi mabuk.
Ads
Minta Cuci Akuarium, Hanya Tinggal Janji
“Gara-gara suruh suami bersihkan akuarium yang hanya tinggal janji, saya pun membersihkannya sendiri.
“Tetapi ikannya menjadi mabuk,” demikian keterangan yang ditulis wanita itu pada foto ikan tersebut.
Oleh yang demikian, wanita itu pun membuat keputusan untuk menggoreng ikan-ikan tersebut. Dia bagaimanapun tidak menunjukkan reaksi si suami selepas mendapat tahu ikan kesayangannya telah digoreng.
Video tersebut sudah ditonton lebih 2.7 juta kali dengan 73,000 tanda suka, malah netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.
“Perutnya (suami) terkejut kerana makan ikan mahal,” tulis seorang netizen.
Ads
“Terus dicampak isterinya ke dalam kolam,” tulis netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Tindakan yang tepat daripada dibiarkan mati begitu saja, lebih baik digoreng dan dihidangkan pada pemiliknya. Harapnya suami dia insaf dan berfikir dua kali untuk meneruskan atau tidak memelihara ikan dalam akuarium.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Nampak macam ikan laga, busana digaya Neelofa & Mira Filzah jadi tumpuan. Nampaknya imaginasi seseorang kadangkala amat tinggi. Saat kita merasakan busana digayakan elok tetapi dari sudut pandang orang lain ianya amat berbeza.
Inilah ini terjadi kepada dua selebriti popular Neelofa dan Mira Filzah yang mana busana digayakan mereka nampak seperti ikan laga yang cantik dengan ekor yang sedang kembang ketika dalam program Next To Neelofa.
Jual Ikan Laga Sejak 14 Tahun, Azamirudin Tak Pernah Rasa Malu
Hal ini ditanyakan oleh peminatnya yang menulis “Kenapa saya nampak gambar ini macam ikan laga. Maafkan saya,” tulis seorang pemilik akaun bernama @nasheka.mn. dan dikongsikan di akaun Instagram MeleTOP selepas seorang pengikut meninggalkan komen mengenai persamaan itu.
Perkongsian MeleTOP itu menggeletek hati ramai pengikut termasuk penyampai radio, Radin serta Neelofa sendiri.
“Hahahahaha…. Berdosa tak kalau gelak? ,” tulis Radin.
“Hahahahahahaha i pun gelak,” jawab Neelofa kepada komen yang ditinggalkan Radin. Bahkan Neelofa turut memberi pantun, pen merah pen biru, u marah I love you.
Apa pun rata-rata peminat begitu terhibur dan mengaku kedua-dua selebriti itu begitu jelita walaupun disamakan dengan ikan laga.
Sekarang musim cuti sekolah. Ini bermakna setiap minggu pasti kita ada banyak undangan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Sudah tentu kehadiran kita sebagai tetamu sangat menceriakan pengantin.
Namun ada sesuatu yang sudah berubah tetapi barangkali kita tidak sedar. Majlis ijab kabul sudah berlalu lebih seminggu tetapi gambar-gambar masa majlis itu masih terpapar di laman-laman media sosial peribadi. Tidak cukup begitu, rasa bahagia, rasa kasih dan rasa sayang isteri kepada suami dikongsi secara terbuka.
Perasaan Suami
Baguslah begitu tetapi izinkan saya bertanya satu soalan panas di sini. Adakah perasaan suami terhadap paparan kebahagian di laman sosial sama dengan isteri? Tahukah anda sebenarnya ramai lelaki yang baru dua tiga bulan bergelar suami mula rasa tidak selesa apabila isteri terlalu kerap menayang kebahagiaan di laman sosial?
Mereka tertanya-tanya jika nanti datang cabaran besar dalam rumah tangga, adakah isteri akan berkongsi masalah itu di laman sosial? Saya tidak tahu apa jawapannya tetapi kita sendiri lihat semakin ramai yang menjadikan laman sosial tempat melepaskan perasaan terhadap pasangan masing-masing.
Nak Tegur Boleh…
Anda mahu tahu lagi beberapa keadaan yang membuat suami rasa tidak selesa kepada isteri? Mohon anda yang baru bergelar isteri tidak marahkan saya jika saya beritahu; jangan jadi seperti nyamuk di telinga suami. Maksudnya elakkan daripada terlalu meleret-leret memberi ulasan hal-hal kecil pada suami. Betul hal itu besar bagi anda tetapi itulah lelaki.
Hal-hal tuala disidai tidak lurus, terlupa buang sampah, terlajak masa bila bertemu rakan di kedai mamak memang sangat menduga kesabaran isteri. Bukan anda tidak boleh menegur suami tentang ini semua tetapi ianya perlukan seni komunikasi yang sangat istimewa. Saya tidak boleh terangkan caranya di sini tetapi memberi ucapan meleret-leret tentang hal-hal kecil begitu boleh menyebabkan suami anda kemurungan nanti.
Buktikan Pandai Jaga Diri
Semua orang tahu suami itu tempat berlindung isteri. Namun di hujung yang satu lagi isteri juga perlu ada kemampuan untuk menjaga diri sendiri. Garis pemisah antara isteri yang terlalu bersifat berdikari dan isteri yang segala mengharapkan suami itu nipisnya umpama kulit bawang. Isteri yang terlalu berdikari boleh membuatkan suami rasa tidak dihargai. Isteri yang terlalu bergantung padanya pula boleh membuat suami rimas.
Cara paling selamat ialah dalam situasi yang sesuai tunjukkan anda boleh menjaga diri sendiri. Contoh kereta anda rosak pada ketika suami berada di luar kawasan. Buktikan anda tahu nombor telefon mekanik yang dia biasa dan bertindak sewajarnya. Isyarat yang akan dia faham ialah anda hanya bergantung kepada dia kerana dia adalah suami dan bukan kerana anda tidak boleh melakukannya sendiri.
Tak Suka Berteka-Teki
Satu lagi perkara yang selalu menjadi rungutan suami ialah menunjukkan sikap sukar untuk difahami. Anda mungkin sekadar bergurai tetapi cuba hayati dialog ini;
“Malam ni Ina tak payah masak. Kita makan kat luar. Ina nak makan di mana?” “Ikut abanglah. Ina tak kisah!” “Ok..kita pergi makan sate ya?” “Tak naklah. Ada kuah kacang. Nanti jerawat!” “Ok..kita cari kedai Tomyam. Nak?” “Laaa…minggu lepas dah Tomyam! Takkan minggu ni Tomyam lagi?” “Kalau macam tu kita pergi KepChi. Boleh?” “Taknaklah…kalau siang bolehlah. Ini makan malam pun nak KepChi?” “&%$&(#$…dahlah! Susah sangat…Cancel!”
Tak Sabar!
Wanita memang misteri. Anda mungkin saja menduga untuk mendapat perhatian tetapi suami anda itu lelaki. Dia tidak begitu sabar untuk menduga dalam kegelapan mencari apa yang anda mahukan. Oleh itu jangan terlalu menyusahkan fikiran suami meneka-neka begitu. Jika anda mahu apa-apa layanan istimewa, beritahu saja. Jangan sekadar berkias-kias atau memberi isyarat-isyarat kabur. Memang suami tidak akan faham. Ngerti?
** Artikel ini telah dikongsi oleh Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation, yang juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam Majalah Mingguan Wanita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.
Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Gambar asal sebelum melakukan pembedahan plastik.Selepas menjalani pembedahan plastik menyerupai ‘Kim Kardashian’
Puas Hati Transformasi Tubuh
Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Kim Kardashian
15 Kali Pembedahan Plastik
Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...